Bila penat, akal jadi sempit, sabar hilang batas, segala-galanya jadi tak keruan, ingin sekali, berbaring dan bertanya pada diri, inikah yang aku mahukan, inikah yang aku perlukan, inikah pengorbanan yang harus aku hadapi selama mana aku bernafas. Inikah jalan yang perlu aku ikuti, inikah kesempatan yang perlu aku ambil, inikah impian yang diingini, inikah yang akan aku kerjakan selama-lamanya ?
Aku sendiri pun kurang pasti, ku harap akan bertemu jawapan kepada persoalan ini secepat mungkin. Semoga akan ada lagi hari esok yang cerah, di mana aku tidak perlu bersusah payah membanting tulang, membuang keringat semata-mata kerana duit. Tapi mustahil, semua itu hanya akan terjadi pada orang-orang yang bernasib baik ku rasa, yang berbakat, yang memang semulajadi kaya, yang memang semulajadi berpangkat, yang mendapat rezeki percuma. Entahlah. Tulang empat kerat ini tak mampu lagi digagahi sampai bila. Tangan dan kaki yang dua pasang ini seakan-akan hancur bila dikerah tanpa henti. Minda dan fikiran juga penuh dengan tanggungjawab apa yang perlu didahulukan.
Semoga ada hari yang cerah esok hari.
InsyaAllah.

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s