Masa mula-mula menyertai ‘facebook’ memang gembira sebab dapat jumpa kawan-kawan lama. Dapat jumpa saudara, jumpa insan yang lama kita cari tapi tak jumpa di alam nyata, tapi jumpa dalam laman ini. Tapi, bila sudah lama melayan komen-komen ada juga tersangkut komen yang menyakiti hati hati dan tak dapat diterima oleh akal fikiran. Bagi saya bukan tidak boleh diterima, walaupun bukan ditujukan kepada saya, tapi apabila orang lain yang lebih berumur dan membaca ‘tembok’ saya, saya rasa bengkak.Tindakan yang saya lakukan adalah memadamkan nama tersebut dari senarai yang sedia ada. Bukan apa rasanya tidak menyeronokkan apabila membaca komen sebegitu. Rasa geram dan terkilan itu berpusar-pusar dalam hati, tak dapat lelap mata selagi tidak menjawab komen tersebut, di jawab pula nanti orang lain terasa. Jadi apa yang dapat dilakukan hanya membuangnya jauh-jauh dari sudut hati..Rasanya tidak bisa memaafkan..biarlah saya dianggap kejam dan tak berhati perut, tapi daripada saya kehilangan ramai kawan disebabkan oleh seseorang ini baik lagi saya kehilangannya seorang sahaja. Kata orang putih ‘ one go, many will come’ betulkah begitu bunyinya saya tidak berapa pasti..

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s