Assalamualaikum
Serasa malas hendak menaip, tapi untuk mematerikan hari ini adalah hari yang bersejarah, aku nak taip juga. Pada hari ini aku menambah salah satu senarai karier hidupku sebagai ahli perniagaan (konon). Mudah-mudahan usaha untuk mengubah hidup ini akan diberkatiNya, InsyaAllah. Dengan beraninya aku membeli secara online shawls daripada LOLLISHAWLS BOUTIQUE. Berani ..hehe..no risk, no life, entah betul ke pepatah tu. Tapi tunggu saja. I WANT TO BELIEVE, AND I BELIEVE IT FOR SURE. Langkah seterusnya, mudah-mudahan ‘title’ penganggur itu akan berubah, InsyaAllah.
Maafkan aku Pak, aku tak mahu jadi cikgu dulu, sanggup lari dari temuduga guru Diploma..dan janganlah kau pulangkan paku buah keras padaku lagi, aku akan buktikan padamu, bukan Cikgu juga boleh berjaya..hehe peace..peace..seseungguhnya aku tidak meminati kerjaya itu dan aku tidak mahu menipu penemuduga dengan menyatakan yang aku meminati guru sedangkan dalam hati “aku penganggurlah weii, desperato sangatlah ni..dan seterusnya menipu diri sendiri, menipuNya, menipu anak-anak muridku”. Tak Ikhlas namanya kan Pak. Aku ingat lagi masa Pak baru tahu aku lari dari temuduga dan Pak ngamuk seminggu..sorry pak..aku pun tak makan seminggu tu. Adeh.
Mudah-mudahan langkah permulaan ini akan merubah keluarga kita, InsyaAllah.
Itu sahaja untuk hari ini.
P/S-Sayangi Ibu Bapa Anda…

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s