Sudahlah aku tak mahu sengketa
debar ini telah kuhimpun dari setiap perca-perca taakul yang berselerak
cacamerba tanpa wacana

sehabis bicara pintu sedar terkuak
bahawa beza usia itu jadi pertaruhan intelek
bahawa di mana kakiku memijak
di situ langit dijunjung
bahawa aku harus berada di takuk lama
membungkam dengan mata terpejam
bahawa aku harus patuh pada hakikat sejarah
jangan mengubah
jangan durhaka
bahawa biar hierarki dan segala kasta
tetap tejahit lekat di kain peradaban lampau
bahawa papa teruslah kedana
bahawa kaya tetaplah makmur
bahawa naskah lama yang kita pernah baca
adalah kedudukan kita pada masa kini
usah berevolusi
usah mengangkat darjat

aliran darah pahlawan silam ini mendapkan
bahawa keringat pejuang lalu lupakan
alur semangat in pendamkan
jangan sebar, jangan canang
biar mengakai-ngakai arah mana harus dipilih
bahawa anak-anak kita tetap tertinggal
di belakang
sampai bila-bila
tetaplah mencanda miskin di rimbun kedaifan

suhana.siban-sehabis bicara kampungku—
Dipaparkan Di Facebook Notes-pada 17.03.2010

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s