Aku kini di kampung, kenapa? kerana aku ingin dekat dengan ayah, ibuku dan keluargaku. Kerana aku ingin memperbaiki lagi hidup mereka dan keluargaku yang kecil ini. Kerana aku ingin lebih mendalami ilmu agamaku. Kerana aku mengelak anak-anakku jatuh sakit daripada jangkitan hidup di tempat asuhan. Kerana aku telah kecewa dengan harapan lama yang aku impikan untuk menjadi graduan yang bekerja makan gaji. Kerana aku ingin mengasah kesabaranku dalam mendidik anak-anak yang telah menjadi semakin nakal dan tak terkawal. Kerana aku ingin jauh dari suami…..bila jauh cinta makin kuat (mungkin)….bila jauh rindu makin dalam (mungkin)….Terima kasih kerana bertolak ansur, kita akan hidup bersama setelah aku tunaikan tanggungjawabku pada kedua orang tuaku..setelah aku berjaya mengajar anak-anak kita yang masih kecil itu untuk lebih berdisiplin, lebih menghormati, dan mengenal Allah SWT….

Ya Allah, semoga aku sentiasa sabar dengan perpisahan sementara ini, dengan usahaku mendidik anak-anakku….

(Ingin mencipta puisi tentang Islam, tapi teringat pesan bapa, jika tak tahu makna, jangan main tulis sebarang saja, takut tersalah tafsir, takut tersilap tanggap…aku akan mempelajarinya—-Insya Allah..
thanks daddy..

Oh ya..di kampungku talian internet amat teruk, susah mau kemaskini blog, lagi satu tentang kesabaran yang aku perlu belajar:

Lagi satu aku terjumpa e-book PABLO NERUDA: dan ini antara salah satu dari puisinya:

The Song Of Despair
You swallowed everything, like distance
like the sea, like time
in you everything sank!
it was the happy hour of assult and the kiss,
the hour of the spell that blazed like the lighthouse,
Pilot’s dread, fury of a blind diver,
turbulent drunkeness of love,
in you everything sank!
by: Pablo Neruda
source: classic poetry series, 2004, publisher poemhunter.com-The World’s Poetry Archive

terima kasih atas ilmu menghargai hasil tulisan / karya orang lain yang aku belajar semasa di universiti aku berjanji tak akan pernah menciplak karya orang lain tanpa menyatakan sumbernya..subjek (nda ingatlah pulak, posting yang seterusnya akan kuberitahu)

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s