Salam
Cam ketagih sudah ni tau, cam mau tulis jak hari-hari punya kegiatan. Well-well, FB hari ini aku Low sket, bukan apa malas lah mau provok-provok ni..ndada faedah, menyemakkan fikiran jak…WHAT IS EXACTLY FREEDOM OF SPEECH?..semua orang bebas berkata-kata, ada hak, diberi mulut untuk berkata-kata, so biarlah mereka berkata-kata…I don’t give a Darn lah…ahh biarlah…yang penting aku dah nda kisah lah..apa dorang mau buat, buatlah…say what you want to say..but don’t look back in ANGER, i heard you say…wkwkwkwk…

Okai..bilalah aku mau letak address blog ni di FB, segan? mungkin lah..maklumlah baru berjinak-jinak, jadi nda rasa cam mau letak (tapi rasanya lepas ni mau letaklah) saja jak..kin gempakss…
Okai (lagi)–apa itu Freedom Of Speech? aku ingat hari tu aku ada belajar, tapi aku betul-betul lupalah…dengan En. Sobri kali..mana sudah itu lecturer aa..tiada FB dia..mau jua aku cari, ndada aku jumpa..terpaksalah cari WIKIPEDIA ni:-

Kebebasan bersuara adalah kebebasan untuk bersuara tanpa batas atau penapisan. Istilah yang bersinonim, kebebasan menyatakan pendapat kadangkala digunakan sebagai maksud kepada bukan sahaja kebebasan bersuara secara percakapan verbal, tetapi juga tindakan mencari, menerima dan menyebarkan maklumat atau idea, dengan tidak mengira medium yang digunakan. Kebebasan bersuara dan menyatakan pendapat berkait dengan, tetapi berasingan dengan, konsep kebebasan berfikir atau kebebasan menilai. Dalam realiti, hak kebebasan bersuara tidak bersifat mutlak di mana-mana negara dan hak ini lazimnya dihadkan, misalnya dalam konteks “kebencian”. Ini disebabkan menggunakan kebebasan bersuara selalunya dalam konteks amalan yang saling bertentangan.
Hak kebebasan bersuara diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politikal (ICCPR). ICCPR mengiktiraf hak kebebasan bersuara sebagai “hak mendapatkan pendapat tanpa gangguan. Kesemua manusia akan mempunyai hak untuk menyatakan pendapat”.[1][2] Di samping itu, kebebasan bersuara diiktiraf dalam undang-undang hak asasi manusia Eropah, benua-benua Amerika, dan Afrika.

http://en.wikipedia.org/wiki/Freedom_of_speech

Ini satu penerangan berkaitan kebebasan bersuara:
Perlembagaan-Dalam Perkara 10 di Bawah Bahagian Dua (Hak Asasi) Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan bercakap bagi warganegara:

Kebebasan Bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan
(1) Tertakluk kepada Fasal (2),(3) dan (4)
a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran
b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata:
c) semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan

Sumber ini aku ambil daripada Buku dari rak buku bapaku :- (banyak buku-buku beliau yang aku kena baca, dan aku kepingin untuk mempunyai rak buku sepertinya—nantilah)
Media Di Malaysia, Mansor Ahmad Saman, Sedikit Undang-undang yang Berkaitan Dengan Media, Bab 2, hlmn 14, 1983, Dewan Bahasa dan Pustaka

Tapi; bila sudah terlalu bebas bercakap, jadilah cam kes budak yang kena tahan tu…palis-palis, tepuk dada tanya selera, aku harap aku tak akan terlepas-lepas cakap begitu, dan begitu juga kawan-kawan sekalian k:

Di bawah ini beberapa kerat PERIBAHASA MELAYU, susunan Abdullah Hussain, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, berkaitan dengan Kebebasan Bersuara@ Berkata-kata: harap dapat manfaat k:–peace, peace, peace

1- AKAL AKAR BERPULAS TAK PATAH-maksudnya Orang yang pandai, takkan mudah kalah dalam perdebatan
2-BAGAI AYAM SITOMBONG, KOKOK BERDERAI-DERAI, EKOR BERGELIMANG TAHI-Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan, (Tombong=Sombong)
3-BERBUNYI BATU, BERBUNYILAH DIA-Tidak dapat berkata-kata, kerana tembelangnya sudah pecah

AKHIR SEKALI INI YANG PALING AKU SUKA!!!!

Chantek!!!
DIKULUM JADI MANIKAM, DIMUNTAHKAN (DILUDAHKAN) MENJADI SEKAM
Bermaksud: DIAM ITU LEBIH BAIK DARI BERKATA-KATA!!!

okai itu sahaja untuk kali ini,,, cau cincauzzz!

Maaf, entri kali ini tiada menyindir sesiapa—
Akhir sekali, dengan rasminya aku mempromosikan blog aku di FB, saat ini, jam ini—renung-renungkan dan selamat berkongsi!

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s