Salam
Muahahaha….
Bandar…ndalah bandar sangat, aku mau cakap aku ni orang kampung, nda jualah kekampungan sangat (heheh), kalau cakap aku ni kebandaran sangat pun nda jualah bha. Di tengah-tengah kali, berapa tahun aku duduk sana aa dari tahun 2002 kali, 8 tahun ka? Kota Kinabalu begitu-begitu juga, kampungku pun begitu-begitu juga, berapa kali pilihanraya diadakan, begitu-begitu juga, kesian kampungku. Kalau aku balik dan tinggal di bandar balik, makinlah terabai (ingatkan kunun mau sama-sama membangunkan kampungku yang tersayangku tu…adihhh, apa boleh buat..)
Sebenarnya tadi turun ke bandar, limpas jak pun, malaslah mau nyinggah mana-mana mall, belum terfikir pun mau beli apa walau pun ada duit juga. Kalau setakat bawa JnJ tu bermain bolehlah kali. Tujuan, pergi kenduri ‘cukur jambul @ bergunting anak kedua iparku (abang kepada Abah JnJ). Cara dorang kenduri agak berlainan kurasa, kalau di tempat kami sebelah Kota Belud, tunggu semua jemputan datang barulah selawat dan kemudian makan. Kalu di situ, jemputan datang makan, jumpa baby dan balik. Bila tiba selawat hanya keluarga terdekat sahaja yang ada dan jemputan yang datang sebelah tengahari selepas zohor. Okai.. itu satu kelainan bagiku. Tapi aku rasa ikut kesenangan oranglah, kalu macam tu ok juga, untuk mengelakkan sesak dalam rumah kan..
Pergi dan balik pun macam itu jak, ndalah jakun bah, berapa lama nda turun  p K.K a, 2 bulan aku rasa (tapi macam bertahun pulak kan, heheh)..
Okai aku ndada idea sebenarnya mau tulis apa…bila dia’ tiada sunyi pula facebook tu, macam hilang seri …heheh.ndapalah. Buat apa mau gaduh-gaduh kan, rumah kata pergi, kubur kata mari. Aku ni bukannya muda lagi, tapi ndalah terlampau tua. Daripada aku dok melayan kemarahanku pada ‘dia’ bagus aku berselawat…
…………
oklah itu jak…

SEBELUM SIGNING OFF mau bagitahu..aku sekarang obses dengan mengedit-edit gambar ni balik, dulu aku suka, tapi disebabkan lum ada laptop, ada pc desktop yang selalu memviruskan diri time studi dulu..so aku pun malas, sekarang ni balik lah pula keminatan aku nih…
so i present you diss:

inilah keajaiban TEKNOLOGI!..muuaaahahaha..

garang ka?..napa nda percaya..muahahahaha..aku memang begitu..
malas mau senyum..
gigi KUNING!

sebab air di kampung aku ni dari dulu kuning, dari aku kecik sampai aku beranak pinak belum bercuculah, alasan ..tiada sumber air dari tempat tinggi (bukit)..ayoooo..camana itu eskul smk taun gusi mau bukak sini kalu tiada air ooo??..camana itu budak-budak eskul mau kencing berak..ayoooo…tunggulah pilihanraya nanti bah…mmuuahhahaha…

tata titi tutu!!
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s