Salam

Pertama sekali, aku mau ucapkan terima kasih kepada para blogger yang sudi singgah di blog aku yang BIASA-BIASA jak ni…antaranya:

azree ariffin – kalau baca blog dia ni mesti terkenang saat-saat belajar di UUM. Dia ni budak UIA (Law), satu yang aku suka sebab dia guna BAHASA MELAYU STANDARD. Tahniah sebab kena JELAJAH oleh Mister Ben Ashaari.

yang baik – blog dia ni, aku baru dalam seminggu ni baca-baca. Kira cam pak guru lah sebab dah lama juga dia ni berbelog (kira lama lah tahun 2008 tu).

latest update – cerita-cerita terbaru yang berlaku dalam dan luar negara (aku baru tengok sekarang ni ha..thanks ya)

hud azzaki – entri dia yang aku suka pasal dia amik gambar MERPATI dan GAGAK…hehe..baguslah dik, teruskan usaha..kalau kamu mau tahu apa MERPATI dan GAGAK tu..jangan malu-malu singgah ke blognya ya.

(aku cuba juga follow blog durang ni, tapi berok band nda mau timbang rasa kalau siang-siang, malam-malam sikitlah kali ya..)

Cerita Utama dan yang Kedua:

Selama 1 minggu ni, JnJ ni sakit perut jak asal lepas menyusu. Susu dorang ni Dumex Dugro 3-6 (juan) dan Dugro 1-3 (jajang)…COKLAT LEBIH LAZAT. Hambik kau! dulu COKLAT LAZAT sekarang TERLEBIH LAZATnya aku pun nda taulah apalah yang lazatnya tuh. Juan sudah mula minum susu ni masa umurnya 2 tahun selepas Lactogen, pastu Dumex Asli pastu bertukarlah dia kepada coklat. Lepas susu mesti ‘O-O’. Jajang pula dulu aku nda ingat sudah susunya (hehe apalah punya mama). Bila dia pun ikut minum susu abangnya ni secara rahsia mahupun secara terbuka, maka kami suami isteri sepakat untuk menukar susu Madu Asli kepada Coklat Lebih Lazat. Masa mula-mula tukar memang ndada masalah, mungkin sudah sebulan kali. Kalau mau fikir-fikir tukar kepada Susu Mahal ni, adalah juga terlintas tapi…..aku hanyalah penganggur..heheee.

Cerita pasal durang masa umur baby lagi. Banyak. Terutamanya bila kembung perut, dua-dua dorang ni memang juara TANGIS, sampai hujung kampung kedengaran bung!. Masa Juan lahir dulu, biasalah jadi ibu buat pertama kali ni, jadi agak kekok sedikit dan kurang pengetahuan pasal sakit budak-budak, walaupun banyak membaca. Bila sudah melahirkan, habis hilang segala ‘pembacaan’ itu. Kenapa aa?. Bilang orang kalau lepas melahirkan, separuh daripada ingatan tu akan hilang dek kerana kuatnya peneranan yang dilakukan. BETUL KA?, sumber?..aku nda ingatlah..cari di GOOGLElah lepas ni, hehe. Jadi mungkin kena tunggu abah JnJ balik Jumaat ni baru dapat bawa dorang pegi klinik kegemaran kami di Kota Belud, Permai PolyClinic untuk kenal pasti sakit perut dorang ni. Sampai habis minyak Kayu Putih, Jajang balik-balik minta sapu di perut (pandai dia..kecik-keciknya tu bha..) Kesian. Bayangkan kalau kita yang dewasa ni sakit perut masuk angin.Mesti nda selesa. Tapi dia ni, dalam sakit-sakit cam tu boleh turun naik sofa lagi. Mengalahkan abang-abang yang starring you know!. Look at Her..memang dia GENDUTSS.

                                                 Ini masa umur sebulan

Baiklah. Dengan paparan gambar ini, berakhirlah entri untuk kali ini (nampaknya berok band semakin menguji kesabaranku di pagi Khamis ni)

–ada Sajak khas untuk JnJ :

DODOI



Ini lagu terakhir sebelum kita melelapkan mata

biar aku dodoikan padamu

buah hatiku


Andai esok masih bersua,
usapkan kedua tangan pada wirid terakhir
pada zikrullah menggenangi seluruh pasrah,
kita masih bernafas
tiada sudahnya bermain kasar,
mengundang pertarungan
hingga puncak puas dipuaskan

hingga melantak domba dipenjuru bibir terbuka

genggamlah tekad tak ingin menggauli tingkah si penabur sekam, anakku

tiada sudahnya mencari lawan, membuka pencak, mengatur gerak lancang

akhirnya kau jua keparahan dihujung cerita

dan Allah Maha Adil

perlawanan ini biar kau menyerah kalah


Tidurlah buah hatiku, moga esok kita akan menjadi lebih tabah!

Tafsiran sajak ini–aku serahkan kepada penilaian pembaca–terima kasih

signing OFF..abang-abang dan kakak-kakak

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

4 responses »

  1. yangbaik berkata:

    salam, heehe… jadi pak guru plak yer… segan la… masih cetek lagi ilmu aye…tak per kita sama2 belajar… banyak lagi yang aye tak tau… nih…

  2. oke apa..follower boleh tahan..boleh jadi pak/mak guru kat orang baru kan..
    thanks singgah n komen..

  3. Azree Ariffin berkata:

    oh terima kasih sudi berkunjung ke blog saya!

  4. azree..azree..azree
    terima kasih daun keladi
    baru aku tahu ni..kamu tahu apa maksudku kan..
    teruskan perjuangan dan semoga sukses dalam mengejar cita-citamu ya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s