Salam.
Sebelum aku merepek yang bukan-bukan, mau bagitahu jak, JnJ dah dibawa berjumpa doktor. Biasalah, paling-paling pun dia bilang, masuk angin lambat makan atau susu mungkin nda ngam. Jadi, dia nasihatkan untuk mengurangkan sudu susu, dan melebihkan air (betulkah). Apa-apa hal pun, bila dorang ni dibawa ke Gui Brothers…alalalala..macam dorang punya supermarket jak, jerit sana jerit sini..aiyoo..sampai satu tahap, Juan buat aksi Ultraman melompat keluar dari troli, terpaksalah aku mengenakan cubitan kasih sayang padanya untuk mengawal keadaan, kalau nda memang jatuh gedebuk.
…sungguh teruja bawa dorang beli makanan. Kesiaaaaaan JnJ..
Ipin: Mana Aciiiii?
Upin: Aci kat Indialah….
(selingan)
Cerita tentang catatan sebelum ni, PENUMBUK Musang 9 Ekor. Ada sesetengah kawan yang mengatakan aku sedang ‘manas’. Tidak. Aku tidak marah. Itu cuma luapan perasaan yang aku kumpul sejak kebelakangan ini. Cumanya, bila idea untuk berpuisi langsung ZERO, inilah yang terhasil. Terutamanya bila bercakap tentang Broad Band ni. DIGI ada menawarkan ‘program’ (or whatever they call it, aku tak tahulah) untuk memPERCEPATkan (apa mau terjemah ni) PERLOADINGAN…addeh perosak bahasa betul aku ni. Maaf lah. Aku nda ketemu perkataan yang paling sesuai dari itu. Bila jak aku mula memuat turun ‘program’ tu. Sampai setengah jam nda juga abis. Nda kan mau tunggu bung?. Banyak kerja lagi bah mau buat, cuci baju, masak, makan, kasi mandi JnJ, Buat susu, urus diri sendiri lagi. Adeh. Akhirnya aku mengalah. Biarlah begini. Lebih baik begini mengkali. Kalau laju, lagilah aku lalai mengurus JnJ. 🙂
Jujurnya. Dalam minggu ini, aku sudah berjaya mengurangkan tahap ketidak sabaranku kepada 50% mengkali. Entahlah. Aku buat camana. Mungkin aku kurang melayan kecengengan JnJ. Kalau aku layan memang alamatnya pecahlah rumah tu dengan jeritanku.. huhu. Ya Allah, dua orang budak ini teramat NAKAL. Tadi masa cebok Juan, kebetulan tiada orang di ruang tamu, belum sampai dua kali gosok, aku jeling sekejap Jajang.. Ya Rabbi!!, rupanya dia sudah duduk di atas penyandar sofa tu, sebelah lagi kaki, sekali gerak memang jatuh di sebelah. Aku baling gayung, melompat ke arah Jajang. Budak ini!!!. Kena jugalah secebis cubitan sayang dari aku (Aku terfikir, beginikah perangaiku dulu masa kecil???).
INI REALITI SEORANG IBU. AKU KENA TELAN. SUDAH ADA DUA ANAK, NDAKAN NDA PANDAI NGURUS ANAK KOT?…..
Sama ada aku kerja di pejabat atau menjaga dorang ni sepenuh masa, aku rasa sama saja. Mana yang lebih baik. Dua-dua aku sudah pernah rasa. Kalau kerja pun, sabtu dan ahad, beginilah keadaan dorang. Aku pernah rasa dulu.
SABAR-SABAR….SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN——–KENAPA AKU DAN ADIK BERADIK BOLEH MEMBESAR JUGA. SEJUJURNYA, AKU NDA PERNAH INGAT PUN KALAU MAMA ATAU BAPAKKU PERNAH SAKITI AKU.
Bulan 7, kalau ada rezeki mungkin kerja di pejabat balik. Bermulalah lagi kebimbangan aku pada JnJ, bila sudah dijaga dan diasuh oleh orang lain. Apa yang aku fikirkan?
KES DERA! DI TEMPAT ASUHAN, DI TADIKA, KES BULI OLEH BUDAK LAIN. SELESMA, DEMAM, H1N1?, KESELAMATAN DIAORANG DI SANA?
Kebimbangan aku berasas bukan?. Lebih selamat kalau aku yang jaga, walau pun sekadar cubit-cubit sayang. Mendidik?. Itukah caranya?. Kenapa ada kes dera?… sebab budak-budak terlampau nakal. AKU MASIH WARAS ok. Masih tahu benda baik dan buruk. JnJ adalah anugerah terindah pernah aku miliki. Dari saat mereka sebesar tapak tangan (memang dorang ni nda sampai 3k.g pun masa lahir)..membesar lagi sebagai si starring dan si gendut yang HYPERACTIVE i should say… SANGGUPKAH menyakiti?. Tidak. Aku masih ingat DIA. Kepada pembaca blog ini. Fikir-fikirkanlah sebelum bertindak lebih buruk lagi terhadap anak-anak anda. PERINGATAN…untuk kamu dan diriku juga!.
Baik, maaflah sebab idea amat banyak ketika ini. Kalau bosan, silalah ke tempat yang lebih santai dan lebih lucu, lebih ringkas, lebih padat. Hari ini AKU SERIUS.
Itu saja.
AKU SAYANG JNJ, YANG TERAMAT. BIAR SEMUA TAHU. SEKERAS-KERAS AKU, SEKASAR-KASAR AKU, AKU MASIH ADA SIFAT & NALURI KEIBUAN. Insya Allah!
Hentikan penderaan!
Signing Off, abang-abang dan pakcik-pakcik sekalian..
Ada sajak untuk si PENDERA:
(terhasil dari kes Syafia Humairah)
PELAKU JENAYAH




hai pendera
mana kau simpan hatimu?
kau bungkus perap pengap dalam peti besi berani
kau telan pahit maung hidup
tapi kau muntahkan birat-birat di kulit anakmu
kau jegil, kau gertak, kau peras,
kau tulikan telingamu dari
rayu dan tangisnya


Mainan seharianmu
terjang, tumbuk, cucuk, tampar
atau paling sadis kau sakitinya
sehingga dia tak berkutik lagi
darah dagingmu pun kini
tak bernyawa
catatan perjalanannya
berakhir saat itu
di tanganmu
pelaku jenayah

tubuh mungil tak berdosa
tak fahami fikiran orang dewasa
kau jadikan lawanmu
di gelanggang adu tenaga
memanjakan berangmu tak bermata,
darah sudah menyirap di kepala
warasmu sudah hilang kendali
kelak sesalmu di penjara dunia fana tak terperi
hukumanNya lebih berat menanti

—suhana.s@facebooknotes—-

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s