Salam

Maaf (lagi).

Bukan bermaksud untuk memburuk-burukkan perokok. Cuma aku paling PANTANG betul dengan bapa-bapa atau ibu-ibu yang merokok depan anak. Kalau jauh itu ok lagi, kalau anak-anak tu tengah berbual dengan engkau, engkau hembus-hembus lagi asap rokok tu depannya, apa hal?. Tahu kan bahaya merokok tu apa?. Biarlah engkau jak yang kena, jangan bagi anak engkau pun berpenyakit sama.

Yang ini memang CARI PENYAKIT, nda payah tunggu puluhan tahun.
Mereng kah apa dia ni?
Sumber Gambar : Google Image

Tolong
Tolong
Tolong

Sayangi anak-anak dan bini kamurang.

Kamurang maukah anak-anak kamu jadi begini
Sekadar hiasan–Soot ni mama sama bapa budak mat salleh ni
banggalah tu kunun
Sumber gambar : Google Image

Aku?—fuuhh. Jangan cakaplah. Pernah beberapa kali terkena macam tu kalau keluar. Masa aku tengah berjual shawl untuk pertama kali, adalah seorang pakcik tu lepak depan meja jualan aku tu. Sambil bercerita tentang ‘sejarahnya’, dia menghisap dan menghembus asap rokok tu depan muka aku. Haiiiii. Nasib aku ni cukup KENA AJAR menghormati orang tua. Kalau nda..

Kamurang tau apa aku buat. Aku buat-buat nda layan apa dia cakap. Aku angguk-angguk sambil tutup hidung dan menepis-nepis asap rokok tersebut. Itu cara paling nda KURANG AJAR yang aku pernah buat okeh.

Jadi kamurang fikirlah sendiri. Macamana rasanya, kalau kamu merokok, tapi anak-anak atau bini-bini kamu nda merokok tapi di hembus-hembus camtu, palis-palis dorang berpenyakit sebab itu setelah bertahun-tahun lamanya, itupun kalau kamu masih hiduplah. Apa kamu rasa OREN kan???

Dalam keluarga aku ada juga perokok. Tapi dorang merokok di luar OK?. Kalau merokok dalam rumah pun aku SOUND, walaupun bapa aku sendiri. AISEH. Sound lembutlah, bila dia merokok…aku tarik anak-anak aku jauh dari dia. TOLONGLAH beb, sayangi jangka hayat hidup kamu. Berbuih jak nda MULUT ni!

KAMU NAMPAK KAH AMARAN KERAJAAN TU DI KOTAK ROKOK ????

NAMPAK?
NAMPAK?
(Aiseh emosi lah tu kunun, peh!)

Well, well..ini aku punya blog kan, kamurang juga bebas berkata apa-apa, aku nda sempurna (like you), di blog aku ni aku rasa aku juga boleh berkata-kata.

Akhir sekali: Don’t SMOKE, DON’T SMOKE, DON’T SMOKE

Signing OFF : Sejagat!

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s