Salam
Baiklah. Aku nda kisahlah kalau kamurang nda baca blog aku ni. Biarlah aku bercakap sorang-sorang. Aiseh. Apa kes??
Begini ceritanya yang berkaitan tajuk di atas.
Ani matai mun biss dia beratur begitu tuk amik duit
(Terjemahan: ini mati ni kalau beratur semata-mata ambik duit)
Sumber : Google Image–Wall Street (oh wall street rupanya)

Tentu kamurang pernah kan siok-siok beratur, kena putung barisan kamu. Siok-siok jak orang tu berdiri depan kamu tanpa rasa bersalah apa pun. Aku? banyak kali kena. Walaupun aku nda BERGAJI sudah 2 bulan ni, tapi disebabkan Abah JnJ menyuruh aku mengambil duit di Mesin ATM tadi, jadi merasa jugalah aku pegang duit (hehe). Masa aku beratur tu ada lagi lima orang depan aku. Tiba-tiba menyelit lah juga seorang PRIA, di depan orang yang di depan aku (dapat bayangkan kah?). AMBOI, AMBOI, AMBOI. Dia ingat ni PUBLIC BANK ni keluarga dia punya kah?. Punyalah aku FANAS..mangkhok dan hayun betul kan. So aku ngan orang di belakang aku ni pun siok ngumpat dia. Lama-lama sejuk jugalah. Bila pula ada dua orang GADIS badan sedap jak, besar sikit dari aku lah, pergi berbaris line sama aku. Sedangkan line tu satu jak, dorang pigi buat dua line?. Soot ka apa durang ni?. Aku pun dengan muka RAMBO dan mata Xena(Zena?, aku nda ingatlah, tapi mata dia garang kan?) The Warrior Princess, teruslah MENGESOUND sebijik nasihat kat dorang.

Aku (dengan muka dua watak yang disebutkan di atas) : Dik beratur, beratur di belakang please
Dengan gelak-gelak ‘Vodho’ dan bisik-bisik dorang pun akur dan beratur di belakang. Tapi sepanjang aku berdiri sana tu memang abish jualah air liur durang bisik-bisik kikikikik ngumphat aku. Aiseh. Sabar jaklah aku.
Tidak lama kemudian, datanglah seorang kakak nurse dengan adiknya dan membuat barisan kedua di sebelah aku. Aku merenung tajam ke arah mereka. Tapi nda juga dorang lari dari situ (dorang ni faham kah renungan ‘manja’ku itu?. Ahh biarlah. Buat apa pula aku layan kemarahan aku. Ala jangan dorang potong barisan aku sudah. (Tidak lama kemudian) mereka berdua pun beredar ke belakang lagi. Terima kasih, kamu memahami bahasa renunganku itu..ngehehehe (ss)
Bila sampai giliran orang depan aku (bukan yang potong barisan tu). Boleh-boleh pula dia kasi keluar 5 x, lain-lain kad. Aku berbisik dengan kakak di belakang aku (bukan siapa-siapa, bukan saudara, hanya berkenalan di situ).
Aku (sambil menulis pura-pura di telapak tanganku): Dia ni A.L.O.N.G kali kan?
Kami ketawa ‘gembira’ bersama.
Ya Allah!. Apa aku mau bikin NOVEL kah ini? soooooot
Bila jak dia pergi, aku dengan COOLnya menekan butang-butang ATM dengan pantas dan cepat, tanpa menanya baki (aku nda peduli ada isi kah nda). Sebab aku tahu bagaimana perasaan orang di belakang aku tu.Kaan?. Jadi moral pada cerita ni. Kurangkan MENGUMPAT. Aiseh. Bukan, tapi ia jugalah.
Naa..ini barulah beratur sampai KARAS..
Sumber : Google Earth eh, Google Image

Moralnya: Faham-faham sendiri, masa panas-panas begitu, beratur macamana rasanya kena potong barisan. Budi bahasa budaya kita. Sila pertimbangkan keadaan orang lain yang mungkin pada masa tu mau pegi tandas kah, sakit belakang kah, sakit kaki kah, double parking kah, ada budak tunggu dalam kereta kah (adakah?). Dan keadaan-keadaan yang sama dengannya.

Itu sahaja.
Signing Off: All da People in the house!
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s