Salam.

Pertama sekali aku ucapkan terima kasih kepada en.SRhans kerana sudi komen entri aku yang tidak seberapa nih..lalalala..

Sebelum ini aku ada cerita pasal mengenang zaman kanak-kanak yang pasal cerpen tu di sini. Semua salah. Hehehe..yang betulnya hanya keracunan kulat dan hanya tinggal seorang anak yang hidup. Adeh, ingatan aku ni…memang sudah tinggal separuh. Yang buat aku gembira, aku ada jumpa cerpen tu. Sebenarnya bukan dalam Dewan Sastera. Tapi dalam Antologi Cerpen, Puisi dan Drama bertajuk SUARA SEMUSIM. Anak aku jumpa buku tu, dia pegi main, ambik dan simpan dalam bakul basikal dia.

BAIKLAH ini dia:

SINOPSIS NASINYA TUMPAH-Hasil pembacaaan semula MAMA JnJ


Dalam cerpen ini, watak utama JARAH anak kepada SUDIN dan HALIMAH. JARAH, kakak kepada ZABIDAH, BEDOLAH dan HANI. Diceritakan mereka ini daripada keluarga petani yang menjual hasil tanaman seperti pisang benggala, buah jering, bunga melur dan bunga cempaka, ubi, buah sawa dan buah jambu.


Pagi-pagi lagi emak dan ayahnya ke pasar menjual hasil tanaman. Jarah dipertanggungjawabkan untuk memasak dan menjaga adik-adiknya. Jarah berumur 13 tahun dan sudah tidak bersekolah. Begitu juga dengan adik-adiknya.


Setelah memasak nasi untuk makan tengahari, JARAH membawa adik-adiknya untuk menjemur padi bagi memudahkan kerja ibu bapanya walaupun tidak disuruh. Dalam perjalanan menuju tempat jemur padi, JARAH dan adik-adiknya terjumpa KULAT KAKI TIUNG dan mengambil keputusan untuk menjemur dahulu padi sebelum mengutip kulat-kulat tersebut untuk dijadikan lauk makan tengahari. Setelah selesai menjemur padi, mereka pun mengutip kulat-kulat tersebut dengan gembira.


Setiba mereka adik-beradik di rumah. JARAH membahagi-bahagikan kerja kepada adik-adiknya, dan mulai memasak kulat tersebut. Mereka makan setelah JARAH siap memasak.


BEDOLAH yang gemar kulat mencedok sebanyak-banyaknya ke nasi sambil diperhatikan ZABIDAH yang meradang. JARAH menasihati BEDOLAH agar mengambil sedikit dahulu, bila ZABIDAH rasa JARAH berpihak padanya, dia merebut senduk dari BEDOLAH. BEDOLAH mengelak. Ketika itulah JARAH menyergah kedua-dua adiknya dan menyebabkan pinggan nasi BEDOLAH terjungkit kerana tertekan ZABIDAH yang terkejut. Nasi BEDOLAH dan lauk kulatnya tumpah ke bawah rumah dan dimakan oleh itik-itik dan ayam-ayam SUDIN.


BEDOLAH yang marah membaling senduk hingga kena kepala ZABIDAH. JARAH yang hilang sabar memulas telinga BEDOLAH menyebabkan BEDOLAH lari keluar. JARAH dan adik-adiknya makan tanpa mempedulikan BEDOLAH kerana pasti dia akan berhenti juga.


Setelah makan, JARAH mula menidurkan adiknya HANI. ZABIDAH pula mengemas dapur. (MASA INILAH AKU MULA SASPEN DAN MAHU NANGIS). Mulanya ZABIDAH muntah dan tergolek di dapur. Tidak lama kemudian HANI muntah-muntah juga, daripada nasi dan kulat yang tidak hadam hinggalah muntah darah. Begitu juga ZABIDAH. JARAH yang panik hendak bangun mengambil air untuk adik-adiknya, dia mula terasa loya dan termuntah:


“Tangan JARAH belum dapat mencapai gayung. Dadanya mulai membara. Loya dan mual. Jarah mulai muntah. Sekali. Dua kali. Tiga kali. Empat kali Jarah terduduk. Hani terjelepuk atas pahanya. Jarah muntah lagi. Muntah lagi. Jarah merasa sudah tidak ada tenaga lagi walau untuk mengangkat seruas jari. Lemah tubuhnya. Muntahnya memercik ke kepala Hani. Nasi dalam perutnya sudah keluar. Berlambak atas lantai buluh. Jatuh bawah rumah. Dimakan ayam dengan gegak. Dimakan itik dengan riuh rendah.


“Mak…


Suara Zabidah tersekat. Hani sudah lembik terkulai. Zabidah sudah tidak minta air lagi. Badan Jarah bergoncang setiap kali muntah. Muntah itu sudah tidak nasi lagi.,..


Jarah tersembam atas lantai buluh…..


Ms 121-122, Nasinya Tumpah-Fatimah Busu, Dewan Masyarakat 1972.dlm Suara Semusim.DBP.1974.






Seterusnya, SUDIN dan HALIMAH yang pulang disambut oleh tragedi kematian ketiga-tiga anak perempuannya, kecuali BEDOLAH yang nasinya tertumpah. Begitu juga dengan lima ekor ibu itik, empat ekor ibu ayam dan tiga belas ekor anak-anak ayamnya telah mati termakan kulat yang tumpah ke tanah.


“Kebun getah itu baru saja dibubuh racun lalang!” kata Pakcik Isa


“Nasib baik nasi Bedolah tumpah….”balas Tuk Hassan


“Pekerjaan Tuhan semuanya. Kalau sudah hendak rugi lari dalam peti besi pun rugi juga.”


Malam itu, jendela rumah keluarga miskin itu tidak bertabir. Malam itu ruang rumah petani miskin yang malang menciumi asap kemenyan dalam dupa maut.


Ms 124, Nasinya Tumpah-Fatimah Busu, Dewan Masyarakat 1972.dlm Suara Semusim.DBP.1974.

Fuhhh..aku tak semahir dulu semasa Tingkatan 6. Aku ambik Sastera dulu dan inilah kerja kami. Membaca cerpen atau puisi dan membuat sinopsis. menyenaraikan isi penting, watak utama, pengajaran dan sebagainya. Aku rasa aku yang dulu lebih baik dari aku yang sekarang. Moralnya…. AKU KENA LEBIH BANYAK MEMBACA Okeh!!
 
BROADBAND
DIGI OH DIGI….kalau kamu baca ini, tolong-tolong BUAT SESUATU, line telefon dan Internet semakin BURUK di KOTA BELUD ni…FYI, Semua ahli keluarga aku yang RAMAI itu pakai DIGI…so janganlah, janganlah, janganlah buat kami BERPALING TADAH GUNA line telefon LAIN PULAK…..mungkin sesuatu telah menganggu KELANCARAN penerimaan talian DIGI di sini (DIGI TOWER tu, ada burung menyangkutkah, kelawarkah..please DO SOMETHING ok!!)

Signing OFF—Semua orang KAMPUNG

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. 依雯的日记 berkata:

    Salam.
    Saya Humairah Yeoh.
    Saya amat berminat dengan cerpen Nasinya Tumpah. Akan tetapi saya belum ada peluang untuk membacanya.
    Puan ada apa cadangan supaya saya dapat berjaya menikmati karya ini?
    Terima Kasih.

  2. salam humairah..rasanya tiada di internetkan, itu karya lama, kena rajin cari kat kedai buku tau, mana tahu ada.
    saya ada antologi ni tapi camana nak kasi u baca ye..
    cuba try GOODREADS com ok…
    http://www.goodreads.com/group/show/465.Goodreads_Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s