Pada malam ketiga, Aku mahu sembuh
Ada masa tak bisa diputar semula
Ada lantera tak bisa dihidupkan kembali
Ada kata tak bisa ditarik balik
Ada jalan terkebelakang tak bisa diharungi lagi
Ada benci telah mencambah
Ada kenangan telah meruap sendu
Ada keliru telah menerawang ke akar tafsir
Ada lanjur telah lajak
Pada sekalian yang telah hilang di saujana
Pada sekalian yang telah mati di ingatan
Pada sekalian yang telah sepi di cuping
Pada hati yang mahu menjaga
atau pada hati yang mahu dijaga
pada tuding telunjuk di kepala sendiri
atau pada pasrahnya hakikat jangan sesekali
menyalahkan sesiapa
atas mudahnya emosi membantai akal hingga terkulai longlai


Selamat
Selamat datang
Selamat datang
Selamat datang malam ketiga
Aku mahu pulih…


Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s