Salam
Semalam buat kesekian kalinya, aku cuba untuk menulis status riang ria di Muka Buku itu. Tapi aku nda jumpa apa pun perkataan yang paling sesuai untuknya. Aku telah ‘menghilangkan’ ramai kesukaan aku dan kejengkelan aku dari senarai kawan. Atau boleh aku sebut lawan di sini. Apa ya?, Kenapa ya?. Ia selalu meruntun emosiku sampai mempengaruhi hidupku seharian. Dulu aku ingat ada seorang ‘tokoh’ yang aku request untuk menjadi kawannya. Tetapi bila semakin lama, aku makin jengkel. Sebab aku rasa, dia seakan-akan ‘menjawab ‘statusku’. Bukan dengan cara yang paling lembut okeh. Tapi dengan cara yang amat menjengkelkan. Sehingga aku rasa penangan itu tepat ke mukaku. Contohnya; bila ramai yang ‘suka’ status atau puisiku, dia akan menulis puisi seolah-olah menyindir ‘keriakan’ aku. Sedangkan aku langsung nda rasa riak. Tapi ‘dihargai’, diulang sekali lagi ‘diHARGAI’. Ada juga orang yang prihatin, sayang dan menyukai karyaku. Tapi tidak. Entahlah. Mungkin aku sangat buruk sangka. Tapi yang pasti, bukan aku seorang saja yang merasa begitu. Kakakku pun merasa puisinya tu ditujukan untukku.
Jadi di sinilah aku. Membawa diri berblog. Aku rasa kalau aku melaung, menjerit, meraung sampai suara karau pun, orang hanya akan baca dan duduk diam-diam. Macam aku sekarang ni.
Rajuk.
Puas.
Perih.
Sarat.
Tapi kosong.
Antagonis telah kehilangan pratogonisnya–dan dia kembali sunyi pada malam sunti—
Muka buku—andai hari esok….ahaaa dah mula lagu si Adira ni, terngiang-ngiang di telingaku, sekarang dalam carta pujaanku, sudah naik nombor 1, Ain pula sudah jatuh nombor 3.
Esok,
Aku takut kalau aku menaip status, tak ada yang suka. Maklum, sudah buat perkara dibenci……….
Kawan,
Yang kawan-kawan sekolah pun SEPI jak, yang tinggal adik-beradik jak di situ, dan orang-orang jauh..
hahahaha..
Padan mukamu Mama JnJ–CARI PASAL dengan Muka Buku…
Esok,
Aku kembali…..sebagai si penulis status yang riang ria..lalalalalalalalalalalalala
In the meantime..mari mengait dengan Shaun..
(aku nda pandai pun..saja jak letak kambing selamberr ni)
P/S: Hari ini dan esok, Sabah cuti….Pesta Kaamatan—santai?..mmmm…ada kenduri laa ni, anak buah bergunting. Sempat-sempatkan diri. Lepas ni KONTRAK CUCI SEGALA PINGGAN, aku yang punya.
SIGNING OFF—-all ..(no idea mau bubuh siapa lagi, Shaun boleh?)
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. Gee berkata:

    sa suka tu c shawn the sheep…mcm bangal mcm inda…hehehe

  2. ia bah kak gee..hehe..tapi selambass betul kan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s