Salam
Di kala aku rasa teramat down, Perangai si Gendut ini menghiburkan aku. Entri ini nda best bagi kamurang. Tapi aku rasa mau tulis, dan i don’t give a d*** of what you will think of my blog. Ndapalah kalau kamu rasa blog aku ini nda mesra alam. Aku mahu jadi diri aku sendiri jak. Dan menjadi ‘kepantanganku’ untuk meniru orang lain. Nda kisahlah kamurang mau cakap apa. Just let me be myself. Kamu ngerti ngak kata-kataku?. Aku masih cakap bahasa Melayu kan, walaupun ada slang Sabah. Okeh, yang tulisan bold itu, Indonesian.

Pernah dengar cara STACY bercakap?, haa begitulah Sabahan yang sebenar. Aku suka dia sebab dia ORIGINAL.

Pernah dengar cara percakapan bintang-bintang Sinetron?, kamurang rasa sama ka dengan cara STACY bercakap. Aku pelik betul, bila aku belajar dulu di UUM, dorang boleh tanya ni soalan —

“kamu ni orang Indon ke?”
 
OOOOh please…aku Orang Sabah, and we do not live in a TREE.
 
(betulkah itu English, sorry, English masa SPM takat 4 jerr, and we are not speaking English at Home. Apalagi kat UUM.
 
Inilah dia Si Gendut yang Mendut:

Pagi ini, abangnya yang starring itu menolak dia dari atas sofa. Aku, nda tahu mau buat apa. Marah?. Aku jerit dua-dua. Aku nda sempat tengok dorang sebab tengah cuci botol susu. Aku pukul kaki abangnya. Dia sudah takut sampai menggeletar tengok muka aku yang berasap. Yang si Gendut ni pun aku marah. Hidungnya keluar darah. Dahinya bengkak. Aduiii. Aku nda tahu mau buat apa. Hospital jauh. Kenderaan ndada. Mati akal aku terus. Abah JnJ di K.K kerja. Tapi sudah buat laporan pada Abah JnJ. Terus dia telefon tanya keadaan. Aku ambik Gendut dan ayun dia terus tidur. Tapi hidung sudah nda keluar darah.

 
Keselamatan budak-budak di rumah amat penting. Sebab itulah, aku lebih rela mengurung dorang di bilik. Bagi jak apa-apa mainan yang penting depan mata aku. Kecualilah kalau mau masak, baru keluar. Itupun nda fokus.
 
Kenakalan si Abang yang Starring makin menjadi-jadi. Apa sahaja yang dia buat sengaja mau bagi tahu. Orang Sabah bilang ‘mengatil’. Maknyanya mengacau, saja buat aku sakit hati dan kejar dia. Sabar jaklah.
 
Kena rancang strategi mau disiplinkan si Abang ni.
 
Maaf ini blog Syok Sendiri, sebab tu panjang. Lalalalalala
 
 
 
 
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s