Wasangka ini mewarna jiwa
Di manakah silapnya aku terlanjur
menghitamkan percayamu
menghenyak getarmu
sampai kau menjarak
jauh dan jauh lagi
jauh dan jauh lagi
sampai tak kelihatan
walau hujung kepalamu
aku sedar
ini tak ada sudahnya
mahu tak mahu
biar kubuka pintu yang satu lagi
menuju pulau terasing
bergelandangan sendiri
harapan yang kita sandarkan
telah lama goyah di bahu masing-masing
jadi beginilah kita
masih menarikan dendang syak
meniti kabut sepi
dari kerling dua insan yang pernah sebulu
kian jauh dan menjauh lagi
hingga tak kedengaran
walau sederap langkahmu
dari hujung rambut
hingga hujung kaki
kupohon
sedarkan aku dari
rasa kebersalahanku
yang semakin membuatku
jengkel….


The last, but not least, my note to you my beloved friend
Peace……………………..

(photo:google:cutefunpages.com/funnyFF.htm)

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s