A k u H a n y a M a h u P u l a n g
(B u k a n L i r i k L a g u)
(model: diri sendiri, note: pandangan dari bawah amat menganggu penglihatan
lebih-lebih bagi orang berusia seperti aku..lalalalala
lokasi: kali terakhir melangkah meninggalkan tempat kerja,
mengusung barang-barang peribadi, with tears..tapi sempat mengambil gambar..)

Serasa tak ingin kembali dari segala lepuh
meski berbata pandangan saat esak
menyekat rahangku dari berbicara
menahan mataku dari perhati riak muka siapa
yang penuh tanda tanya
sewajarnya
sewarasnya

Serasa tak mahu sembuh
dari kesendirianku
mencecapi tafakur
dari sendu dan segala insafku
paling terdalam
pada keberadaanNya saat ku mahu memencil
dari segala huru-hara

Menerobos menerawang
dari selautan fikir aku meneliti
adakah aku telah pulih
dari seluruh kedangkalanku
atau dari seluruh keenggananku
berkongsi rasa
sedangkan siapa
masih ada yang mahu mendengar
ada khabar lain selain duka
yang sepatutnya kutamsilkan
sebagai pemula bicara
terima kasih untuk itu.

Gita rindu
mainkan segala not-not keakraban
kembali jadi dendang seloka
biar aku mulakan
kerana akulah yang telah mengakhirinya
sebelum ini (benarkah?)

Aku..
zarah yang tak mahu menjadi besar kepala
hingga menggepalai segala kebesaran ujubku
tapi tetap juga aku kalah
dalam kelana tanpa pelita
kelam hitam ini langsung tak pantas menjadi
habitatku
kerana aku benar-benar merindui cahaya
kerana aku yang aku benar-benar ingin pulang
ke aku yang selalu mencanda
dan siapa sudi menguntum senyum
walau selirik kerling mata
walau sepatah imbas semula saat permulaan kenal
walau sepatah sapa
amat memadai buatku mengocak semula
geruh yang lama tenang
biar ia membuak dan menghambur kembali
jenaka yang lama tenggelam sepi
di samudera biru yang malu

#######

Tapi aku tahu, walau sebagaimana lantangnya teriakanku
biar ku raungi nama siapa memasuki segala genta
dan seluruh pelusuk sudut bunyi
meminta siapa kembali mewarnai duniaku
siapa tetap dengan pendirianmu
bahawa selamanya
menghukumku lebih baik
dari memaafkanku
************

biarlah
aku hanya mahu pulang
pulang pada keramaian
dan berjalan di tititan yang kurasa mampu membawaku
kembali ke asalku, haluan benar yang nyata
dan bila siapa yang merasa ingin menyapa jagaku
tahu di mana aku berada.

Petunjuk:

Siapa = TWIMC (kalau nda tahu juga, googlelah)

karya:suhana.s@mamaJnJ

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s