Salam
Bercerita tentang JnJ, yang mana Juan sekarang ini berumur 3 tahun 9 bulan, Jajang pula berumur 1 tahun 11 bulan, masing-masing punya ketagihan yang memeningkan kepalaku. Tapi biasalah budak-budak ada jaklah benda-benda yang buat diaorang seronok. Macam orang dewasa jugalah.
Juan
Sekarang ni, selain game PAKCIK GOGO, Juan sedang ketagih bermain Zombie VS Plant. Pagi, petang siang malam memang itulah yang dia main. Sampai aku langsung ndada peluang mau buka internet. Kadang-kadang siap berebut lagi anak beranak. Hehe. Aku pun kadang-kadang main juga. Dulu masa di K.K, bila adik aku perkenalkan game tu, aku main sampai habis dalam masa dua hari. Dulu juga masa belajar, boleh-boleh ketagih main Red Alert, C&C, Metal Slug sama Stronghold Crusader, kadang-kadang mahu habis cepat kuliah semata-mata balik mau main game ni. Punya ketagih, sekarang meniris sama siapa?. Sekarang ni Juan kalau main, sanggup tahan kencing dia, kadang-kadang siok jak dia kencing di seluar, habis lantai basah. Semata-mata mau main tu. Adih. Cara aku, paksa, angkat dia dan biar dia kencing dulu. Tapi dia main tepis-tepis tangan aku pula sambil cakap “mama, mama, Juan mau kasi main itu dulu bah”. Segala keminatan dia dulu-dulu Ultraman kah, Tom & Jerry kah memang bukan keminatan dia lagi. Kadang-kadang makan pun sambil depan komputer.Emm. Budak-budak.
Jajang
Jajang sekarang pula ketagih pakai baju abangnya. Huh!. Habis semua baju abangnya dirembat dan sarung ke badan. Yang bajunya ladies-ladies (gaun atau skirt) kalau aku tunjuk sama dia ni menggeleng-geleng kepala, nda mau pakai. Apunya (datuk), siap panggil nama mohd Jajang sambil bergurau. Astagfirrullah. Nda tahu mahu jadi apalah. Tapi beberapa hari yang lepas dia nampak baju kurung aku. Terus pula berkeras mahu pakai yang itu. Hehe. Lucu. Kelmarin dia terjumpa baju raya kurung tahun lepas, ngam. Aku kasi pakai baju tu, terus pula dia nda mahu buka. Baguslah.
Perancangan aku untuk diaorang berdua ni sementara aku belum kerja lagi?  Masih dalam peringkat draf. Entahlah. Macam nda yakin jak. Tapi apa-apahal pun kena merancang awal-awal ni sementara diaorang ni peringkat ‘rebung’ lagi. Kalau sudah besar, susah sikit mahu didik. Insya Allah.
P/S: akhir-akhir ini, sajak aku kurang menyengat aku rasa, saat mula menulis tu, terus hilang idea. Mana mahu cari aa….aku rasa aku yang dulu lebih baik dari ini. Mungkin inspirasi menulis masa sekarang berbeza, kalau dulu masa seronok dengan rakan-rakan sepemuisi di Muka Buku, ilham aku mencanak-canak. Sekarang ni, macam KOSONG. Banyak juga baca buku puisi dari rak buku bapaku. Tapi kan, aku rasa sebab terlalu banyak ayat-ayat yang masuk, jadi identiti sajak aku sendiri bercampur baur dengan ayat-ayat penulis-penulis sajak yang aku baca. Adehhh.. macamana mahu buat. Muka buku bukan macam dulu lagi. Sebab aku sendiri, kami makin menjauh dan kurang komen mengomen antara satu sama lain. Itulah orang cakap, ikut hati mati, ikut kata binasa…jadi ikut apa yaaa… AKAL???
P/S-2: apa sudah jadi dengan posting puisi aku sebelum ni, bertabur…adehhh….
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s