Apalah lagi yang mahu aku lengkapkan
Selain dari lengkapnya keberadaan dirimu di sisiku
Dengan seluruh cinta
Dengan seluruh rindu
Segala kurniaNya, hujan di hati kita
Meruaplah bahagia
Kabus diusir nafiri kasih
Di lingkunganku yang sebenarnya rontok
Apalah lagi yang mahu aku sudahkan
Selain daripada kesudahan yang paling baik bagi diriku
Dengan seluruh jalan hidup yang terhindar dari onak
Dengan seluruh wasangka yang tak pernah mahu kupeduli
Segala nikmatNya, cahaya di jiwa kita
Mengharumlah setanggi kesayangan
Jelaga dihembus semilir berkaca
Di kelilingku yang sebetulnya diulit mimpi

P/S: latar lagu : Harumonia-Naruto OST, fuhhh…

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s