imej:  sksgsipututara.blogspot.com

Salam

Pertama sekali, mahu bagitahu ni, terima kasiih untuk En. Eddie (Borak Kosong 72), sebab sudi jadi follower yang kesepuluh. Apa yang bagus dalam blog dia ni, macam-macam berita ada, ringkas, padat dan menarik untuk di baca. Cari jak tepi senarai blog aku tu atau klik sini okeh.
Berkenaan tajuk di atas. Aku mahu cerita sikit pasal Abah JnJ ni. Demi untuk mengambil hati, dia bawa kami jalan-jalan pegi pekan hari Sabtu dan tamu pada hari Ahad. Untuk apa?, sebab Sabtu tu dia pergi main bola di K.K. Jadi kuranglah masanya dengan JnJ. Huhu. Aku sudah banyak kali merajuk kalau cakap pasal Bola dengan dia ni. Aku nda kisahlah kalau dia mahu tengok bola di TV. Tapi main bola?…Dari dulu lagi dia minat bola ni, sejak sekolah sampai kahwin hinggalah sampai ada anak ni. Apa boleh aku buat?, sudah namanya minat kan. Bukan apa, kononnya dia aktif main bola dan futsal untuk SKT dia. Eleh, aku nda heran dengan SKT dialah bung!. Hehe. Sorilah Abah JnJ. Badan yang makin berketul-ketul tu buat aku gerun pula. Hehe. Bukan apa, sejak dia aktif balik ni, badan dia makin tegap. Takutlah, janganlah sampai jadi macam badan tukang tarik kereta udahlerr. Tapi lama kelamaan aku belajar menerimanya, tiap kali kalau dia cakap mahu pergi main bola atau futsal, aku angguk lepas tu geleng, lepas tu angguk lagi. Ya, aku belajar menerimanya.

Bila pergi Tamu Ahad, aku nda jadilah berjualan shawl. Lagipun bulan tua ni, orang-orang sudah kurang berduit. Masuk kemarin sudah 3 minggu aku nda berjualan shawl. Buruklah barang shawl tu dalam beg. Huhu.
Hari ini, pagi ini, dia bertolak ke lapangan terbang untuk ke K.L. Ada seminar dengan KPDN & SPRM. Sempat juga dia tinggalkan duit RM50.00  atas meja. Moga-moga selamat pergi dan selamat kembali. Inilah yang paling aku takuti. Ya Allah selamatkanlah dia. Semoga ndada jadi apa-apa ngan Abah JnJ. Tiba-tiba rasa sayu pulak. Macam terasa sedih. Seperti kata-kata ini : Kamu tidak akan menghargai sesuatu sehinggalah kamu kehilangannya atau berjauhan darinya—Hohoho. Padan muka aku nih!
P/S- Lagu latar : He’s Leaving On A Jet Plane (bukan jet pun, saja jak terasa melo sikit terus terngiang lagu ni)
P/S 2- Abah JnJ- If You Read This —beli bun & coklat dekat KLIA satu dozen…di sini ndadaaaaaa!! (awamlah dia mahu baca, bukannya dia ketagih mahu bukak internet)
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s