Bercengkerama dengan emosi

aku umang-umang yang bertukar kulit
tatkala tengkujuh meniup amaran pertama


sang pemalu yang pura-pura diam bila dijentik
mengensot lurus ke pasir sanubari
belok ke paya lara
membawa duka bersama
Genderang perang telah dibunyikan
naluri jungkar balik
tunggang langgang saat ramai menujah dahi
menyalahkan segalanya ke aku
cengkerangku pecah diterjal
ombak sulung keliru
pantai, bawa aku kembali ke pinggirmu
aku tak mahu laut ini membasuh lukaku
tambah asin.
tambah pedih.
kulitku mula mengelupas
kopak satu
dan satu lagi

isiku serta asaku perlahan-lahan mati






-28febuari 10-mamaJnJ
published on pencinta puisi wall, muka buku

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s