Ingin kuberhenti sejenak

Mengenal sifatku
Yang terlalu sering disalah erti
Demikian juga penerimaanmu
Atas segala yang terluah
Cuma sekecil hama senda
Bak sejuta debu melekat
Di hatimu


Lantas aku membelek cermin peribadiku
Terpampang wajah kanak-kanak cengeng
Manja
Dan seluruh isi jiwaku terpancar dari situ
Telah tewas aku menyusun santun
Dalam mengirai budi di perdu percaya
Aku kepayahan

Takar, tolok dan segala sukatan telah penuh
Apalagi sabarku
Yang kudahulukan adalah hormatku padamu
Hanya ampun kupinta
dalam getar jemari 
Dan genangan air mata
Akulah yang bersalah!


Dedikasi :


my beloved sister—- aku meyayangimu sepenuh hati seperti kau meyayangi dan menjagaku semasa aku kecil

karya–mamaJnJ
 p/s :..…melo mood  😦
 
 

image : www.islamzpeace.com

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s