Bilik sebelah itu kembali sepi
gelumang habuk kian merona
sawang bersenda dalam kelam
lelabah dan cicak ditinggal gembira
merancang untuk kembali berpesta

gema pekik, gaduh atau gelak anak-anak kecil
atau tegahan sang ibu melerai perang
semuanya telah diperosokkan
ke dalam bagasi beroda
yang dipunggah pergi

kelkatu mula mengemaskan kepak
kunang-kunang mula membiak cahaya

debu kembali mewarna kaca tingkap yang sedikit retak
langsir kembali berbata
lantai kembali bernoda
almari semakin kosong
cat dinding semakin pudar

bisik-bisik dari bilik sebelah
tiada kedengaran lagi
begitulah juga kita yang pegun dan kelu
semasa di ambang pertemuan semula
nantinya

mamaJnJ
-petang tadi-

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s