Salam

Berikut adalah tugas-tugas yang telah aku laksanakan semalam (sebenarnya dari malam kelmarin dulu lagi, nda siap sambung kelmarin pula)
-kelmarin=semalam : ???

(Ini bukan tag)

1. Lipat kain
2. Cuci kain
3. Mop Lantai
4. Cuci Tandas (pakej berus dinding dan lantai)=2 bilik mandi + tandas
5. Buang Sawang
6. Buang Habuk
7. Cuci Langsir
8. Cuci Piring (berhabuk + berminyak)

berhenti sekejap solat, masak—muka buku— 🙂

masak sweet and sour ikan merah—-nda jadi, sos tiram & nenas ndada, keringlah pulorrk.

sambung balik

9.  Vakum sofa
10.Cuci lapis sofa
11.Kemas stor

imej:stockphotopro.com
mari mengemas rumah ramai-ramai

Masa cuci lantai dan dinding bilik mandi yang berlumut & bertahi lalat, tersalah pijak lantai licin, sempat membuat gaya bebas kupu-kupu tenat mahu jatuh, berpaut pada mana-mana permukaan, atau apa sahaja yang dapat dicapai asal jangan terjatuh, gagal juga. JATUH bung!. Gedebuk!!. Punggung, siku dan tumit rasa cam bengong sekejap. Alahai.
image:juniemoonblogspot
bukan begini situasi masa aku jatuh ya
PERKARA PENTING BAGI SURI RUMAH YANG DIANGGAP TAK PENTING bagi kebanyakan orang dalam aktiviti mengemas rumah:
1. LUMUT pada sinki dan kawasan sekitarnya
2. LUMUT pada lantai dan dinding bilik mandi dan tandas
3. LUMUT pada dapur gas, bukan balang gas, tapi dapur gas orait!
4. CIK LEE FHAS..oh tidak, ni paling dibenci, bau dan kehadirannya
5. TIKUS..aku belum jumpa lagi di sini, kalau aku jumpa nahas!
6. LAPIS SOFA biar cuci dua kali seminggu, berhabuk bung, orang lelaki nda kan perasaan.
7. SOFA kena sembur dengan spray anti bakteria, lap keseluruhan sofa. Dalam kes aku, JNJ suka berjalan-jalan di atasnya dengan kaki yang nda berapa diyakini kebersihannya. 
8.Tombol pintu, macam-macam ada.
9. Lantai-sila pastikan guna selipar dalam tandas, kaki yang nda berselipar akan bawa segala macam kotoran dari sana, walaupun tandas kamu macam bilik hotel. Lepas bawa kaki tu pergi solat…tak yakin, tak yakin…
10.MAINAN JnJ—-lap, cuci selalu– kadang-kadang bakteria masih ada disitu tunggu dicuit dan akan bawa penyakit (maaf aku bukan dokter, tapi sebagai mama dia aku perasaan perkara ini. Lepas JnJ main barang mainan mesti selesma) 
11. Banyak lagi, tapi malaslah mahu nyatakan di sini, kamurang kan lebih pakar.
-Kesimpulan:
********tiada komen
Signing Off: all suri rumah
p/s : entri membosankan ? what do you expect?, ini belog mama-mama budak, suri rumah & penganggur..maaf jika anda tidak terhibur..lalalalalala
p/s 2 : Quentin memang terabai, biaq pi kat dia…
p/s 3 : tajuk di atas ******** = memenatkan, saja jak
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s