imej:funnyhumor.com
haa..baguslah..sudah kencing buat lagi muka rambo macam tu..bertuah betullah anak mat salleh ni!

Salam
Alahai, dilema para ibu tajuk di atas ni kan. Biasalah. Juan sekarang ni baik sikitlah kali sebab kencing di tandas, cumanya kalau sudah terlampau asyik main game tu, sanggup berbelit-belit kaki dia tahan kencing, akhirnya melepas juga di situ, hadiah aku bagi satu cubitan mesra. Sebab sudah balik-balik bagi amaran jangan tahan kencing. Budak. Manalah dia mau peduli. Dulu dia obses dengan kartun macam tu juga, panggil 20 kali, nda mahu toleh. Nda dengar kah atau malas mau jawab, aku pun nda pasti. Terpaksa aku pegang muka dia dan cakap dekat-dekat. Lepas tu aku pula kena balik, bila aku buat-buat nda dengar, siap pegang dagu aku dan jerit:
“Mama, mama, mana telinga mama, mama dengar kah?”
(itu aku punya ajaranlah tu…hissshhh budak ni)
Kalau malam pula, mamanya ni ada sikit rasa pemalasnya, sebab mungkin terlampau penat seharian (penat apanya suri rumah…SURI RUMAH kerja lagi penat tau!!).Ditambah pula dengan acara bermuka buku dan berblogging, jadi menjalarlah rasa kemalasan hingga buat punggung berat mahu dialihkan dari depan laptop. Jadi, pakaikan pampers jaklah sampai siang. Tapi kalau terlupa tu, wangil hamislah tilam besoknya bung!. Kalau ringan boleh angkat, kalau berat tu spray, lap dengan kain basah jak. Alahai. Terpaksa lapis berlapis dengan toto tilam tu untuk mengelakkan penyebaran kuman bila diaorang tidur.
Yang si gendut alias Jajang ni, suka betul buat aku bengong. Aku nda kasi pakai pampers dalam seminggu tu. Kununnya teruja dengan sepupu dia yang muda 3 bulan dari dia (Jajang berumur 1 tahun 11 bulan) sudah pandai kencing di tandas. Sikit-sikit cakap TITI, TITI (buang air kecil), AA..AA..AA (buang air besar). Bila ke tandas, senyum-senyum, sengih-sengih..sambil meludah-ludah dalam mangkuk tandas. Haru bung!. Bukannya dia kencing pun. Bila pula masa dia seronok bermain, laju jak kencing dia, nda sempat pun bagi amaran. Hambik kau mama JnJ. Sabar jaklah.
Nampaknya aku kena rajin-rajin lepas ni. Petua kakak aku tu memang baik diamalkan. Dia ni rajin sikit mahu kasi bangun anak dia malam-malam kencing, sampai anak-anak dia ikut jadual kencing tu, nda dikasi bangun pun bangun juga sambil tersengguk-sengguk. Kurang masalah, tiada ruam, jimat pampers.
Juan dan Jajang…….bersedialah anak-anakku!
Juan masa berumur 2 tahun 9 bulan (baju terbalik..hehe) Jajang umur 9 bulan..err betulkah kiraan tu a..nanti rujuk balik..betul-betul mama yang prihatin dengan besday anak-anak huhu 
Signing Off:–all the cutest mommy in the world!
p/s: terima kasih Mommy Pink jadi geng karas ke 13..
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

2 responses »

  1. sizuka[Izzati] berkata:

    hehe comel je juan dengan jajang:)

  2. arigato gozaimasu sizuka-chan
    honto ni….bla–bla..bla,
    dah lupa lak macamana mau cakap jepung ni
    wa suka nama sizuka ni…

    (betul-betul suka)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s