TANPA TAJUK I

dan kita terus menarikan tarian lunglanglunglang
dengan mata terpaku di lantai
entah malu, segan atau jelek
seluruh pekik dan laung

atau bisik seru telah kehilangan makna
…bahawa aku tak akan pernah mengerti
apa mahuku sebenarnya kupenuhi
apa pintamu seharusnya kuturuti
berhentilah menangis
aku masih dalam senarai menunggu
panggilan telefonmu
sahabat!

(ya, aku tahu apa yang aku tulis ini, kalau itu tanyamu.)
-SEIKAT KATA YANG BEKU WALL POST-MUKA BUKU, hari ini

TANPA TAJUK II

sudah-sudahlah mengeluh tentang kabut atau jelaga
kelam pelabuhan telah disuluh cahaya rumah api

apa yang kau gerunkan?

cinta dan air mata telah kau alirkan

di sepanjang tebing pasrah

…Dia ada bila aku tiada

Dia tetap ada walau aku ada
lihat ini percayaku masih tersadai di segenap bening sumurmu
ternyata aku masih tak mahu pergi

dari sini…
-PENYAIR ONLINE WALL POST-MUKA BUKU, hari ini




(aku masih tahu apa yang aku tulis..lalalalala)
 
mamaJnJ

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s