Salam
Pertama sekali, aku ucapkan terima kasih kepada en.Zulkbo & Azmihamin kerana sudi mengikuti blog ini yang nda seberapa(skema sikit ucapan kali ini ya). Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil untuk rekod diri sendiri dan untuk perhatian bahagian pentadbiran blog.
JAJANG@BUDAK GENDUT
nota; sila abaikan garisan bulat dan anak panak yang menunjukkan pencemaran pandangan pada mata kasar
kamera handphone nda berapa bagus, suri rumah macam i ni tak mampu beli kamera mahal cek…
SETERUSNYA
Masakan Yang Seberapa Ini
yea ,,asam di laut garam di darat dalam periuk bersesak-sesak jua
sebenarnya periuk aku dari dulu kecik ni jak. Nda pernah terfikir beli yang besar, bila sudah belajar masak-masak, barulah rasa nda puas hati. Yang menjadi mangsa adalah ikan.
Ini masak sup, tapi bila rasa sudah lari, takut pula Abah JnJ bermuka kelat bila makan, jadi ubah stylo dia sikit, aku masak balik jadilah ini:
.
.
.
.
.
.
.
.
mak aih, semaknya mata memandang, memang biru mata hitamku. Rasa boleh tahan bung! Jangan nilai dari rupa ya..hehehe..ini aku gelar ikan masak lada hitam+lemon+sos tomato+cili+
waka waka betul
sori Abah JnJ…ini jak yang termampu aku masak..hahahaa
Baiklah, ini pengakuan akulah ya. Aku sudah kahwin lebih 5 tahun. Anak dua sudah tapi masih belum terer masak. Mama, kakak dan adik aku pernah tanya.
“jadi macamanalah ko masak di rumah mentuamu?”
“ooo masak bha…tulung masak ja, kupas bawang, sayur segala..hehehe”
DEMERIT terus bung!
Entahlah aku pun heran jua, adakalah aku masak rasa sedap, ada kala macam something wrong. Tapi apa-apahal pun nda baik mencela makanan kan?. Ini renungan bersama :
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela sama sekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan – tanpa mengucapkan celaan padanya.”
(Muttafaq ‘alaih)
aku petik dari sini
Bersyukur dengan apa yang ada, kena dengan rasa kita atau nda, makan jaklah. Kami pernah juga merasa susah dulu, masa kecil-kecil aku dan kakakku tinggal tempat makcikku sebab bapaku kerja di daerah lain, mamaku kerja di daerah lain. Pernah makan nasik campur garam, atau bubuh minyak dengan kicap jak. Walaupun begitu, terasa nikmat sekali. Yang penting kami gembira. Campur ikan masin + lada + kicap +belacan…terangkat bung.
Sekarang ini sekali-sekala aku makan nasi campur minyak dan kicap, terus terimbau sewaktu zaman dulu-dulu. Bukan ndada lauk. Cuma mau merasa kenangan tu bah macamana..
Jajang dengan Masakan dalam entri ini memang perkara yang jauh berbeza. Walau bagaimanapun, sebelum idea aku hilang, campur jaklah labu!
Signing Off : All Chef in The World
p/s: Besok mahu beli-belah di pasar apa yang kurang, tadi tengok Chef in Black masak masakan Melayu Peranakan. Tapi yang aku heran cina pula yang masak..huhu…okehlah ada sambal belacan segala. AFC adalah rancangan kegemaran aku juga…
p/s2: aku suka template ini sebab laju jak loading, nda berat…tapi kosong lah. Lepas tu, entri aku pun nampak teratur jak. Bukan cam sebelum ni, bertabur sana sini, cam apa jak..


P/S 3: Kamurang NAMPAK kah BLOG TITLE HERE di atas blog tu, Bida’ betul (Pelik) lah pula. Macamana mau buat a..hehehe….kalau ada sesiapa tahu, boleh tolong bagitahu. Terima kasih daun keladi…

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

One response »

  1. Gee berkata:

    mama…sa pun nda brapa pndai masak…tapi sa antam ja kas tarajun suma dlm kuali…bos sa blg sadap…nda tau butul ka tidak tu kan mama….sabar ja la…hahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s