Salam
Hari ini semua kerja rumah disiapkan dengan pantas, termasuk JnJ juga. Bukan apa, semalam disebabkan teruja dapat tag ni, terus dilanda kegedikan dan kegendutan selama 2 jam jadi terjadi sesuatu yang nda diduga. Aishh. Selepas entri ini mungkin tag tu akan aku jawab. Baiklah, sambung lagi. Disebabkan juga aku gedik dan gendut semalam, bukan semalam, kira pagi sudah tu sebelum perlawanan Jerman & Spain aku telah mengshout titik-titik-titik sebanyak 6 kali di shoutbox cbox aku tu. Masuk shout ke 7, cbox kata “MAAF, NDA DAPAT PROSES, ANDA TELAH DIBANNED”. Aku menelan liur yang kering sambil terkebil-kebil menghadap laptop ni. Naaaa..itulah akibatnya excited nda kena tempat. Teruslah buang ganti dengan shoutmix chat. Ada juga cari semalam macamana mau pulihkan benda tu. Tapi nda jumpa. Betul-betul aku rasa BIRU MATA HITAMKU.
Lepas tu, hari ini Juan pula nda mahu makan nasi. Bukan hari ini jak, sudah 3 hari bung. Menyusu dan makan bun jak dia. Risau juga. Jadi hari ini aku masak nasi lemak. Yang kecewanya pun dia makan dua suap jak. Itupun lepas dipujuk makan aiskrim lepas makan nasi. Alahai. Bayangkan kalau aku nda makan nasi 2 hari pun rasa cam mayat hidup sudah. Pernah dulu masa belajar, makan roti kering+bun+air putih, biasalah di perantauan. Apa-apa masalah tanggung sendiri. Masa tu hujung minggu, bank nda bukak jadi keluarga nda dapat bank in duit. Semester satu, kawan paling rapat belum berapa rapat, jadi segan (duk bagan hehe) mau meminjam. Merasa juga susah kan. Bagus lagi tu ada lagi yang boleh dimakan. Balik Sabah berat aku daripada 48 turun mendadak ke 41, WHOA..memang kurus kering, mata cengkung, pipi masuk, pinggang ramping, tulang sahaja..sekarang tidak lagi…babat sana sini (babat=lemak) lalalala~end flashback~
Baiklah. Itu saja, lepas ni buat persiapan jawab tag dan cari info untuk manage shoutmix aku tu, macam something wrong jak. Mama JnJ–behave yourself!
Signing Off-
P/s-terima kasih bb, donatayu & pencacai alim jadi follower 🙂
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

4 responses »

  1. Zairie Husin berkata:

    salam awk.. ari tu awk ada tanya pasal shoutmix awk kecik kan???
    ok..
    login shoutmix awk..
    pilih setting
    pilih pada Configuration..
    lihat pada post per day..
    maybe kat situ 😀

  2. Gee berkata:

    hahhaaa..kerana kegedikan dan kegendutan lagi tu…adehhh..besa la…sa pun ada babat juga…sabaw ja la..hee

  3. zairie
    salam–sudah dapat buat..terima kasih..sebenarnya bukan tanya hari tu lagi..tapi baru tadi pagi..apa2hal pun terima kasih aa
    🙂

  4. Kak Gee
    memang time tu terlampau gedik sama gendut bah..adihh..
    bah apa lagi babatlah..cam aku ni mamabudak..mau sliworld nda mampu pula hehe..
    okeh pa babat tu kak..
    🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s