Salam
Aku ada cerita hari tu pasal Juan yang nda makan nasi 3 hari, menyusu dan makan bun saja. Berfikir-fikir, mengoogle-google, bertanya-tanya pada mak aku, kakak aku dan adik aku. Jawapan mereka pun sudah aku praktikkan (cheh…skema). Tapi masih belum berhasil. Aku terfikir mungkin banyak cacing dalam perut Juan ini kali lah. Dalam perancangan memang akan beli ubat cacing tu, tapi asyik lupa jak, padahal kelmarin ada keluar bawa JnJ ni bermain-main di Giant Kolombong, maklumlah, terperap seminggu dorang ni, bukan main bosan menghadap muka mama dia yang langsung nda kiut ni. Garang adalah.Sempat juga mengabadikan gaya mutu keunggulan di situ. Ah kamera handphone. Ndapalah, daripada ndada.
Tajuk Pertama: Liburan
Berikut adalah gaya-gaya yang dihasilkan untuk tatapan diri sendiri dan kamurang yang minat jengah blog aku. Terima kasih banyak. Bukan mau tayang muka, aku faham, diriku tak sesweet remaja sekarang ni. Kedut dan bertapak dengan bangganya di bawah mata, pipi. Tapi ndapa. Untuk menghiasi blog ni barang seketika cuma (cheh lagi kombo).
gambar sengaja dilabel dimata untuk menyembunyikan kedutan bawah mata
yang ini juga. perhatikan hanya kanak-kanak gendut di sebelah tu
selepas brazil kalah, Juan tetap setia menyarung jersinya..atau ndada pilihan lain??
masih menapuk (sembunyikan) matanya..namun hidung yang kembang kelihatan jua. Sila besarkan untuk melihat kedutan..wkwkwk
******************************************
Laaa..bilang tadi cerita pasal Udang, Juan dan 3rd J?
Baiklah ada di bawah ni:
Udang
Tadi ada cuba rebus udang. Bila cuba suap Juan, matanya bercahaya sekali. Bukan apa, ada udang di sebalik nasi. Aku baru teringat. Masya Allah. Udanglah yang menjadi kegemaran starring aku ni, masa di kampung, bapa selalu dapat bila pukat ikan dan Juanlah yang selalu makan lebih banyak dari kami. Budak-budak. Kalau sudah jumpa selera makannya, jadi orang-orang tua seperti kami yang juga minat udang ni, dengan rela hati mengundur diri. Jadi, tadi aku pun meminta Abah JnJ ke Pasar Tuaran, mana tau ada jual udang sana, sebab yang aku rebus tadi sudah habis. Demi anak-anak, rela berkorban mengorek apa yang patut (kamurang faham apa yang aku maksudkan, bukan korek lubang hidung ya, korek tabung..opss..). Jadi inilah apa yang Abah JnJ dapat: (adeehh gambar lagi bung!).
Udang bung, udang bukan murah…tapi demi selera anak-anak. Bukan mau menunjuk, saja promosi Pasar Pekan Tuaran, ini harganya RM15.00 sekilo. Abah JnJ beli setengah kilo jak.
Nampaknya lepas ni kena ‘memasterkan’ diri dengan resipi-resipi ala-ala udang gitu. Aku akui aku bukannya pandai masak. Masa aku dulu-dulu……………….. ah sudah dia buat dah merapunya….
Baiklah. Full Stop
Tajuk Kedua ;Juan
Disebabkan selera makan Juan yang merudum sejak dia berumur 2 tahun, beginilah perbandingan tubuhnya dari dia kecil sampai dekat umur 4 tahun ni. Kesian aku tengok. Apa buleh buat. Minta-minta lepas ni, badannya naik balik. Buah-buah pun dia memilih makan. Buah mata kucing jak dia minat (manalah buah yang susah didapati itulah yang dia minat adehh).
Dia ni lagi GENDUT dari Jajang masa dulu-dulu..
Sekarang ni beginilah Juan…
Masa ni, umurnya 3 Tahun, kek ni jak sempat dibeli. Hari sudah malam.
Tajuk Ketiga – 3rd J (untuk bacaan wanita sahaja-peace!!)
Aku sudah mula membersihkan bau-bau dapur
Aku sudah mula mencari-cari baju-baju besar
Aku sudah mula mencari-cari kad klinik lama
Aku sudah mula menghitung hari-hari akan datang dengan debaran
Aku sudah terbayang-bayang katil hospital
Aku sudah terbayang-bayang muka jururawat yang garang
Aku sudah tebayang-bayang kesakitannya
Aku sudah mula mengumpulkan semua tuala wanita dan menyedekahkannya kepada sedara-mara (habis, kakak dan adikku pun mengandung)
Oh tidak…tarikh tutup ‘itu’ sudah limpas (berlalu)..sudah lebih 5 hari sepatutnya aku merasakan sengugut.
Adakah aku sudah bersedia menghadapi ‘morning sickness’ yang amat teruk sampai muntah-muntah darah?
Adakah aku sudah bersedia menghadapi kejang-kejang kaki di subuh hari sampai meraung bila Abah JnJ tiada di sisi untuk membetulkan kaki yang kejur?
Adakah aku sudah bersedia merangkak ke mana-mana sekitar rumah jika paha, kaki dan tumit tak bisa bergerak?
Adakah aku sudah bersedia melindungi perut ini daripada penangan JnJ yang semakin nakal?
Adakah aku sudah bersedia menelan pil-pil Folic dan vitamin C?
Adakah aku sudah bersedia?
Apapun dugaan yang Engkau berikan Ya Allah….akan aku hadapi semuanya dengan kekuatan seorang wanita, Insya Allah!.
Well…whatever it is…i welcome you with warm heart and full of love 3rd J or 3rd S (nama sebenar)…lalalala..gak usah ditebak….sudah terang tidak payah bersuluh, sudah nyata tidak payah uji..jumpa saja dokter ibu JnJ di sana dan daftarkan keahlian berklinik hingga 9 bulan.
Cheh! speaking konon….habis bertabur.
Baiklah itu saja…maaflah kalau kamurang bosan membaca hingga ke akhirnya…..
Love you full people
P/S: terima kasih kepada Tukang-tukang Blogger yang sudi meletakkan link blog ini dalam senarai blog kamurang. Terima kasih kepada pengunjung-pengunjung dan moonwalk atau sunwalk yang datang memeriahkan shoutmix aku ya!
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

4 responses »

  1. Gee berkata:

    whoaa Mama…congrattttssss…jaga diri bek2 ya…jan ko telampau makan udang juga..minum ko aing kelapa supaya super alus kulit baby nti…sa limpas suda jaman uwek2 ne..maklumlah patannngggg suda urg bilang..pukul ampat duda..eheee

    P/s : will follow ur pregnancy development closely from now…take care mama ^ – ^ :angel

  2. kak gee..hehe.aing kelapa aa..bah ia nanti diamalkan tu
    🙂

  3. PjahFzah berkata:

    wah.. congratz kak suhana.. seronoknyer… nnt truskan hupdate about ur pregnancy ye..hihi 😀

  4. pzah: makaseh..kat fb..susah sket kot..hehe..you know why kan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s