Salam

Tadi dapat panggilan dari kawan lama. Aiseh.  Jadi dengan murah hati dan gaya tangan ala-ala freestyle aku kemaskini jugalah blog aku untuk kali kedua hari ini (terlebih excited).

Dia tawarkan aku kerja di ofis baru (belum buka pun) di Alam Mesra. Aku terus terima jak. Bukan apa, dahi Abah JnJ sudah bekerut-kerut sejak tahu akan ada J yang ketiga. Bukan dia nda suka. Tapi mau atur perbelanjaan untuk kami 3 orang ni bukan senang. Gaji dia okeh jugalah setakat ni masih cukup makan. Cuma nafsu aku ni kalau mengandung ni macam pelahap. DIINGATKAN: selera pelahap yang tidak normal, hanya ketika mengandung okeh. Kalau berhenti makan, nescaya bagai embun bercucuranlah air liur aku ni, lepas tu asyik-asyik mahu meludah. Belum lagi jenis-jenis makanan yang diidamkan selera mewah bung!. Bukan selera kampungan. Termasuk dengan Juan sekali mengidam. Adakah patut semalam dia minta nasi dan daging kenduri orang kahwin tengah-tengah malam, tengah-tengah minggu. Mana ada orang kahwin masa ni. Mana mau cari Bung?. Kalau masa dia mau makan betul, memang ada-ada jak selera dia. Mengalahkan mama dia ni. Biasalah budak-budak.
Bila bincang dengan Abah JnJ, dia kata okeh jugalah. Kalau Mama JnJ kerja boleh pindah rumah teres (cheh, macam senang). Harga rumah teres yang direkemenkan oleh Abang Ipar aku adalah dalam anggaran RM750.00 sebulan. Hello. Kami masih dalam tahap pendapatan RM2000 ke bawah sebulan okeh. Ndapalah. Kalau ini yang dikatakan rezeki anak, aku sambut cabaran untuk bekerja semula. Masa mandi tadi sambil bemesra-mesra alam dengan lumut dalam bilik mandi tu (lumut yang dimaksudkan adalah daki-daki di dinding dan lantai bilik mandi) maksudnya membersihkan bilik mandi, terfikir tentang keadaan JnJ. Mesti lepas ni, kerap selesma, demam dan batuk kalau hantar ke taska. Tapi sampai bila aku menganggur. Bisnes pun hangat-hangat ta** ayam. Bukan nda bersungguh. Tunggu modal jatuh bagai hujan dari langit. Apalah….Tiba-tiba ada suara lain dalam bilik mandi:“Sapa mau bayar P*P*N tu. Pandai pinjam masa belajar, bila habis belajar, buat-buat lupa”.

Eh. Sorry, aku lupa aku pernah jadi budak-u dulu. Hehe. Akan difikirkan kemudian. Sekarang ni kena bincang habis-habisan dengan Abah JnJ. Kena kuatkan semangatlah. Loya-loya, pening-pening, longlai-longlai tu ketepikan semuanya. Bukannya kawan aku tu nda berhati perut kan mau seksa wanita mengandung macam i ni. Hehe.Ndalah. Istedi ko kawang.

Baiklah. Sudah panjang ocehan aku ni. Babai.

Salam

Budak ni masa kecik-kecik tu…bila besar kan main gendut lagi kan?

Firman Allah Ta‘ala:

Tafsirnya: “Sehingga aku (Nabi Nuh) berkata (kepada mereka): “Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. (10) (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; (11) Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak–pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)” (Surah Nuh:10-12).

~Insya Allah~

Signing Off : Perbetulkan aku kalau aku salah-

p/s: tengah melayan perasaan, buai-buai rasa agar tidak memedulikan masakan auntie di sebelah…adei..dia masak apalah pulak ni???
p/s 2: P*P*N tu kamurang tahu bah kan..heheh..yang pastikan bukan biasiswa PAMA…
p/s 3: Terima kasih follower baru..nanti aku blogwalking tempat kamu ya.

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

6 responses »

  1. Zairie Husin berkata:

    salam.. awk ada tanye kan nak panjangkan shoutmix?? awk log in shoutmix awk, pastu awk pi kat get code.. kat situ ada nak adjust size.. selamat mencuba… 😀

    download kegemaran anda disini

  2. salam..ya sudah ok mungkin yang shoutmix saya ni, terlebih panjang lagi..hehe..tima kasih

  3. Gee berkata:

    ne kali la…mo kerja la pula balik…hrp2 ko sihat ja time d opis aa.. 🙂

  4. ne kali la kak gee..pa buleh buat..big boss tu cam mau nyuruh tapi nda mau cakap..tapi dahinya yang berkerut tu menggambarkan perasaannya..hehe

  5. Puan As berkata:

    Insyallah nang, dipermudahkan urusan mu semuanya. mmg susah mau fikir kan mau start kerja, mana lg anak2 tapi kau jgn putus asa, klau ada rezeki, semua akan dipermudahkan.

    • anangsue berkata:

      assss ini en3 thun lepas ni astagaa..exbosku followku di twitter jadik aku panik dan edit segala2nya terus pula terkeluar entri ni huaa

      anyway thanks yaaa as

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s