Salam

DIARI INI PANJANG…oh tidak!
Sungguh. Memang confirm, tempoh masa pukul tiga petang hingga malam adalah masa paling kritikal buat aku. Sebab tu aku masak untuk makan malam bermula pukul 3 petang bung!. Jadi Abah JnJ datang kasi panas jak makanan tu. Aku cakap sama dia, sorrylah bang, selepas 4 BULAN, keadaan aku akan pulih. Matanya bersinar dalam cahaya lampu fluorescent. 4 BULAN?, seingat aku J pertama dan J kedua, sampai 6 BULAN. Kali ini, Insya Allah, mudah-mudahan awal sikit. JnJ kira sporting jugalah. Kalau nampak mama dia lembik pagi-pagi tu, perangai pun macam budak SKEMA, layan TV, layan basikal, baling-baling dan terbalikkan sofa. Sebenarnya bantal sofa. Habislah. Dalam seminggu kena cuci 3 kali lapis sofa tu. Tapi, sekarang ini aku sudah nda kisah lagi bung. Yang penting makan pakai dorang settle sebelum aku melandigkan diri melayan keloyaan aku ni sebelah petang. Masa tu harulah jiran sebelah dengar aku jerit. Mak aihh. Macamana kuling nda menjerit. Juan pigi tepak kepala Jajang. Ndakan aku tepak juga dia balik kan. Paling-paling pun gigit bibir. Tapi nda tahan, nah ambik cubitan mesra mamamu yang sedang marah. Ish.ish. Kalau aku nda ketahanan juga, aku tutup mata, tutup telinga jaklah dengar durang ni. Last-last si Juan pun mungkin rasa bersalah. Dia datang dekat dengan aku, dia tanya:
“Kenapa mama,kenapa, mama mau muntah??”
Terus sejuk……. Masa tu, paling sesuai aku cakap sama Juan, kenapa pukul Jajang macam tu?, nda boleh bah sambil buat muka sedih…
Dia pun terus pujuklah Jajang sambil cakap
“Kenapa Jajang, kenapa, Sakit??”    soalan yang sama ..
……………………
Lepas tu, layan blueslah aku. Buat ini salah, buat itu salah. Masa petang-petang itulah, jiran-jiran seflat ini memasak pelbagai jenis lauk yang aku cakap pun akan buat aku loya. Makanan yang wangi semasa tidak mengandung sudah jadi terbalik. Maaflah cakap. Adesss…Bau minyak pun bah, minyak bah pun bikin aku mual. Serius. Aku ambil tuala lapis-lapis pastu tutup hidung, mau bernafas sedut sikit pastu tutup balik. Begitulah keadaanku sekarang. Haiyaaa..
Mau pandang laptop pun macam makan ndada perasa tau. Tawar. Tapi yang ini digagahkan juga demi kawan-kawan sebelog yang sudi menyinggahi blog mama budak yang nda fames nih. Semalam sebenarnya aku demam. Terpaksa mesej Abah JnJ suruh balik awal sikit petang semalam. Kesian. Terima kasih boss.. Hehe. Bukan apa, aku langsung nda larat sudah mau tengok budak-budak tu di ruang tamu. Adess. Sabar jaklah.
Ohya tadi berchat dengan seseorang. Alhamdulillah. Kami sudah baik. Kalau engkau baca ini, ketahuilah bahawa aku masih sayang engkau wahai BFFku. Segala kesilapan masa lalu, lupakan saja okeh?, aku sudah meminta maaf dan engkau maafkan. Jadi biar kita bermula semula ya, Rei..ichi..ni..san..go..shi  selamat datang sahabat. Lama sudah nda nangis macam tadi. Kita nda akan nangis kan, kalau kita nda sayang orang tu. Apa-apahal pun yang keruh sudah jernih, yang putus sudah jalin, yang lerai sudah sambung. Terima kasih kerana sudi memaafkan aku yang sensitif ini.
Okeh baiklah. banyak sudah aku taip ni. Kalau kamurang berjaya baca sampai akhir, tahniah. Terima kasih ya–entri ini aku tutup dengan gambar-gambar mama budak yang suka berposing dalam kereta. Cheh! Apalah kunun motifnya si mama juan ni?..ndada saja jak, untuk simpanan belog.
ini J yang ketiga…bukan..hehe, ini Jajang masa umur..emmm..nda ingat
esok budak gendut ni birthday.
Budak ni start sudah panggil nama aku ..Nang, aiseh. Mesti dia dengar Abah dia panggil. Lepas ni kena suruh Abah dia panggil aku Mama..oh gedik..i tak biasa. Kena cari penyelesaian lain.
Signing Off:
PS: kak gee..nanti sa bagi alamat sa okeh..tenkiu..bambangan di blog si Azura tu bikin aku mengidam boss..hehe
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

6 responses »

  1. 1 minit lg mo jam 12..HAPPY BIRTHDAY jajang.. to mama JnJ nduu bah cian jg penangan yg ke3 ni aa..harap harap semuanya di permudahkan Aaamin 🙂

  2. sizuka[Izzati] berkata:

    oh caringnya Juan dekat mamanya & Jajang.xpe sis take care okeh.Juan & Jajang tlg jaga sis.heeee~

  3. cheqna berkata:

    salam kak

    kak oi..janganla pekat sangat bahasa sabah tu bah..
    kurang faham r kak..huhuhuhuhuhuhu

  4. Gee berkata:

    adesss mama…ko layan blues pula patang2 skrg ne kan…tepa la..kijap lagi tu..bah sabar ko bambangan tu ah..sa balik kg nti trus sa pos kas ko…ne kali la…tapun2…

  5. nurul:ketiga2 dorang ni hampir sama jak penangannya haha, timakasih a, insyaAllah
    dik sizuka:caring sesangat tu , tq
    cheqna:la, pekat sangat ka, laa tak perasaan, baiklah akan dicayaqkan pada entri mendatang hehe peace..

  6. Anna Boleyn berkata:

    hehe bagus anak2 akak. dah lah comel2 plak tu. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s