Salam
Huh. Fakta bahawa terdapat 1 trillion bakteria melekat di kaki kita yang aku terbaca di blog Kelana Fana membuatkan aku termimipikan bakteria semalam. Aku termimpi kaki JnJ dari tandas walaupun pakai selipar bawa bakteria di lap kaki, seterusnya berpindah ke sofa di mana diaorang selalu berguling-guling dan seterusnya di tilam di mana mereka selalu tidur meniarap. Ishh..nda boleh jadi bung!, sebelum pukul 3 PETANG kena mop dan bersihkan juga rumah ni. Isnin tu mop juga, spray sofa dan tilam. Ingatkan mau bersihkan esok atau lusa. Tapi mimpi tu buat aku berfikir tentang sekecil-kecil hama atau kuman pun boleh sebabkan penyakit (lho masak sekarang baru nyedar mbak?). Ohya, lepas ini jangan lupa jenguk blog En. Kelana ya, selain fakta yang aku sebut tu, ada banyak gambar-gambar keindahan semulajadi di situ.
Berfikir tentang kepenatan dan kelelahan pula, cuba kamurang fikirlah orang dulu-dulu kan. Berjurut (emm anak ramai kot) bah anak-anak sampai soploh doploh orang masih kuat. Boleh buat kerja rumah, bermosel lagi (muscle) kalau yang wanitanya. Fuhh. Yang kita sekarang ini walau dilimpahkan segala macam kemudahan pun masih merungut penatlah, sakit belakanglah, sakit pingganglah. Akulah tu. Bukan apa takut juga kalau kerja mengalahkan buruh kasar terjadi sesuatu sama baby J ni.  Macam mama kitalah kan, lihatlah betapa kuatnya diorang menjaga kita sampai kita besar.
goole image
Aku ingat mama aku dulu. Kami 6 orang, kalau bapa aku pergi luar daerah sampai berminggu-minggu, tabah betul dia jaga kami dan menghadapi kenakalan kami adik beradik. Kalau bapa ada, senyap jak macam lipas kudung sebab bapa aku ni garrang uols (pliss). Yang mama kamurang macamana pula?, mungkin kamurang lagi ramai adik-beradik kan?. Jadi ingat-ingatlah dan telefon-telefonlah ibu di kampung. Aiseh. Peringatan untuk diri sendiri.
google image
Oh aku teringat sesuatu. Hari tu ada tengok DR House ni. Ada pesakit dia teruk kena alergik kah, sampai koma (nda ingat betul jalan cerita dia). Sekali lagi last-last, rupanya dia sakit tu berpunca daripada kulat di bawah sinki dapur bung!. Siapa yang ada tengok cerita tu, sila perbetulkan kalau aku salah ya!.
Akhir sekali, di mana mau cari ini baju a?. Ada yang jual online kah? aku mahu beli. Hehehe.
google image
Akhir sekali (kedua) : ada sapa-sapa perasaan icon cute monkey di shoutmix aku tu menjadi kah, sebab aku sendiri pun nda dapat tengok, gambar pangkah saja, lihat tanda bulat warna kelabu.
Akhir sekali, signing off.
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

6 responses »

  1. Anna Boleyn berkata:

    emm tak dapat tengok lah kak yang monkey tu.

    btw, kami 3 beradik jer, tapi mulut mak bising juga sebab memasing nakal. samalah. ayah garang. huhu

  2. ok tu..bila besar ni selalu tanya mak kalu pernah cubit kitaorang, dia kata takpernah..tapi kak tak percaya..hehe
    dah ok kut, now tukar rabbit plak..kiut seh..

  3. J.M.R berkata:

    rabbit lagi cute!!!:-)

  4. Joseph berkata:

    our mother is the one who sacrifice a lot to us..

  5. bArdbOO berkata:

    kak, sy nmpk je rabbit tu…

    aiyak..bila baca entry akak ni sy pon trase geli-geliman d kaki..huhu

  6. jmr:sate rabbit?..tak pernah rasa lagi la..tq komen
    joseph:betul..betul 🙂
    bardboo:tadi monkey, pastu da tuka rabbit ni n adjust url kat shoutmix baru ok

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s