Salam
Entri ini panjang, tapi mungkin bermanfaat.
Dua tiga hari ini baca berita tentang kanak-kanak maut. Masa balik dari kampung hari itu beli Suratkhabar Kosmo. Tersentak betul bila baca berita kanak-kanak perempuan 5 tahun maut terjatuh semasa sedang bermain-main dari meja di dalam biliknya. Bapa kanak-kanak itu direman selama 3 hari bagi membantu siasatan , dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana cuai. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum sehingga 10 tahun penjara atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali. Semalam pula seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun maut apabila tercampak keluar dari kereta yang dipandu bapanya semasa kereta itu dilanggar oleh kenderaan lain di Kuantan. Bapanya hanya cedera ringan, manakala ibunya pula masih menerima rawatan kerana cedera parah akibat tercampak keluar dari kereta juga. Kanak-kanak malang itu meninggal dalam perjalanan ko hospital. Pada 31 Julai 2010 pula kanak-kanak berusia 2 tahun maut diserang 5 ekor anjing Pit Bul peliharaan datuk tirinya apabila kanak-kanak itu membuka pintu garaj anjing-anjing tersebut. Yang paling sadis……ini berlaku bulan Mei, kanak-kanak berumur 9 bulan maut terjatuh dari tingkat tiga kuarters guru apabila dipercayai merangkak dari katilnya menuju keluar tingkap yang tidak berjeriji dan dibuka disebabkan cuaca panas. Ibu bapanya ketika itu sedang tidur.
Alahai….
Bersediakah kita menerima kehilangan?
Bersediakah kita mengalami musibah?
Sudah takdir. Ajal dan maut ditentukan olehNya. Kita hanya merancang dan di samping itu perlu juga sentiasa dalam keadaaan BERJAGA-JAGA dengan keselamatan anak-anak. Leka sedikit boleh menyesal seumur hidup. Keselamatan kanak-kanak perlu diutamakan di dalam rumah, di luar rumah, dalam kereta, di taska atau di sekolah. Hatiku berbelah bagi untuk bekerja kembali. Rasanya macam mahu melekat jak dengan diaorang ini 24 Jam. Ingatan untuk diriku sendiri dan kamurang. Terpaksalah jiran sebelah tahan hati dengar aku menjerit bila ada tidak kena gaya JnJ. 3rd baik-baik aaa, jangan bagi mama bad mood saja.
“Pekerjaan Tuhan semuanya. Kalau sudah hendak rugi lari dalam peti besi pun rugi juga.” Nasinya Tumpah-Fatimah Busu

*************************************************************

Berapa hari ini, fikiran tidak tenang bung. Mandi 2 minit sahaja (daki pun tidak habis gosok). Solat, hanya Allah sahaja yang tahu, khusyuk atau tidak. Kena diaorang ini betul-betul leka tengok kartun baru boleh buat kerja. JnJ sekarang suka betul bermain lompat-lompat di sofa dan meja. Juan sekarang suka main gimnastik dan buat gaya terbalik antara sofa dan lantai. Jajang pula suka tiru gaya abangnya. Langsung tidak boleh ditinggalkan. Mata, telinga atau segala deria macam bertukar fungsi kepada spontan. Mengunjungi blog kamurang pun ketika malam bila Abah JnJ ada.
HARUSKAH AKU BUANG SAJA SET SOFA DAN MEJA DI RUANG TAMU ITU?
Sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Jumu’ah ayat 8:


Yang bermaksud : “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).

Sekian
Signing Off :
p.s: saat ini JnJ sedang tengok Tom And Jerry dengan khusyuk. Kemaskini blog sekejap
p.s: kalau silap fakta mengenai berita di atas tu, bagitahu aku ya!
p.s: JnJ…..sayaaaaang kamu ketat-ketat!
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

13 responses »

  1. sizuka[Izzati] berkata:

    huhu.takpe yg penting kne slalu beringat kan sis.semoga JnJ, sis & family selalu dilindungi dari kecelakaan olehNya.

  2. syahira ariff berkata:

    kena bersedia menerima kehilangan
    walaupun perpisahan itu sesuatu yg menyakitkan

  3. Gee berkata:

    yg kes baby jatuh dri tingkap tu la ba yg sa heran smpai skarang….mcmana juga tu kan mama…kapanatan mangkali tu cigu tu smpai tia sdar…palis2…

  4. cheqna berkata:

    kan..
    malang tidak berbau..
    kena sentiasa bersedia la..
    terima pelukan itu ketat2..=)

  5. sizuka:insyaAllah..sama2 mendoakan ya
    syahira:betul kena bersedia
    kakgee:itulah mengkali..cian juga..
    cheqna;betul..sayang ketat2 🙂

  6. PUPUT berkata:

    sedih betul dgr mcm2 skg..malang xberbau..semoga parents kanak2 ni hadapi ngn tenang..

  7. betul tu cikpuan puput..

  8. Pencacai Alim berkata:

    haish…tak bleh tgk dow citer2 malang pasal kanak2 nih..

  9. Ningseh berkata:

    Nasinya Tumpah [Fatimah Busu] tu yang durang ambik kulat kena racun rumput tu ka???

  10. PA:aku lagi tak tahan tengok aduii…cam entri awak buat tu..aku tak sanggup tengok gambo budak tu..cian sangatlah
    ningseh;yaa itulah tu..yang anaknya mati semua tu tinggal bedolah jak yang nda termakan kulat tu..ada aku buat juga entri pasal ni dulu..

  11. Ningseh berkata:

    terkesan btl aku dgn cerita tu tau…tu lah smp skrg pn aku masih was2 dn teringat2 cerita tu klu makan sebarang kulat esp..WARUI..huhuhu…

  12. Ckin Kembaq berkata:

    yg penting hati2 naa..agar tak jadi benda2 yg tak ptot kan..huhu

    p/s : jemput singgah ke blog naa..

  13. ning: ya tau kujuga..warui tu tau.
    ckin kembaq: insya Allah..timakasih singgah n komen, sangat menghargai 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s