Salam
Alhamdulillah. Hari ini cuaca cerah, tidak panas, suam-suam. Angin kuat di luar sana, sesekali terdengar bunyi hempapan tingkap yang terbuka dari seantero flat ini dek angin. Bolehlah cuci toto yang terperap dalam baldi itu. Dalam masa beberapa hari lagi umat Islam akan berpuasa. Semoga aku berjaya mengharungi bulan puasa dalam keadaan alahan ini, Insya Allah. Oh!. Entri ini bukan mahu up traffik ya tuan puan. Setelah semalaman berperang dengan line broadband yang mantap perkhidmatannya, aku terpaksa mengubah kedudukan laptop dalam keadaan siaga, maksudnya sentiasa berwarna BIRU gitu (nda faham). Tapi sebenarnya ada jugalah kaitan dengan tajuk di atas. Aku sudah kembali MELUKIS!. Haha!. Itupun mahu kasitahu kamurang kan, macamlah perkara besar. Lainlah kalau dapat BE kah atau hal-hal yang luar biasa. Seperti kataku sebelum ini, this is my blog so (aiseh cakap omputih tak tahan) aku boleh cakap apa saja asalkan tidak menyakiti hati sesiapa . Oh tidak sama sekali. Status ‘Glee’ (boleh aku istilahkan seperti itu?) telah ditarik balik kerana berani menggandingkan ads mangga dengan nuffnang (maaflah ya, ini cobaan ‘mengcomparekan’ pendapatan). Bukan temaha’ (tamak) ya, hanya Cobaan. Juan dan Jajang sekarang leka bermain barangan mainan yang diselongkar dari bilik stor. Dan yang paling ‘seronok’ sekali, aku sudah mengalami ‘morning sickness’+’evening sickness’. Tadi pagi goreng Ikan Masin Terubuk , harum semerbak satu rumah, lepas ini kena mop lantai (kiriman dari pakcikku dari sarawak, terima kasih pakcik, NINGSEH dan NENGSEH sori a, nanti kalau ada lebihan aku bawa balik hehe). Maknanya dari pagi sampai ke malam memang loya saja. Belum lagi ditambah dengan sembelit. Mak aih. Kalau siang memang tidak dapat fokus bung! sebab bila-bila masa saja JnJ akan buat perkara-perkara yang tidak disangka-sangka. Jadi terpaksa ditangguhkan acara meneran pada sebelah malam. Biasalah wanita mengandung tidak dapat dipisahkan dengan sembelit (kalau ada yang tidak sembelit tu, memang ISTEDI!). Oho. Juan pun sekarang mengalami sindrom TIDAK MAHU MANDI. Mungkin kerana cuaca sejuk sekarang ini, pagi dan petang. Terpaksalah aku memaksa dia mandi. Dengan jeritan okeh. Aku dan Juan yang menjerit. Sabar jaklah orang sebelah. Jangan anggap aku mendera anak saja. Sebab Juan ini, kalau kemahuan tidak dituruti memang menjerit macam dipukul, kadang-kadang sampai sejam. Bele aku (dan orang sebelah). Baru tadi, lepas dimandikan pun masih lagi menjerit-jerit, tidak mahu mandi (padahal sudah mandi pun) dan berterusanlah sehingga setengah jam. Bila dia penat, diamlah dia.
(kenapa banyak betul dalam kurungan nih? ( ))
Sebelum aku merapu dengan lebih giat lagi, mari aku tunjukkan lukisan yang tidak seberapa ini:
ini bukan lukisan aku ya, saja mau kasi tengok ikan terubuk ni pada kamurang. 
sandi betul sebab oh pakai kamera handphone…
Sebab itu aku cakap, aku mahu mesin pengimbas ya tuan puan, siapa mahu bagi?. Free-free. Hehe. Giloss siapa mahu bagi free, kedai?. Haraf maaf. Handphone aku sony yang murah bukak tutup yang untuk music punya (nama pendek w350i) jak bah. Bukan blackberry. Baiklah, semua ini tidak lucu. Hentikan.
Sekian saja untuk kemaskini hari ini. Salam Jumaat semua.
Signing Off:
p/s: maafkan aku andai sekiranya entri ada berkaitan dengan sesiapa. cumanya aku bercerita tentang diri aku dan JnJ. Tiada kaitan dengan sesiapa. Walau bagaimanapun anda dialu-alukan untuk memberi komen anda. Terima kasih kepada pengomen-pengomen tegar.
p/s: Kepada gadis-gadis di luar sana yang belum berkahwin dan akan berkahwin: silalah mengambil perhatian terhadap sindrom alahan semasa mengandung ini ya. Sila bertahan. Jangan jadi macam aku yang lemah semangat ini. Aduhai.
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

6 responses »

  1. sizuka[Izzati] berkata:

    wah cantiknya sis lukis:D.hehe pesanan itu akan diingati.eceh:P

  2. Ningseh berkata:

    hohoho..kami da mkn lah hr tu pacik bagi 2 ekor lagi…rasanya mcm blm abis…;-p

  3. PUPUT berkata:

    ayat ko mula2 tu masyuk la mama..cam ahli sastera gtu..hehe..ehh..ko ngandung ye..aku baru tahu ni..dah tahu ke boy ke girl?tahniah ek..dah bape bulan..?
    rajin ko melukis..ada bakat terpendam..semoga sukses ek..^_^

  4. sizuka..huahua..kesian betul mak budak lukis kartun hihi (okeh.jangan lupa ya, mudah2an sizuka ni jenis istedi hehe)
    ningseh:ooo..napa x kestau ritu..burrsa saham 😀
    cikpuanpuput:laa ingatkan cikPP tau..da citer pasal loye2 neh hehe..arrk ahli sastera..aku kelas sstra je dulu..tapi tak jadik..
    bakat terpendam..dah tua2 camne hehe..tenkiu2

  5. sangat tak faham la bila ada orang yang pndai mlukis ni…bila diri sndiri nak try lukis, dengan tekun gler lukis ni..tapi hasilnya hampeh mcam budak tadika..dah lama ptus asa bab lukis mlukis ni..jgn kata mlukis, tlisan nk bg cntik skt pn x jadi2..hahah.. pasrah je..kui3..
    cntik lukisan tu =)
    huu..tkut jgak prgnant ni..ceh, kawen pn ntah bl..kui3 =p

  6. lukisan tadika mahal dik..ada budak yang boleh jual lukisan tu..nama apa tak ingatlah omputih tu
    orang kata kalu tulisan kurang cantik tu, tulisan dokter..hehe
    tq
    ada tu..insyaAllah..belum jumpa lagi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s