Salam
(Ini catatan hari Jumaat, selepas peristiwa rama-rama)
Selepas makan-makan (sebenarnya aku tidak makan pun, sebab rama-rama dalam perut tidak habis bergolak) di Rimbun Cafe yang mana kebanyakan daripada pelanggan adalah terdiri daripada pelajar-pelajar yang tinggal berdekatan University Apartment, kami menghala ke Karamunsing Complex untuk cuci-cuci mata. Dalam fikiranku, Abah JnJ mesti mahu belikan mesin pengimbas. Bila lalu di Stadium, lampu spotlight tu dipasang terang-terang. Ingatkan ada perlawanan bola, rupanya ada Hari Belia dan memang ada perlawanan bola cumanya mungkin hanya belia-belia bukan pemain bola Sabah (mengkalilah sebab ada banner-banner Belia di situ). Dalam perjalanan ke stadium pula terlihat bangunan berwarna biru dan sangat cantik dilihat pada waktu malam. Bercahaya biru (bukan mataku atau mata Abah JnJ). Tengok sekali lagi rupanya ada pameran Ocean World sempena BIMP-EAGA di KKIPC. Teruslah berminat mau bawa budak-budak yang terperap di flat asyik–syik tengok muka mamanya yang bad mood sentiasa ini untuk hiburkan hati diaorang. Bolehlah diorang tengok ikan secara live. Diulang, secara LIVE maknanya hidupan laut itu hidup dan dalam akuarium ya, jadi di bawah ini, seperti mana kebiasaan dan kelaziman sesebuah blog bersifat peribadi, aku tonjolkan beberapa aksi-aksi 4 beranak ini yang dirakaman dengan kamera telefon baguih dok ada dalam Dunia Lautan. Ayoooo bung dan mbak liat semua!:

nda tahu motip (lagi) budak ni memuncungkan mulutnya
Juan ni tengah kagum tengok hidupan laut yang ‘live’
waahhh..lihat ikan-ikannya bergantungan di udara, ‘hidup sungguh’
Juan sedang bermain bubbles yang keluar dari kerang, eh tu kerang kan, kah siput sedut hehe
budak korean ni perasaan berada dalam laut ya tuan puan
orang cakap muka kami seiras, ndalah pula aku rasa macam tu 
sajalah ditutup gigi tu, bukannya putih pun mau kasi tayang, oyeah
arr, kening aku baru perasaan putih sebab krim muka MURAHAN yang aku tonyoh dalam gelap sebelum masuk pameran tu nda berapa rata. Hehe. Nampak macam pelakon opera cina ada kah?
atas permintaan beliau sendiri, memachokan diri (macho eh?)
giliran bapa budak ngan budak ya tuan puan

Kalau kamurang perasaan, Jajang tidak pakai selipar atau kasut, sebab Abahnya ingat mahu pegang Jajang. Tapi Jajang sangat teruja dan terpaksa dilepaskan. Kalau tidak memang haru bung dengar dia jerit minta diturunkan.
Selesai menonton hidupan laut, kami keluar. Terdengarlah bisik-bisik dari pengunjung lain yang buat aku dan Abah JnJ tersenyum.

“Mana ikannya, nda hidup pun?”

Yang lain silalah berkunjung ke sana ya, sekadar bawa budak-budak apa salahnya. Tapi jangan mengharapkan hidupan itu hidup seperti banner dan poster di luar ya tuan puan, nanti kecewa pula. Tidak apalah. Harga tiket masuk bukan mahal pun. Eh rasanya sudah habis pameran tu. Hehe.

Itu sahaja untuk kali ini.
Signing Off: Selamat Berhari Minggu

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

7 responses »

  1. tengkorakemas berkata:

    hehe tak hidup rupenya, juan tu memang korean la 🙂

  2. uis menarik sampai bila ni..? sempat lg ka pg ni malam..berminat ni mo pg

  3. te;..hehe..taktolah dia ikut sapa..mataku tidaklah sesepet mana.. abah dia kot
    aimaaaa; lama ko xkeudara..rasanya suda abislah..tpi bgus kmu g 1b..cam best jak ..ada pc fair..kami x pegikemarin xsempat..kalu sempat memang nda selamat poket abah jnj..kakaka

  4. syahira ariff berkata:

    seiras jugak akak,dekat bahagian mata
    =]

    bestnya pegi ocean world
    mahal tak tiket sekali masuk?

  5. Anna Boleyn berkata:

    salam..

    lama dah tak datang blog ni since anne boleyn cuti dari berblogging selama 2 minggu. huhu

    bawak anak berjalan2 ye kak. ingatkan betul2 'hidup' ikan nya. hehe. tapi nampak cantik. menarik jugak yerr. tp syg, tak dapatlah kita nak ke sabah. jauh~ huhu

    aikk tukar layout lagi kah? hehe :p

    p/s: jom baca entry MTV Worldstage jom. 🙂

  6. “teruja anak2 korea ni wlaupun xde ikan hdup..huhu.. kurang2 pun ltak ikan puyu 1 balang pun jadi la..kui3 =p”

  7. syahira : rm3 je 🙂
    hana:takpa, kat sana ikan dia lagi hidup kot :-), thanks singgah n komen
    wani:korea eh..hehe..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s