Salam
Tidak pasti sama ada ini adalah entri terakhir sebelum berehat panjang. Rasa tidak terdaya menghadap laptop ni. Semalam tiap kali makan muntah. Maaflah entri ini sabul lagi. Tapi kena kemaskini juga untuk pembacaan aku di masa akan datang. Sekurang-kurangnya untuk anak yang ketiga aku sudah ada diari digital yang boleh dibaca dan tidak hilang jika berpindah-randah lagi seperti kaum nomad dahulukala. Yah!, namanya kan blog peribadi (dengan nada sinetron). Masa mengandungkan Juan dan Jajang aku ada diari tau. Diari bukulah. Tapi masa hujung-hujung mahu bersalin saja aktif muka suratnya. Atau ketika aku menangis bila Jajang menangis kesakitan (selalunya kalau kembung perut memang budak nangis kuat dan sangat menakutkan, aku macam patah hati bila dia nangis macam tu). Sekurang-kurangnya aku ada cerita masa lalu berkaitan dengan alahanku sehinggalah dekat masa bersalin dan boleh dibaca berkali-kali (kalau tidak didelete oleh blogger.com lah).
Berikut ialah makanan yang aku makan semalam dan dimuntahkan juga selepas 5 minit, tidak sempat hadam pun. Masih rasa mendidih dan berasid yang ikut keluar dari tenggorokan.
Jam 4: keropok dan kacang
Jam 6:Jagung rebus
(masa muntah yang kedua suruh Abah JnJ telefon Doktor M perlukah ke hospital sebab dah asal makan jak muntah. Dr M nasihatkan makan buah dan minum air banyak, terpaksalah Abah JnJ berkejar ke Giant beli  buah dan roti-roti. Siap pesan lagi sampai 9 bulan jak ya, pastu jangan mengada-ngada. Eleh. Aku mencebik)
Jam 9-10 (masa CSI New York): buah epal sebiji, langsat 3 biji, manggis 3 biji dan roti gardenia 2 helai (?)
Semuanya dimuntahkan juga. Rasa macam perut aku tidak dapat menerima makanan dari sebelah petang hingga ke malam. Aku rasa badan aku lembik macam span. Langsung keluar semua yang aku makan. Selepas muntah yang ketiga, Abah JnJ suruh tidur, jangan berblog, jangan main game. Tiada alasan.
Bangun subuh-subuh lepas solat tadi makan gardenia lagi 2 helai dan bukak laman kak Hanieliza Fotopages. Cuba-cuba masak Opor daging. Manalah tahu boleh masuk dalam perut. Semalam baca tips dari Bidan Bersalin Kak Engku. Banyak jugalah tips yang dapat diamalkan dan ada juga yang diamalkan tetapi tidak berkesan. Rasanya kena bertahan 3 Bulan macam ini bung!. Masa Juan dan Jajang tidak pernah rasa begini teruk sampai muntah 3 kali dalam sehari. Hari ini tidak tahu lagi macam mana. Esok berpuasa. Aku harap aku dapat bertahan. Rugi bung kalau tidak berpuasa.
sori. nda jumpa gambar muntah yang sopan sikit. yang ini mengkalilah.
Baiklah. Rasanya sampai ini saja. Sekali lagi selamat berpuasa ya!
Signing Off:
p/s rasanya berat badan aku menurun 3kg. Muka cengkung dan babat hilang. Tapi tunggulah kalau sudah ada selera makan. Memang makan saja aku ni dang.
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

10 responses »

  1. Ningseh berkata:

    huhuhu..kasiaannn dellooo dik…sabar jaklah..
    alhamdulillah aku da melepasi waktu2 yg sukar tu..
    harap ko tabah yah..klu ndak tahan blk kg jak..nnt kami jg ko dan anak2mu ya…;-)

  2. Azura Ani Salaim berkata:

    waaaa, sis, banyak2 rehat ya, mudah2an sis sihat2 jak, nanti kalau baby suda lahir, upload gambar sa, sa mau tinguk, kekekeke!

  3. cheqna berkata:

    take care sis
    selamat berpose

  4. ningseh: cian deloo..nantilah kami balik..masih buleh lagi ni
    azura: tenkiu..uiina lama lagi tu..ok nanti diuploadkan..(err..napa ngan tmplt aku?kemarin bandwidth excess limit jadi kuar yang opendrive biru tu, rasanya sbb tmplt WP yg aku pkai, so terpaksa tukar..
    cheqna:makasih ya, slmt berpuasa juga 🙂

  5. syahira ariff berkata:

    biasala tu akak
    bila tgh mengandung,perasaan loya loya nk muntah tu akan melanda
    tp akak untung tau sbb berat akak turun masa mengandung
    mak saya plak berusaha untuk turunkan berat bdn dia yg naik mendadak selepas mengandung
    =]

  6. sizuka[Izzati] berkata:

    sis take care okay.selamat berpuasa:)

  7. syahira;turun jerr..pastu naik balik, mulalah makan tak berhenti kalu dah hilang alahan adehh..
    sizuka; tengs ya

  8. Pencacai Alim berkata:

    tahniah2… apa2 pon selamat berpose.. 🙂

  9. Gee berkata:

    duhhhh mama…cua ko tingu balik menu makan ko yg jam 9-10 tu…segala jenis buah bercampur tu geng…mangkali itu juga kali yg kin mntah tu…makan yg leh lapik perut bah mama…sajuk bah tu buah tu..

  10. pa:terima kasih, selamat menjalankan ibadah puasa juga 🙂
    kakgee:uwaaa..betul jua kan.adeh..itulah..padahal anak 2 sudah pun sa ni..hehe..tq kgee..sebab kuling semlm tu nasi tia buli masuk, ingatkan itu gardenia buli kasi bagus skt rasa, rupanya terrlambat sudah..heartburn

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s