Salam
Sebenarnya sudah pun. Kalau di daerah ini 4.42 pagi. Aku bangun pun Abah JnJ kejutkan. Kalau tidak, memang terlanjur bung. Dia kejut dalam pukul 3.50 dan aku belum tidur sampai sekarang lepas solat subuh ini. Maklumlah pertama kali puasa sejak berblog. Aiseh. Jadi terlebih teruja. Aku masak ayam tadi. Campur halia+lobak+sos tiram. Tidak pasti apakah namanya. Jajang biasalah, bangun juga. Bukan ikut sahur. Tapi menyibuk juga. Minta itu ini. Minta span pencuci botol, minta senduk, minta piring. Kononnya mahu jadi suri rumah. Yang aku geram tu, kalau Abah dia ada, aku langsung dia tidak peduli. Terlebih manja dengan abahnya tu. Selalunya macam tu kalau anak perempuan. Juan?, tidur pulas. Siap kencing lagi di tilam. Semalam terlupa menyuruh dia kencing sebelum tidur. Lewat tidur semalam dalam pukul 1 pagi. Sebab, Jajang dan Juan ni sudah berubah jadual tidur diaorang. Tidur lewat bangun lewat. Tidur pukul 12-1 pagi bangun pukul 10 pagi. Aku juga yang ‘mathai’ macam mayat hidup, sebab temankan diaorang ni tengok Beckham dan ulang-ulang nasyid belajar hijayah.
Insya Allah, kalau tiada aral (muntah banyak kali atau heartburn), aku akan teruskan  berpuasa. Kamurang macamana pula? Apa lauk sahur hari ini?.
Signing Off:
Ada follower baru lagi. Terima kasih daun keladi.
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

10 responses »

  1. zulkbo berkata:

    Salam ramadhan
    dari saya buat
    anda sekeluarga
    moga mendapat keampunan
    dan keberkatan dari-Nya
    di bulan penuh rahmat ini

  2. Ningseh berkata:

    alhamdulillah..msh lg ko larat posa..klu ndak larat jan paksa oke..fikirkan kandungan tu duluan..sbb apa2 hal efek sama dia..cubalah kurangkan minum nescafe…

  3. sizuka[Izzati] berkata:

    hehe sizuka belum sahur lg sebab besok bru stat puasa:)

  4. en.zul:selamat menjalankan ibadah puasa juga
    Ningseh:tia sudah aku minum tu nescafe bah, guara jak..kuikuikui..tenkiu
    izzati:lewat sehari pulak kan..

  5. LiFe KaMi berkata:

    Selamat berpuasa dr kami untuk anda sekeluarga..semoga kita dapat menunaikan ibadah puasa dgn sempurna..

  6. syahira ariff berkata:

    lauk sahur saya hari ini ialah nasi goreng.
    sahur pukul 5.20 pagi tadi.
    uish.awalnya waktu sahur kat sana
    tp best sbb waktu berbukak pun msti awal
    nk berbukak kat daerah akak boleh tak?
    hehehehe

  7. tengkorakemas berkata:

    selamat berpuasa buat Mama JnJ sekeluarga 😀

  8. TE:sama juga, selamat berpuasa, insyaAllah..
    Syahira: nasi goreng ok juga.awal juga berbuka di sini 6.39 kalu tak silap..mailah sini
    🙂

  9. alala..comeynye.. semoga akak sihat2 saja..
    dpat mnjalani ibadah puasa dengan baik =)
    dulu masa kecik2 selalu bajet nak duduk sabah serawak..konon bileh bukak puasa awal..hehehe..
    padahal sama je pon..hihi

  10. Pencacai Alim berkata:

    slmat berpose..

    duk sabah best time nk buka pose..cepat dr org lain..hikhik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s