Salam
-Ini catatan kelmarin-
Ternyata aku tidak sekuat yang disangka. Migrain yang berterusan sejak pukul 5 petang kemarin (sebelum berbuka) menyucuk-yucuk tiap rongga kepalaku. Masa memasak untuk berbuka kelmarin (hari puasa pertama), cempedak goreng dan daging masak merah membuat aku muntah dan terpaksa duduk lama di tandas. Banyak angin tapi yang keluar air berupa gas (minuman bergas) yang pedih. Aku rasa itu asid dalam perut. Maksudku perutku pedih. Apa khabarmu sekarang 3rd J?. Mama tidak pasti sama ada kamu okey atau tidak. Masih terlalu kecil untuk memegang bentuk tubuhmu diperutku. Masih terlalu awal untuk tahu kamu sedang bergerak atau tidak. Masih terlalu awal untuk rasa kamu bernafas atau tidak.
Semalam memang pagi mama bersemangat (hari pertama puasa). Mop lantai, buang habuk segala yang menebal di atas siling dan kipas rumah. Sapu lantai, kemas dapur. Lap sinki yang berlumut. Yah!. Abang dan Kakakmu ini terlalu. Rasanya jiran sebelah sakit telinga dengar mama jerit-jerit (hanya itu yang terdaya) larang abang dan kakakmu jangan bergaduh. Kakakmu  Jajang pula, sikit-sikit mahu masuk dapur bongkar piring gelas segala. Sampai pukul 3, 4 petang mama masih bertahan. Bila sampai pukul 5, mama sakit dada. Sakit perut, sakit kepala. Tidak tahu kalau dapat memasak untuk berbuka. Tapi mama paksa juga. Bila cium bau minyak dan bau nasi mendidih memang mama tidak tahan. Alang-alang 2 jam lagi. Lepas muntah tu memang mama lembik lagi macam span. Bila berbuka langsung tidak dapat menjamah nasi. Perut rasa berbuih-buih dan mama memaksa diri untuk tidur awal lepas Abah  balik dari terawih. Sakit kepala berlarutan hingga pagi tadi masa sahur. Dari pagi sampai tengahari (hari kedua puasa), kepala memang berdenyut-denyut. Masak nasi untuk Abang dan Kakakmu memang mama tidak larat juga. Rasa macam bahu dan belakang membongkok tanpa disedari akibat heartburn melampau. Mama terpaksa buka puasa juga sebab muntah. Dari petang sampai berbuka, nasib Abah belikan nasi memang mama tidak larat masak. Terpaksa kasi makan Abang dan kakakmu dengan nasi ayam (dengan ayamnya yang terbakar) dari baazar tg aru yang abahmu beli. Mama makan dua suap saja lepas tu mual. Tapi boleh tahan lagi. Bila Abah pergi terawih. Sakit dada yang terlampau. Rasa terbakar ulu hati mama ini. Mama tau itu normal bagi wanita mengandung.tapi, kali ini memang mama tidak sekuat masa Abang dan Kakakmu dulu. Sebaik sahaja Abahu sampai terpaksa mama ajak pergi hospital Likas. Abang dan Kakakmu juga terpaksa dibawa sebab tiada yang jaga di rumah.

Sampai saja di Hospital Likas, lepas isi kena ‘soal siasat’ oleh petugas kaunter, giliran Mama pula yang diperiksa apa yang tidak kena. Sungguh. Mama tidak kisah diri Mama. Tapi kamu 3rd J. Kamu yang mama kisah. Jururawat periksa tekanan dan demam, tapi tidak pula tunjuk pada Mama. Ambil air kencing dan tunggu atas katil. Tiba-tiba Jururawat bawa jarum dan air. Mama tanya. Jururawat kata mahu ambik darah dan tambah air sebab muka Mama terlalu pucat. Cucuk urat mama di pergelangan tangan. Sakit juga. Lepas tu cucuk lagi satu di sebelah bekas ambik darah tu untuk masukkan air. Jururawat kata kena tunggu ujian air kencing dan darah baru boleh tahu kena tahan atau tidak. Kepala Mama berputar-putar. Rasa pedih bila air dan ubat mual dimasukkan melalui urat tangan memang tidak terasa sebab Mama asyik fikir abangmu dan kakakmu yang dijaga Abah di luar, tidak pasti keadaan diaorang. Mesti Abahmu kelam kabut. Tahu-tahulah perangai JnJ yang Over ni. Biasalah budak-budak. Mama renung air dalam botol plastik tu, bila tanya jururawat dia kata kena habiskan dan tunggu keputusan air kencing dan darah. Mak aiihh. Masa tu sudah puul 10 malam. Terbayang-bayang Jnj dan Abah.

Hati Mama tidak tahan. Mama bagitahu jururawat Mama tidak boleh ditahan dan tidak boleh tunggu keputusan sebab anak mama yang lain tu masih kecil dan tidak ada siapa mahu jaga. Mama minta kebenaran pulang sebelum air dalam botol plastik habis. Jururawat dan doktor kata kalau tidak mual boleh pulang. Mama terpaksa cakap sudah tidak mual. Mama kuatkan diri bangun dan menuju keluar mencari JnJ dan Abah JnJ. Bila mama keluar di kantin nampaklah tiga beranak ini makan. Abangmu dengan istedi duduk atas meja buat macam rumah sendiri kantin hospital itu. Kakakmu pula main turun naik kerusi kantin. Abahmu tengah menghabiskan nasi sambil tangan pegang Kakakmu.

Alahai….macamana hati tenang tinggalkan Abang dan Kakakmu itu, 3rd J. Mama rasa biarlah Mama bertahan saja di rumah dan menjaga mereka. Tidak sanggup rasanya meninggalkan mereka, walaupun diri sakit. Bukan tidak harapkan Abah JnJ yang berkali-kali jamin boleh jaga JnJ. Cuma rasanya diri tidak kuat mahu berpisah dengan Abang dan Kakakmu walaupun diaorang terrrrlampau nakal.

Sayang kamu ketat-ketat 3rd J. Semoga hari ini kamu sudah tidak apa-apa.

kenangan kena jarum ^-^

Signing Off

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

7 responses »

  1. Gee berkata:

    duhhhhh mama…berair2 mata sa baca tis entri…God, i know how it feels…sama la kita..my kids dulu 3-3 tu sa masuk ospital juga mama.. msuk air juga…yg 1st tu la sa paling sngsara smpai tinggal 1 minggu d ospital smpai kana panggil ketua kampung suda..haha..sandiii betul kalu time pgnant..hrp mama sabar k..gitula kita ni…mudah2an ko kuat n 3rd J juga sihat…

  2. Gee berkata:

    tapi…yg part mkn nasi sma ayam terbakar tu bah…adehhhh….hehehehehee…sian gia

  3. alahai…macam tu ceritanya…
    kecian betul la kat akak… walau mcm mana pun kesihatan kena jaga tau akak.. nanti lau akak sakit lagi camne nk jaga JnJ..
    jngan pikir bnyak, nanti mgrain lagi..huhu
    semoga akak tabah dngan semua dugaan..
    terharu dgn pngorbanan seorang ibu .. =(

  4. nur berkata:

    itulah dugaan ramadan kali ni.. moga tabah menghadapi ujian ini.. sama2 kita berdoa agar dipermudahkanNYA.. amin.. salam ramadan buat ibu yang tabah…

  5. Azura Ani Salaim berkata:

    waaaaaa, macam kawan satu office sa, pun selalu migrain time dia pregnant, selalu sakit juga, sampai kdg2 tpaksa ambik MC. teringat pengorbanan mama tengok & baca pengalaman kawan2 mengandung ni.

  6. kakgee ia:bertahan sajalah..huhu..yg ayam tu sudahlah terbakar, separuh lagi, abah jnj nda cek lagi dia beli saja.
    puan nur:terima kasih singgah dan komen, insyaAllah…
    wani: terima kasih:kata2 kamu semua bagi aku semangat
    azura:ya tau..sa punya migrain memang bahaya betul..even kalu tia preg memang teruk sampai berair mata sakit..huhu

  7. PUPUT berkata:

    teruk gak ko ngandung kali ni ye..sibaik ko xde pape ek..sempat lagi update blog..ekeke…takutnye klu jd alah teruk cam ko ni..alhamdulillah setakat ni aku ngandung tiga2 anak ok je..hehe..semoga ko n 3rd J selamat ek..^_^

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s