Salam
Perit bila muntah. Sakit bila heartburn. Sakit hati bila mahu muntah salah, tidak mahu muntah pun salah. Dua-dua ada kesan. Kalau tidak mahu muntah, loya sepanjang hari dan mahu tidur saja. Akibatnya anak-anak terbiar. Kalau muntah, selepas itu rasa pedih kerongkong, tekak rasa pahit, bukaan mulut jadi tegang sebab bukak mulut lama-lama keluarkan isi perut. Serasa masih ada yang tertinggal tidak habis keluar. Dan kini hari-hari aku muntah. Mesti muntah punya.Yang baru tadi rasanya tekak luka sebab bila ludah berdarah. Aiseh. Silap teknik betul. Terover.
Oh!
Bagi yang baru membaca blog ini, ini blog peribadi seorang ibu beranak dua (masih bersuami ya tuan-puan), dan akan ada anak ketiga dan tidak akan putus-putus bercerita tentang morning sicknessnya sehinggalah masuk trimester kedua. Yakni setelah berakhirnya satu musim yang perit. 3-4 bulan bung!. Mana kau cari?
yess..yang di atas ini sengaja diBOLDkan.
Ahhhh!!
Sudahlah mamajnj. Stop talking about pain..(alamak…speaking pula dia broken..chet pirrah). Macamlah engkau seorang saja ibu di dunia ini yang mengalami morning sickness.
Tahu apa yang lebih perit?
Tahu apa yang lebih sakit?
Tahu apa yang lebih pedih?
Itu di sana, Pakistan bilamana seorang ibu menyaksikan anak-anaknya dihanyutkan banjir
Itu di sana, Palestin, anak hilang ibu ayah, ibu ayah hilang anak, adik hilang kakak, kakak abang hilang adik
atau paling dekat lagi………….di negara sendiri……bilamana banyak kejadian-kejadian ‘kehilangan’, sama ada aku sedari atau tidak.
Berhentilah mengeluh.
sudahlah


airmata telah kering
sejenak aku melihat bulan telah kembali ke permukaan kali
pelupuk mataku tak betah memandangi awan yang keletihan
begitu juga aku
memerhati dan terus memerhati
lelah bersambut
sapa bersahut
lalu riuh malam berkocak di deria
aku harus menunggu
3 purnama lagi sayang!
10.OGOS.2010
 
Signing Off:

Terima kasih follower baru.
Terima kasih pengunjung setia blog yang semakin usang ini.
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

11 responses »

  1. Gee berkata:

    sabar ko mama…msih d kg ka mama…rehat ja ko jan tensen nti darah tinggi la pula..heheehe

  2. sizuka[Izzati] berkata:

    sis be strong okay.take care:)

  3. tengkorakemas berkata:

    saya tak dapat bayangkan sebab tak merasainya..tapi harap dapat bertahan..

  4. Kay Masingan berkata:

    sabarlah ya mamaJnJ..:)

  5. PUPUT berkata:

    wahh mama…best puisi kamu..mst xsabar tggu kelahiran baby baru ek…
    ye la susah2 kita kat sini ada lg dorg yg lg susah kan..berdoa je la utk dorg semoga cepat2 la berakhir zaman susah dorg ek..
    utk ko, semoga morning sickness ko cpt2 la abih ek..hehe..^_^
    samat berbuka mama..

  6. urm..wani pn x pnah lg.. tp dpat byg la mcm mana bl rs nk mntah,bl tahan mcm mana blh byang pnah rs tp x tiap2 hr mcm akak kan….
    dktor x nsihat apa ke kak..mmg xleh wt pape eh?
    kuat smangat tau akak..cian sgt…hu2

  7. LiFe KaMi berkata:

    sabar mama jnj itu lah pengorbanan seorg ibu,kami pun da msauk 5 bulan ni, semoga sihat2 hendaknya..

  8. kakgee:ntahla, sa kena suru suda pegi sana klinik desa di kampung ni untuk berklinik…huaa..musti kena leterlah aku ni.lum lagi cek darah apa suma.
    izzati:tima kasih atas kata2mu.aku terharu..
    te:timakasih sekali lagi
    kay:wa..kamu datang lagi dan komen..nanti sa jenguk2 blog kamu ya.tq
    cikpuanpuput;lama da ni, masa tu masih dapat menggunakan otak kanan untuk bersastera..huhu.tq ya.insya Allah.
    wani sayang..memanglah tak pernah rasa, kan bujang lagi.tapi akak tak mintalah wani jadi cam akak ni sebab suma orang tak sama..mudah2an time wani nanti tak kena cam akak, insyaAllah.doktor swasta tu suru akak pose huhu.esok nak cuba sebab da ada penawar.insya Allah.
    LK:tima kash datang lagi..tak ada alahan ke awal mengandung tu?..semoga baik2 saja ya..amiin

  9. cheqna berkata:

    banyakkan berehat la kak
    n sabar =)
    insyaallah pasti akan rasa manisnya nanti

  10. Azura Ani Salaim berkata:

    sabar ya sis, huhuhu, cian sis, mudah2an dipermudahkan hari2 menanti kelahiran baby 🙂

  11. Anna Boleyn berkata:

    sabar yer c's..

    dugaan ibu mengandung….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s