Salam
google: nigella sativa
Adeh. Semalam lepas posting entri akhir di bawah ini, aku muntah lagi. Lepas kakak bagi minum air halia untuk hilangkan angin. Lepas itu ada pula air kelapa dan isi kelapa aku minum untuk hilangkan pedih kerongkong yang luka. Tidak lama lepas itu memandangkan ibu aku masak ketam kari untuk makan malam(percayalah kata-kataku, walau sesedap dan sewangi manapun masakannya tetap membuatku mual kalau dalam situasi morning sickness), aku muntahkan kembali air halia dan air kelapa bersama dengan tangisan. Adeh. Luntur kekuatanku masa itu sebab sudah tidak boleh menelan dan meminum walau apa juga makanan dan minuman. Masuk bilik dan tutup pintu. JnJ dijaga oleh kakak dan abang ipar. Kasihan juga sebab, kakak pun sarat. Perut aku berbunyi lagi, pedih lagi. Aku nekad keluar untuk ambil air dan roti krim kraker sekadar pengalas perut sebelum tidur sebab mustahil untuk aku makan nasi dalam keadaan begitu. Wah! menusuk hidung betul kari ketam menembusi tuala yang aku guna untuk menutupi hidungku. Tidak tahan nah bung!. Muntah lagi aku. Kali ini aku tidak menangis lagi. Sebab sakit mata pula. Tiada guna aku menangisinya sebab aku akan berhadapan dengan perkara ini dalam hari-hari mendatang.
Aku baring dengan perut kosong. Ingatkan paksa diri untuk tidur sebelum loya menyerang lagi. Tiba-tiba aku teringat tentang Habatus Sauda. Bakal majikan aku merangkap kawan aku merangkap sepupu kepada sepupu kepada sepupu bekas bos aku juga tu pernah mencadangkan aku untuk mencuba air zam-zam dan habatussauda untuk merawat alahan aku ni cuma aku belum menjumpainya lagi. Malam sebelum itu aku ada cuba-cuba mencium jintan hitam tu sebab masa itu ibu aku juga cuba merawat resdungnya. Aku ambil dan cuba-cuba hidu dan cuba-cuba tidur. SubhaAllah!. Memang berkesan. Loya aku hilang. Pedih dan mual aku hilang. Dan tanpa aku sedari aku tertidur.
Pagi-pagi tadi terbangun terus letak di hidung. Ibu pula rupanya ada beli cecair macam ubat Nigella DCL dan mengesyorkannya padaku. Aku minum dan tunggu kesannya hingga malam ini, macamana keadaanku nanti. Kalau memang berkesan, bolehlah aku berpuasa esok hari, Insya Allah. Semoga.

google: nigella sativa
Mari kita lihat beberapa khasiat Habatus Sauda ini ya:
info ini aku ambil dari sini (mohon salin dan tampal ya )

Nigella Sativa tumbuh di berbagai belahan dunia, termasuk Saudi, Afrika Utara dan sebagian Asia. Nigella Sativa merupakan bunga fennel dari keluarga Ranunculaceae. Biji-biji Nigella Sativa ukurannya kecil dan pendek (panjang antara 1-2mm), hitam, berbentuk trigonal, memiliki rasa yang kuat dan pedas seperti lada.

Menurut beberapa hasil penelitian, Habbatus Sauda` memiliki khasiat –dengan izin Allah– :

1. Menguatkan imunitas sistem pada diri manusia.


2. Melawan & menghancurkan sel-sel kanser/tumor.


3. Mengubati reumatik, peradangan serta infeksi.

4. Jika digoreng & dibakar kemudian dicium terus-menerus dapat mengeliminasi gas (dalam) perut.

Aku ambil info sampai sini saja ya, yang lain kamurang baca sendiri di link tersebut. Yang nombor 4 sengaja dicondong dan digelapkan sebab memang ada kena mengena dengan keadaan aku sekarang ini. Banyak gas atau asid dalam perut aku yang perlu dineutralkan nih.

Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, Rasulullah bersabda: ”Sesungguhnya Habbatus Sauda’ ini adalah ubat dari segala penyakit, kecuali as-Saam”. Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Khalid bin Sa’ad): “Apa itu as-Saam?” dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): “Kematian”. (HR. Bukhari)

Itu saja….

Signing Off;
P/S: seperti biasa, kalau aku bw ada yang dapat tinggal komen, ada yang sempat shoutbox saja sebab, uols knowlah kan, kampung i ni…you know..


Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

9 responses »

  1. Gee berkata:

    eh..bagus ni kan mama…sa mo terai juga la…produk DCL ni kan..hrp2 mama ngam tis ubat so nda pyh ko d kg lama2…sian c abah JnJ tido saturang2 sana ..hehehehehe

  2. tengkorakemas berkata:

    habatus sauda tu jintan hitam ye?baru tau huhu thanks for info 🙂

  3. btul2..hbatus sauda mmg bgus kan..

  4. syahira ariff berkata:

    yup betol!
    mknn turun temurun dari rasulullah
    mmg banyak khasiatnya
    hee~

  5. Pencacai Alim berkata:

    ist time dgr..mana blh dpt?

  6. k.gee:ada jua kesannya kalau heartburn, hidu2 jak. tapi yg dcl tu bida betul rasa dia..huhu
    TE:welcome..
    wanie: betul2
    syahira:InsyaAllah..berkhasiat
    PA:selalu ada ngan rempah ratus masakan gitu kalu yang belum diproses. kalau yg khas utk ubat cth mcam nigella keluaran dcl..

  7. PUPUT berkata:

    baru tahu ni..byk khasiat dia ye..setakat bau pon jd ek..semoga ko cepat2 sembuh ek..^_^

  8. Anna Boleyn berkata:

    salam…

    lamanya dah tak datang blog ni. huhu

    teruknya mornig sickness akak.. semoga lepas makan habbatus sauda tu elok terus lah yer. sian lak kat akak bila baca entry ni. huhu. take care ya.. 🙂

  9. cikpuanpuput: hidu2 boleh gak hilangkan mual..tapi sementara sahaja..
    hana: tq sudi singgah dan komen.. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s