Salam.
Serasa sangat malas mengemaskini blog. Tapi tadi tengah kemas bilik terjumpa Rekod Kesihatan Ibu (RKI)semasa aku berklinik di KKIA Pekan KK. KKIA bukan saja dikenali sebagai Kota Kinabalu International Airport ya, tapi juga Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak (^_^). Masa tu tengah mengandungkan Jajang. TAL (EDD) 21.07.2008 tu tarikh dijangkakan bersalin. Rasanya nama penuh TAL tu Tarikh Akan Lahir mungkin (mengantam saja). Yalah. Sebab di atas TAL tu THA mungkin bermaksud Tarikh Haid Akhir kan. Manalah aku berkari mau bertanyakan jururawat desa aku tu.
Kalau ada mesin pengimbas, memang mahu kongsikan gambar buku dan rekod tu tapi, tahulah kan. Tunggu duit iklan itu mencapai tahap yang boleh di’tunai’kan barulah boleh beli. Hehe. Darah aku jenis B. Kalau amik darah memang FAILED sebab tulisan berwarna merah di ruangan HB(gm%), memang anemialah sepanjang aku mengandung dua-dua JnJ. Baiklah tanpa membuang masa, aku saja mau ‘review balik masalah dalam RKI yang ditulis dan dilaporkan oleh jururawat desa. Hari Rabu berklinik di Klinik Desa dekat kamung sebelah. Berat sudah turun sehingga 45kg macam berat masa bujang pulak.
24/12/07
HB-10.9g
Berat- 47
Masalah-Pening Kadangkala
11/01/08
HB-10g
Berat-46
Masalah-Masih lagi morning sickness
25/01/08
HB-11.7g (yang ini sudah ok sikit jadi tulisan warna biru)
Berat-46
Masalah-Ibu mengadu masih pening, mual dan kurang selera makan
25/02/08
HB-10g (turun lagi, masa ni memang kena bebel habis oleh jururawat, suruh makan hati ayamlah, bayamlah)
Berat-47
Masalah-Ibu masih mengalami mual dan muntah
14/3/08
HB-9.7g(bla..bla..kena bebel lagi)
Berat-48 (errk..berat sudah..hehe)
Masalah-Tiada aduan (maknanya morning sickness sudah habis..mak aihhhh!! 3 bulan morning sickness bung!)
03/04/08
HB-10.3g
Berat-51 (ayarrk)
Masalah-Ibu selesma dan sesak nafas
-masa ini jumpa doktor, doktor sudah mula lukis 1 bulatan besar lepas tu ada titik di tengah..hehe kalu ibu-ibu mesti perasaan ada lakaran ini dalam RKI kamurang.
17/04/08
HB-9.8g (malas mau cakap daaa…)
Berat-51
Masalah-having diarrhea x3/7
02/05/08
HB-9.7g
Berat-53 (aaa)
Masalah-Ibu kelihatan pucat
21/05/08
HB-Tiada rekod
Berat-53
Masalah-Tiada aduan
05/06/08
HB-Tiada rekod
Berat-55 (oh tidak!)
Masalah-Kurang tidur pening bangun tadi pagi 
06/06/08
HB-9.7g
Berat-Tiada rekod
Masalah-pening on and off
19/06/08
HB-10.5g
Berat-56
Masalah-ibu sihat tiada aduan
23/06/08
HB-10.5g
Berat-56
Masalah-Tiada rekod
30.06.08
HB-12.2
Berat-56.5
Masalah-Tiada Aduan

22.07.08
Masa ini aku bangun subuh ada cecair keluar. Memang berdebar sungguh bung!. Sakit bagai ditarik-tarik selama setengah-setengah jam. Isnin pagi ingat mahu pergi kerja dari kampung, tapi tidak jadi. Bagitahu Abah JnJ dan Ibuku. Bersiap pergi hospital bawa barang keperluan. Singgah sebentar pula di restoran makan soto ayam. Hehe. Memang teringin mahu makan soto ayam masa itu. Lepas makan terus ke hospital dalam jam 9 pagi. Bukaan masih kecil, tidak ingat berapa cm masa itu. Bila sampai tengahari,kekerapan sakit berubah kepada 15minit. Mak aihh. Mertua, adik perempuan juga datang melawat. Ibu mertua suruh minum minyak kelapa. Punyalah bida’ (pelik) rasanya. Adalah minum satu dua teguk. Bila masuk jam 3, memang sesak nafas sudah. Ditambah lagi dengan bunyi pekerja hospital memesin rumput di luar. Ya Allah, tambah lagi aku rasa geram. Bunyi bising budak-budak yang datang melawat juga menambahkan kesakitan aku. Mulut dan hati tidak henti-henti takbir, mengucap, dan segala-gala bacaan yang aku tahu. Bila jam 4.30 petang, rasa teramat sakit, hinggakan aku tepis tangan Abah JnJ yang mengurut-ngurut tangan dan kepalaku sebab aku rasa perbuatannya itu tambah menyakitkan aku. Hehe. Lucu tapi kasihan juga. Nurse suruh aku tarik nafas dan bertenang tapi tiba-tiba rasa macam mahu buang air besar. Aku melompat dari katil, Abah JnJ pun panik. Aku tinggalkan dia dan berlari ke bilik bersalin dengan nurse yang mengejar dari belakang. Memang tidak tahan lagi bung!. Bila nurse mahu cek dia menjerit “hoii, dah nampak kepala weii!”. Aku dipapah ke atas katil bersalin sebab kali-kali terjatuh. 2 1/2 kali teran lahirlah Nur Syazharina. Masa itu aku memang tidak menyangka akan lahir anak perempuan sebab kami memang pasrah jika jantinanya lelaki atau perempuan. Dan satu perkara yang jarang-jarang berlaku ialah Jajang berkongsi tarikh lahir yang sama dengan ibu mertuaku (errkk..itu ayat mahu bodek ibu mertua..hahahaha)

Baiklah. Tamat sesi imbas kembali. Aku masih di kampung dan belum menampakkan tanda-tanda sembuh dari morning@evening sickness ini. Masih tidak dapat berpuasa.  Nigella Sativa berkesan hanya bila aku terasa heartburn dan mual-mual terus hidu biji jintan hitam yang dibakar atau direndam air panas. Tapi bila muntah memang tetap muntah punya. Tiada lagi teknik atau jurus penahanan muntah yang dapat aku lakukan sebab muntah tidak dapat ditahan-tahan bung!. Ada gas-gas lagi. Sabar jaklah Mama JnJ.

Itu sahaja

Signing Off!
Salam ramadhan

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

7 responses »

  1. tengkorakemas berkata:

    merah tu kurang darah ke?bukan kena makan kerang ke? banyaknya dugaan ibu mengandung..

  2. tulisan merah tu kiranya amaran ler, kalu berterusan boleh jadi anemia..dan lebih teruk lagi memudaratkan ibu dan bayi.
    kerang?..tak pernah dengar, tapi kalau betul, saya nak cuba juga..banyak dugaan tu TE..huhu..sabar jelah aku..

  3. Pencacai Alim berkata:

    tah paham aku baca bab2 kesihatan ni..hakhak

  4. sizuka[Izzati] berkata:

    hehe byk betul dugaan sis mse pregnantkan jajang.nnti utk baby J boleh la jugak review balik mcm ni.hehe

  5. Pencacai Alim berkata:

    sibuk wat kueh raya ke cik akak oii.. T_T

  6. Anonymous berkata:

    Hello. And Bye.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s