Salam
Mak aihhhh..kiranya dua bulan jugalah aku bertapa di kampung. Kepada teman-teman seblog yang tidak putus-putus memberikan sokongan moral agar aku lebih tabah, aku ucapkan setinggi-tinggi terima kasih (macam ayat dalam surat rasmi pula). Jari-jariku macam tidak mahu berhenti dari terus menaip. Rasanya banyak betul idea yang ingin aku tulis (taip sebenarnya) dan abadikan dalam blog kesayangan ini (tapi sabar dulu). Hinggakan ucapan raya yang ‘seharusnyalah’ diucapkan sepanjang minggu-minggu terawal raya pun aku tidak sempat aku katakan. Tapikan raya sebulan, jadi aku ambil kesempatan ini untuk mengucapkan:
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN !
Cuma rasa rugi amat bila sebulan Ramadhan, aku hanya dapat berpuasa sehari, pada hari pertama. Sebab hypremlah apa lagi. Sekarang ini, deria rasa masih pahit, kadang dalam seminggu adalah loya dua tiga kali. Sangat bersyukur, Alhamdulillah sebab tidak berpanjangan alahan ini.
3rd J sudah berusia 4 bulan. Cuma belum besar dan hanya ada ketulan kecil saja.
Jadi, selepas ini aktiviti menerjah blog-blog teman-teman akan semakin aktif dan juga aktiviti menjawab ‘award’ . Insya Allah. Tunggu kedatangan aku ya…muahahahahaha (terrrroverr excited).
Signing Off
p.s : ooh..ada gambar raya …nanti aku kongsi ya!
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

7 responses »

  1. kak suhana… selamat hari raya..maaf zahir batin tau.. selama kenal dalam alam maya ni, mgkin ada trkasar bhasa, silap salah, mtk maaf byk2 tau..
    semoga bhagia selalu, akhir kata, nak duet raya…hihihi

  2. Azura Ani Salaim berkata:

    bah saya tunggu ni, ekekekee!

  3. sizuka[Izzati] berkata:

    alhamdulillah sis dah makin okey.hehe.seronok bila sis dh kmbali smula nih.hehe.selamat hari raya sis.maaf zahir batin:)

  4. tengkorakemas berkata:

    alhamdulillah, selamat hari raya juga!yg penting jaga kesihatan tu 🙂

    p/s:saya buat guna photoshop je, kumpul2kan pastu letak gambar lain dan bg efek sikit hehe

  5. tengkorakemas berkata:

    Alhamdulillah, selamat hari raya! yg penting jg kesihatan tu 🙂

    p/s:saya buat guna photoshop je, kumpul2kam, tambah gambar dan efek, jadila gambar award tu he

  6. Pencacai Alim berkata:

    5 bulan lagi..hikhik

  7. wani:..tak ada salah silaplah…setakat ini kot..hehe..duit raya ada..seringgit boleh tak? hehe..
    azura: ok ok..mau kena edit luk sikit2 ni
    TE:tenkiu..oh photoshop..saya pula baru mau belajar benda tu adehh
    PA:…5 bulan lagi..insyaAllah..semoga dipermudahkan olehNya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s