Salam.
Lepas entri ini barulah aku selesaikan hutang award ya. 🙂
Dua tiga hari ini kerja kami sekeluarga berjalan sahja.  Hari Jumaat malam tu, kami ke 1B sebab Juan balik-balik bawa main game di Boo Boo Land. Bukan setakat Juan yang ketagih, dengan Abahnya sekali juga. Hari Sabtu pula ke Taman Lok Kawi hantar buku akaun kawan aku. Sebelum itu singgah ke Centre, ada pula selebriti Astro di sana Gempak Selebriti Astro kali. Boleh tahan jugalah.  Ada Stacy, Yazir, Akma, Nadia, Idayu dan pelajar AF lain yang aku tidak ingat namanya (apalah). Tapi sekejap saja sebab Juan balik-balik bawa keluar dari situ sambil tutup telinga , bising katanya (syukurlah nak kau bukan hantu konsert..hehe)
Hari Ahad, Abah JnJ ajak ke Tuaran beli lauk pauk untuk seminggu, aku cadangkan sebelum itu kami pergi ke Taman Buaya Tuaran, Abah JnJ ikut saja. Dalam perjalanan, singgah ke Restoran Transit, dengan niat berjumpa dengan pemilik dan anak-anaknya. Pemilik restoran (En. Awang Puasa) adalah adik tiri kepada nenek aku (ibu kepada bapa aku). Sambil-sambil tu makan tengahari jugalah. Sayangnya hanya ada Bobby, anak lelakinya, teruslah aku ajak dia ke Taman Buaya sebab kami pun tidak pernah ke sana. Kesian kan, sudah berapa lama Taman tu wujud, baru kali ini berpeluang ke sana.
Jadi berikut adalah gambar-gambar kenangan yang berjaya dirakamkan dengan telefon bimbit murah Sony aku tu. Ok lah tu daripada tiada…..
ini bukan konco-konco buaya, ini pendahuluan: mama angkat buaya..ngehehe
lokasi, Restoran Transit, Tuaran.
Pakcik ular tengah kekenyangan, tidurlah ia..
ikan ni, aku nda tanya pun namanya..aiseh..tapi kalau bakar, sedap ni bung!
ini ikan keli, Juan balik-balik tabur makanannya, sampai di rumah, ceritanya nda pandai habis
buaya pertama yang ditemui sedang bersantai, ni kecik lagi ni..
buaya kedua…istedi ko john
buaya dan buaya lagi..yay..
buaya ini antara yang terbesar yang terdapat di situ..arrkk..ngeri dan seram kurasa, kalau handphone aku jatuh alamat babai gabanlah..
besarkan?
ini adalah antara buaya yang terbesar di situ. Menurut pekerja di taman ini, jika ada antara buaya yang bertelur, tiga orang pekerja terpaksa masuk ke dalam kolam ini. Seorang ditugaskan mengambil telur, dua orang lagi berjaga-jaga.
ikan keli..salah letak da….patutnya ngan konco-konco ikan tadi..hehe
pukul 3 ada pertunjukan buaya, para pekerja sedang mengusik-ngusik buaya yang sedang bermalas-malasan ini untuk diberus giginya.. (betul..nda percaya?..datang sendirilah hehe)
ya..itu kemahiran menindih buaya. Nama buaya ini Buaya Tuaran
juga bersantai-santai dengan buaya (berani kan pakcik ni..adeh)
berjalan di atas buaya
ini aku pun nda pasti gaya apa…bemanja-manjaan kali
mama angkat buaya sudah jadi mama angkat burung unta, habis masuk ibu jari aku burung ni makan..nda sakit bah!
posing cover malu sebab ibu jari kena gigit..huahuaha..
budak sesat..gendut
siapa mahu beli dompet kulit buaya, RM 383 sebiji…murah kan
yang ini RM 7,700 kalau nda silap..kulit bung..tahan ni bertahun-tahun
yang ini harganya seperti tertera di bawah…mak aihhh…kecik molek..tapi harga tu bah
budak ni beranilah sebab buaya tu sudah diawetkan
nah..ambikmu..memang aku pemberani orangnya
yang ini pulak camana, pegang mata lagi

Dari pukul 2 petang sampai 4 petang jugalah kami di Taman itu. Ok jualah…ohya..tiket masuk kena bayar RM10 sekepala (kalau tidak silap, sebab Bobby yang sponsorkan tiket..tenkiu Bobby…kebetulan ada kawannya kerja di situ, dapat separuh harga pula).

Ok itu jaklah….
Adalagi: mau kongsi petua ni, semalam baca CLEO lama-lama, ada cara untuk hilangkan semut dari kereta. Kebetulan kereta kami juga mengalami masalah ini. Caranya ialah, ambil beberapa biji lada hitam letakkan di beberapa tempat dalam kereta yang selalu mengundang semut. Biarkan semalaman. Esok pagi lihatlah hasilnya. 
Satu lagi pesanan kepada Blogger Sabahan, ada perjumpaan@dialog dengan pengamal media pada 29 hingga 30 oktober  2010 bertempat di 1 Borneo ya. Bukan sahaja  dari Sabah tapi daripada kawasan Asia Tenggara juga. Macam banyak isu menarik yang akan diperbincangkan. Acara ini dinamakan B2.0. Siapa-siapa yang berminat datanglah pa berminat layari www.borneocolours.com/b2.0 ya. Aku?..janganlah..aku ni mentah lagi…sekejap ada sekejap ndada..adeh..kalau speaking lagi..matai nooo..
Itu saja…
Signing Off
P/S: skrin lappy aku ni dalam keadaan menegak…ok pula, nda berani aku tutup. Apalagi buka jalah monitor siang malam. Takut rosak terus kalau aku tutup…be a good boy…try a little harder…ya my lappy..mmmuah
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

10 responses »

  1. Azura Ani Salaim berkata:

    sis, sa mo ikutttttttttttt! huhuhuhu, mau ikut, mau ikut….

  2. sizuka[Izzati] berkata:

    whoahhhh.kemaen sronok juan pegang buaya.kehkeh.jajang comel betul:D

  3. azura…bagus ko amik cuti dua tiga hari…bercuti sini..kita jalan2..ngan kakgee sekali..amacam?..round2 kk-kb jak lah bah hehe
    izzati:..memang dia seronok tu ..jajang tu mengontrol tu 🙂

  4. 🙂 perna pg skali ja

  5. tengkorakemas berkata:

    kalau silap sikit buaya tu boleh mengamuk huhu

    tapi Juan memang berani, 😀

  6. amboi akak….
    berjalan sakan eh..
    da sihat ke akak?

  7. GematriA™ berkata:

    taman buaya? hahahaha.. sini lh tempat sa dating 1st time. bawa orang itu jalan2 pasal mo pujuk dari nangis2.

    siap pl tny, klu pegang pipi p'puan blh kasi mengandungkh? hahahahaha..

  8. Fatin Zulkifli berkata:

    seronoknya berjalan.

    anakanak kamu sangat comel ok. 🙂

  9. aima..yaka..ok jua bah kan
    TE:ya itulah..kena hati2..Juan tu tunjuk terer jak tu
    wani:dah sihat Alhamdulillah..bolehlah berjalan2 beriadah laa ni..
    gematria:uiinaa romantik jua port kamu tu dikelilingi buaya haha..
    yang lucu tu pertanyaan tu bah..adehh..

  10. fatin..terima kasih singgah dan komen ya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s