Salam
Wahh..penat betul hari ini. Sepanjang hari  kemas rumah, besok ada tetamu mahu tengok flat sewa kami ni. Sebab diorang ada beli juga cuma mahu tahu keadaan dan keluasannya. Apalagi, terpaksa jadi Wonder Woman angkat dan alihkan T.V. Berat ooo. Apa boleh buat, takut kalau tunggu Abah JnJ pulang petang, tidak sempat siap pula. Belum lagi mop lantai, lap sofa, cuci langsir, padam lukisan-lukisan ‘kreatif’ JnJ hampir keseluruhan dinding. Kemas stor, cuci tandas. Krem juga tangan dan kaki. Akhirnya terpaksa berhenti bila belakang rasa pedih-pedih dan OH YA, si kecil J sudah mula menendang ya. Biasa dia ni, tidak mahu mamanya kerja kuat. Sayangmu ketat-ketat, juga abang dan kakakmu yang adeehhh.. Nakal sungguh budak-budak tu hari ini. Bagus juga kalau tolong mamanya kemas, ini tidak ikut bongkar balik adalah. Tapi apahal pun rasa penat berbaloi bila tengok rumah kemas dan teratur sebab sudah bosan dengan kedudukan lama barang-barang di rumah ni. Kemas rumah yang dimaksudkan bukan seperti selalu sebab kena buat kerja berat sikitlah. Fuuuhh.
Aku dapat tag dari Diana pasal Blog Hebat. Uiiinaaa.. Rasa macam segan pula sebab aku merasakan blog aku terlalu biasa, follower pun tidaklah seramai mana. Isi kandungan blog aku ni juga berbentuk peribadi. Tapi terima kasih untuk Diana sebab ada juga alasan aku untuk mengemaskini blog ini. 🙂

Berikut adalah soalan-soalan tagnya:
1)Nama blog anda buat masa ni..
-TheWorldOfCarangKulina

2)Anda rasa blog anda hebat..
-Mungkin jualah 2-3 tahun akan datang, manalah tahu…sekarang ini kamurang pun boleh nilai sebab aku rasa aku masih bertatih, banyak perkara lagi perlu dipelajari.

3)Benda yang anda sayang?
-Sama macam jawapan Diana= laptop..handphone tambahan lukisan+buku puisi+majalah kreko (hehe)

4)Anda tengok waktu dekat mana??
-Jam Astro (err)

5)Web sesawang yang anda selalu jenguk.
-Blog + Sabah Jobs + P*PTN+Spans+Jobstreet——-aku penganggur (oyeah) yang cuba berbisnes tapi hangat-hangat ta** ayam saja.
6)letak 3-5 blog yang anda rasa hebat
Bagi aku, mereka ini hebat….tapi aku tidak beranilah tag diaorang…aci kah kalau begitu?, acilah bah kan..

-Faisal Tehrani
-Sayap Matahari-SM Zakir
-Siti Zainon Ismail
-Perjalanan Salik-Rahimdin Z
-Marsli NO-Tanah Air-Api-Angin

Akhir sekali, terima kasih kepada Diana ya! maaf kalau ada yang salah ok.

Peace
Signing Off!

Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

9 responses »

  1. Pencacai Alim berkata:

    aku pon rasa blog ni hebat..

  2. 'ni' yang dimaksudkan tu ialah 5 yang di atas tu ye..

  3. tengkorakemas berkata:

    hehe peminat kreko juga ye kak?

  4. sizuka[Izzati] berkata:

    whoah.rajin sis mengemas.pape pun take care yep.hehe.bby J nak tlg mama dia kemas kot:D

  5. TE:yaaaaa…mustilah..dari lepas habis stpm sampai sekarang, pas kahwin stop sekejap sebab Bleach durang buat 2-3 lembar sama ngan naruto..malaslah..pastu skrg beli balik tapi da banyak manga yang tak best
    Izzati:rajin dalam keterpaksaan..taklah..tanggungjawab juga tu hehe..

  6. Gee berkata:

    whoaaa blog hebat tu mama..cngrats2 mama..sa pun dpt tag ni tpi lum tebikin lgi..(men banyak suda utang tag sa..ohoho)..tpi jaga2 tejatuh atau telicin…mama ni pun mcm sa juga..nda pndai duduk diam time pegnen..heee

  7. tidaklah kakgee..kakgee punya blog lagi best bah..
    itulah mau pelan2 jualah..tapi time preg ni puala sa terlebih rajin maklumlah sudah hilang itu alahan

  8. salam kak suhana! hehe. lama btul da aku x baca blog mu neh kak 🙂
    auw. si kecik J da panday menendang? hehehe. cepatnyaa membesar si kecik J 🙂

  9. hai bebe..lama suda ko nda datang..
    ya.tapi masih lg xkuat kakinya..lum berapa besar lagi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s