Salam
Gabungan tajuk di atas memang ada kaitan dengan entri di bawah ini. Jika kamurang berminat, silalah baca hingga ke akhirnya. Jika tidak, sila-silalah sesuaikan diri kamurang di pintu bertanda X. Issshh. Garang tapi ikhlas. Betul ini.
Ya.ya. Aku tahu Kes misteri si Benjamin Button ini sudah hampir terlerai sejak bulan Febuari atau March 2010 hari itu di panggung wayang berdekatan yang mana aku setelah menjadi mama budak langsung tidak berkesempatan untuk menonton apa jua filem terbaru, apatah lagi menjejakkan kaki ke tempat itu, apatah lagi LIMPAS pun langsung tidak pernah sudah bah!. Diulang lagi, semenjak memasuki alam ibu-ibu ini. Yah! aku risau kalau bawa JnJ ini, reaksi apalah yang akan diaorang tunjukkan di situ.
Sebenarnya bukan Benjamin Button yang keliru. Tapi aku. Lepas tengok filem itu malam Sabtu di hotel (maklumlah, Asto kami tidak ada pakej tersebut untuk menjimatkan perbelanjaan bulanan, lagipun alasan yang diberikan oleh Abah JnJ : *sudah ada Broadband, toksah dok gatai nak tambah channel Movie pulorrkk!. Dan aku menjawab : Eleh, buang sajalah saluran Sukan tu, kalau MU main pun si Ferguson (betul lah ejaan tu?) jak yang tinguk-tinguk Abang tidur. Abah JnJ hanya menjeling padaku dengan mata bersinar!
*diingatkan, Abah JnJ tidak berkata-kata seperti loghat begitu kepada aku, sajalah aku buat-buat untuk menambahkan asam garam dalam blog yang tidak seberapa ini.
Baiklah, aku keliru sebab memang adakah kes sebegitu di dalam dunia ini?. Yang sedihnya, dia mati sebab dia jadi bayi balik. Tapi aku tidaklah begitu sedih sebagaimana ketika aku menonton KKHH sambil mendengar lagu Tujhe Yaad Mere Ayee, peluk-peluk tiang macam Kajol. Itu dulu ya. Sekarang tidak lagi. Sebagai santapan mata yang sudah basi, berikut aku paparkan beberapa gambar dari filem tersebut.
Teknologi diorang ni terbaik. Pakai badan orang tua, muka Brad Pitt. Tujuan aku bercerita pasal dia ini bukannya mahu menyanjung filem-filem dari Barat, aku tulis apa yang aku lihat, aku baca dan aku dengar. Aku tegaskan juga, entri ini bukan untuk mengulas filem TCCOBB, sebab aku tidak pandai buat ulasan filem. Harap-harap janganlah pula disalahertikan ya!.
APA KAITAN BENJAMIN BUTTON DENGAN MINYAK SAPI?
Tiada kaitan. Cuma sejak dua menjak ini sestelah makan roti canai + roti nan, hati macam digaru-garu untuk menunjukkan kemahiran menguli tepung dan menjadikannya roti canai. Susah mahu cari kedai mamak dekat-dekat sini bung!. Selera si 3rd J sudah berubah menjadi ala-ala Rajinikanth. Oh No!. Adakah kerana Abahnya yang berkulit hitam manis, maka dia juga akan berkulit begitu???? MAK TAK KISAH!…….asal sahaja kau sihat, membesar dan panjang umur. Insya Allah.
 
Selepas mewarna rambut dan menggunakan Fair n Lovely.
Aku minat dia ni bung!..jangan main-main. Aku layan juga cerita dia ni.

Masalahnya, setelah produk QBB Ghee bermasalah, aku mencari di setiap pelusuk K.K ini pengganti minyak sapi yang sesuai, tiada kutemui. Jadi keinginan membuat roti canai yang terhasil dari air tanganku sendiri terpaksa ditangguhkan ke satu tempoh tidak pasti.
Itu sajalah catatan untuk kali ini.
P/S
Semalam ke Tamu Gadang Konvokesyen UMS. Makan Penang Char Kuey Teow & Kuey Teow Kerang yang dibuat oleh orang Penang sendiri (mungkinkah?). Terangkat!. Terus pula menghimbau kenangan semasa di Pasar Malam Changlun.
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

7 responses »

  1. LiFe KaMi berkata:

    ooo peminat rajinikan rupanya..hehe
    best citer benjamin tu, walaupun mcm slow tapi layann…:)

  2. tengkorakemas berkata:

    tak tgk lagi filem tu, tapi taula sikit2 sinopsisnya, memang tak logik hehe yg penting KKHH memang syok, 🙂

    wah2, bestnya kak pandai buat roti canai, nak buat roti kosong ke roti nan?

  3. LK: okey apa kan rajinikanth..yang tak tahan tu style petik jari tu hehe…filem tu slow..awal2 cerita macam tak mau layan sampai abess..tapi nak tgk juga…bila tengah2 tu yg ok sbb tgk dia berubah ke muda balik
    TE:KKHH terbaik!.
    err..tak pandai lagilah..baru nak mencanai ni..kira2 nak buat dua2 ..(cheh macam terer)

  4. aku sedih pla tingu cerita ni..sebab tingu mcm mn tulusnya cinta tu prmpn sama tu lelaki d jaganya smp mati ni bah T__T nangis-nangis wooo…

  5. ya bah pula pada mulanya..mimang mo layan tu kesedihan..tapi pkul 1 sampai 3.30 pg kutengok tu tau…ala-ala sangkut batang mancis di kelopak mata terlampau ngantuk tapi layan jua..hehe..yg best jua bila brad jumpa dia time dia udah kawin tu, mukanya mmg muka brad masa lum kawin in real life…

  6. PUPUT berkata:

    best3 citer ni..aku suka la mama..kreatif giler kann..hehe..sama la kita mama..dah jadi ibu2 xdenye masuk pawagam lagi..tp ko anak dah besar2 leh pe bwk dorg masuk panggung skali..
    mamaa…xleh terima ko suka padayapa ni..haha..tp xpe la..selera masing2 kan..ekekeke….sian ko tingin mam tp xdapat..semoga ko jumpa myk sapi ye…^_^

  7. cikpuan puput!!!..wah lamanya ko tak ke udara..yala…sejak jadi ibu2 ni hehe..tak boleh bawaklah durang ni..adeh..risau durang takut gelap, juan tu pula pantang kalu bunyi bising..huhu…nak berdua pergi..tapi takda org jaga jnj.
    layan padayapa ni dolu2 selalu kat tv2 laa ni udah kurang..hihi..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s