Salam

Pertama sekali. Yess!. Please judge the look by it’s cover. Aku amat tidak mahir dalam soal masak memasak. Lagilah kurang bersemangat kalau bahan-bahan tidak cukup. Mahu dijadikan cerita, Juan (kepada yang baru follow aku, Juan ini anak lelaki sulung aku ya) sangat memilih makanan. Sekarang ini morning sickness sudah terjangkit pada dia. Asal saja aku menggoreng bawang, dia datang sambil tutup hidung dan menjerit-jerit “Bau!, Bau!”. Terpaksalah tutup kuali untuk mengelakkan aroma itu memenuhi ruang flat sewa kami ini. Tidak mahu makan apa-apa kecuali bubur dan telur. Jadi aku pun buat keputusan untuk memasak resipi di atas dan memesan pada Abah JnJ semalam (kelmarin) demi untuk membangkitkan selera Juan ini (kalau Jajang, nda payah cakaplah, makan saja dia tu, itulah Genduts). Aku mengirim sms seperti berikut:
“Tolong belikan SERBUK ROTI, BIJI LADA HITAM, SOS TOMATO, KENTANG MENTAH, ISI AYAM TANPA TULANG ya bang”
Bila sahaja dia balik dari kerja dia menghulurkan padaku bahan-bahan seperti berikut:
SERBUK ROTI= TEPUNG ROTI
BIJI LADA HITAM=Tiada (alasan, malu bertanya sesat jalan)
SOS TOMATO=Tiada (alasan, nanti aku beli di kedai India di bawah tu)
KENTANG MENTAH (FRIES)=5 BIJI KENTANG
ISI AYAM TANPA TULANG=PAHA AYAM BERTULANG
Aku melihatnya dengan mata bersinar. Malas mahu ulas panjang-panjang bung!. Susah kalau orang lelaki yang beli barang dapur ni. Tapi aku sempat katakan padanya: Semua yang abang beli tu salah kecuali ayam tu. Adehh!. Jadi sebagai alternatif, aku minta tolong dia belikan ROTI PAUN KERING (Roti Kering) untuk menggantikan serbuk roti.  Kentang terpaksalah aku potong-potong dan goreng. Rupa ayam agak gelap sedikit tapi bukan terbakar sebab masa goreng tadi, JnJ berturut-turut buang air besar jadi lama jugalah ayam itu berendam dalam kuali. Begitulah hasilnya seperti yang dilihat di atas tu. Nasib jugalah Juan makan tadi, kalau tidak masuk hari ini 2 hari sudah dia tidak makan, menyusu saja dan makan makanan ringan. **sigh**
Moralnya: kena kreatif dengan bahan-bahan yang tidak cukup. Mahu jugalah aku angkut JnJ itu ke Kedai India di bawah, tapi aku risau diaorang borong keropok, gula-gula segala, mahunya dia buat macam kedai Abahnya, matai aku ging!.
Signing Off
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

7 responses »

  1. sizuka[Izzati] berkata:

    alalala Juan pulak memilih makanan skg ni.hehe nampak sdap jgk tu sis.heeee.kalau ckup bahan tah2 lg mnyelerakan.ngeee~

  2. tengkorakemas berkata:

    hehe nila jiwa chef yg kita cari! boleh memasak dgn apa sahaja 😀

    p/s:kalau saya disuruh beli brg2 dapur, ntah kenapa saya perlukan list, sedangkan benda lain tak perlu list haha

  3. nur berkata:

    wah,, kagum n nampak sedap!

    ALL IN ONE

  4. hehe ya izzati..perangai macam kak masa mula2 dulu..adehh.nampak je sedap ni..kak tak makan..hehe
    TE:chef terjun ni..saya pun kena ada list..mana2 yg teringat barang dapur yg kurang tulis dkt dinding dapur hehe

  5. nur..hehe..tq..boleh cuba sendiri nanti ya!

  6. Gee berkata:

    ahahahahahahahaa..adeiiii jajal na kama bos ko kan mama…yg ubi kentang tu bah yg sa tia tahan..ohoho..5 bji laie tu..hahaha..ni lah klu laki yg mmbeli..lurus bndul btul..hehehe

  7. ya bah,urg suru beli yg tinggal diguring jak tu bah..tapi menkali terlampau sibuk jua dia tu ada bos dr hq durang datang..jadi men ambik2 jak nda berapa meliat mesej atu..adii

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s