Salam
Biarkan aku merapu dengan panjang lebarnya untuk kali ini.
Tinggal dalam flat/perumahan kos rendah seperti yang kami diami sekarang macam-macam kami boleh dengar tau. Orang bersin, orang kentut, berdehem, bunyi orang buang air besar pun dengar (yang ini terlampau pula). Betul bung! Awal pagi-pagi hingga tengahari, seperti kami-kami suri rumah sepenuh masa ini akan kedengaran bersahut-sahutan melaungi anak masing-masing yang tidak pergi sekolah. Sama ada belum cukup umur atau memang tidak dihantar ke sekolah. Bila tengahari kedengaranlah pula suara suri-suri rumah seperti kami ini melaungi, menengkingi, meneriaki anak masing-masing yang pulang dari sekolah. Sebelah malam pula, dengan bapak-bapak diaorang sekali ikut campur.
Sungguh hari ini amat mencabar buat aku.
Sesungguhnya aku berdoa pada Allah SWT agar aku diletakkan besama-sama orang yang sabar. Insya Allah. Karenah Juan dan Jajang hari ini buat aku tidak cukup tangan, tidak cukup suara, tidak cukup tenaga. Aku tidak kisah berkongsi di sini, bahawa aku bukan antara orang-orang yang penyabar. Darahku selalu menyirap tanpa kena pun pada tempatnya. Aku pernah mencubit, menengking, memarahi Juan dan Jajang bilamana perangai mereka agak keterlaluan. Yang sepatutnya tidak keterlaluan bilamana mereka hanya berumur 4 tahun dan 2 tahun tapi aku memperlakukan mereka seperti orang dewasa. Aku bukanlah manusia sempurna.
Bilamana nafsu amarah menguasai, syukurlah aku cepat-cepat sedar. Syukur!. Aku bimbang aku bertindak keterlaluan dan akan menjadi tajuk berita utama esoknya. Naudzubillah!. Palis-palis. Bila aku sedar jeritanku lebih besar daripada jiran sebelah yang hampir setiap 2 jam berteriak memaki-maki anaknya, aku mengetap bibir. Aku berpaling dari JnJ, aku mengucap banyak-banyak. Aku ambil wudhu.
Ini adalah dilema suri rumah seperti aku. Yah! aku kagum dengan bagaimana ibu aku membesarkan kami sebanyak 6 orang ini, walaupun bapaku masih ada, tapi masa bapa lebih banyak di luar rumah kerana selalu diarahkan keluar kawasan. Percayalah kataku, bukan mudah menjaga anak. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tidak semua orang sama. Hanya sedikit yang dapat mempraktikkan apa yang dikatakannya. Dan aku mahu menjadi orang seperti itu.
Biarlah rumah bertabrakan. Biarlah rumah macam tongkang pecah. Biarlah dinding-dinding rumah habis diconteng. Biarlah pinggan mangkuk habis berpecahan, JANGAN SEKALI-KALI KAU SAKITI ANAKMU kerana hal-hal sebegini, kelak kau akan menyesal.
Bukan mudah menjaga anak ya tuan-puan. Hargai isteri kamurang yang menjadi suri rumah sepenuh masa. Mereka tidak minta emas permata, harta kemewahan, tapi cubalah jadi lebih sensitif. Kalau diaorang tu cam menghempas piring, cuba tanya kenapa bukan jerkah atau marah. Mungkin ada yang cuba disampaikannya. Kalau dengar dia mengeluh-ngeluh, hampiri dia tanya dengan suara lembut. Aku percaya, jika kamurang bertukar tempat dengannya, kamu akan rasa kelelahannya seharian. Beza bung!, kerja di pejabat dengan di rumah ni. Lebih-lebih lagi, kalau isteri kamurang itu bekerja, balik dari kerja pun mengurus anak-anak, mengurus kamurang dan mengurus rumah juga. Aku bukan pakar motivasi, tapi cuma meluahkan saja apa ada dalam fikiran aku ketika ini. Aku harap janganlah disalahmengertikan. Aku ada terbaca di sebuah blog salah seorang penulis tanah air yang mana isterinya melihat rancangan tv yang memaparkan temubual seorang gadis pakar motivasi yang menghasilkan buku mengenai rumahtangga. Apalah yang dia tahu. Kalau setakat menuntut ilmu dan tidak mengalaminya, kamurang rasa mahu belikah buku dia tu? Entahlah.
Baru dua orang bung! Mood mello sedikit sebab hari ini aku betul-betul baran. Sakit tekak woooo!!. Rasa macam buat cerpen pulak, panjang betul. Mudah-mudahan, Insya Allah, esok aku akan jadi lebih sabar daripada hari ini.
Itu sahaja. Ingat ya, ini sekadar luahan perasaan aku. Adakah aku berbeza dengan jiran sebelah yang memekik itu. Aku selalu dengar anaknya menangis ngongoi-ngongoi minta maaf, minta ampun, padahal mungkin dari suaranya aku rasa tiada beza umur dengan JnJ. Sungguh, aku tidak mahu menjadi orang yang seperti itu.
Signing Off:
P/S 1: kepada follower ke 100 blog ini, kalau tidak silap Puan Hajar, sila email saya di nayzz@yahoo.com. Ada hadiah untuk puan.
P/S 2.. hari itu makan-makan di restoran di likas. Terdengar perbualan budak-budak sekolah yang dibelanja guru badminton, rasanya diaorang ini lepas pertandingan. Seorang budak lelaki mengusik budak perempuan yang segan-segan untuk memesan makanan. Dengan sengihnya budak lelaki itu cakap:
“Apa? kau malu mengorder, naaa KALAU MALU LAPAR, KALAU TIDAK MALU KURANG AJAR..hehe..masuk akal juga kan?
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

6 responses »

  1. sizuka[Izzati] berkata:

    hohoho.sabar ea sis.cool cool.*risau pulak nak ada anak sendiri.ehhh tergatal pulak.ngehhh*

    btw ayat yg bwh skali tu boleh kata bernas jugak tuh.hehehe.

  2. tengkorakemas berkata:

    hm baik kak..saya hargai isteri saya nanti..(bila nak kahwin ni huhu)

    tak ada yg sempurna kak, cuma kita boleh berusaha sahaja, kadangkala nikmat itu cuma datang sekali, tapi perlu disyukuri banyak kali…sama2la kita mengambil pengajarannya 🙂

  3. ya betul tu..tambah bikin befkir 2x mo antar anak pg NURSERY..kita pn pandai hilang sabar..kalu org yg x pertalian darah lagi rasa-rasanya mcm mana ya?

  4. LiFe KaMi berkata:

    Betul tu.. Suami isteri kena ada kesefahaman baru rumah tangga bahagia..:)

  5. Lina berkata:

    mmg bgitu jadi mama..haha..tp kdg2 org tidak faham..hati mo kena sabar..hehe

  6. izzati:rasanya ok, sebab kak tengok izzati layan budak2@student tu ok je. ngam kan ayat dia tu hehe.
    TE:ya sama-sama ambik pengajaran kan.
    Aima:itulah pasalnya aku xmo antar dulu, dulu2 selalu terima laporan Juan tolak anak urang di taska tu adeh..camana durang dia handle dia aku pun xtau
    LK:ya insyaAllah
    Lina:banyak2 bersabar udah ni ..hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s