Salam

MAKANAN MISTERI

Tamu Gadang Pesta Konvo yang berakhir beberapa hari yang lalu meninggalkan kesan yang mendalam untuk aku. Pertama, perasaan gembira dan bersemangat tengok pelajar-pelajar yang berjubah, aku teringat bahawa begitulah keadaanku 7 tahun yang lalu. Berkobar-kobar. Lebih-lebih lagi bakal menempuh alam pekerjaan yang mencabar. Bekerja, bertunang, berkahwin, beranak, berhenti kerja, berniaga dan akhirnya jadi seperti apa yang aku jadi sekarang ini. Aku doakan agar mereka dapat bertahan dengan segala cabaran yang mendatang dan dapat berbakti pada orang tua. Kedua, pada malam terakhir Tamu Gadang, kami mengunjungi UMS untuk menikmati char kue teow di situ. Dengan selera ala-ala rambo, lepas makan char kue teow, aku memesan lagi pasembor dan soto ayam. Mak aihh!. Mataku tertangkap barisan pengunjung yang semakin ramai di sebelah gerai. Aku minta Abah JnJ beli apalah makanan yang istemewa itu. Tapi hampa, Abah JnJ mengalah untuk bersesak-sesak dan menunggu barisan itu berkurangan, yang nyata semakin orang semakin berduyun-duyun ke situ. Keadaan agak gelap hanya diterangi lampu dan tidak memungkinkan aku menggunakan telefon murahan sony ini untuk mengambil gambar. Jadi apa yang aku ingat beginilah serba sedikit rupa makanan itu yang memang aku kempunan untuk menikmatinya:

Keterangan: kelihatannya seperti kentang goreng. Maaflah, alat pengimbas tiada, jadi gambar agak bida’ di sini. Lakaran pun buruk. Kepada sesiapa yang pernah terjumpa dan membelinya terutamanya pengunjung Tamu Gadang, silalah maklumkan pada aku kerana si Kecik J amat berkenaan dengannya (alasan jak tu, padahal mamanya yang berhabis mahu)

 

JNJ

Tiada yang lebih bahagia bagi seorang ibu, melihat anak-anak seumur Juan dan Jajang makan dengan gembiranya. Yah, begitu susah untuk buat diaorang dapat makan masakan mamanya yang biasa-biasa saja ini, terutamanya Juan. Akhirnya yang diaorang pilih bubur dengan sosej saja. Sayur memang kurang sikit. Teringin mahu mempelbagaikan masakan, tapi belum ada kesempatan untuk menjelajahi laman masakan berkhasiat untuk kanak-kanak. Buku @ Majalah?, alahai, jarang-jarang sudah dapat membacanya. Begitu juga rasa kecewa yang teramat bila diaorang ini langsung tidak mahu makan, lepas kita memerah otak dan tenaga untuk menyediakan makanan tapi ditolak bulat-bulat. Frust sungguh bung!

 
Sehingga tengahari, rekod aku agak baik sebab dapat mempertahankan takat kesabaran hingga tahap maksimum. Sungguh!. JnJ pun sangat baik kelakuannya. Mungkin sebab lihat muka mamanya yang senyum-senyum kambing tahap gaban bila lihat follower sudah cecah 105. Terima Kasih! Sekarang ini aku biarkan diaorang tengok kartun sambil bongkar mainan. Rasanya silap kemarin sebab aku tidak bagi mainan, perapkan saja di stor, dengan alasan menyemak. Tapi ini adalah alternatif bagi suri-suri rumah seperti aku untuk melekakan diaorang sementara dapat membuat kerja-kerja lain. Tolak berblog.
 
HEALING-SAMI YUSUF


Hearts in the hand of another heart and in God’s hand are all hearts
An eye takes care of another eye and from God’s eye nothing hides
Seek only to give and you’ll receive
So, heal and you will be healed….

Ohya, lagu di atas itu mendamaikan jiwa. Masuk lagi dengan liriknya. Teringin lihat ada penyanyi-penyanyi di Malaysia yang seperti Sami Yusuf dan Maher Zain. Adakah?….

Motif memaparkan lagu di atas?: rasanya aku sudah sembuh dari ‘kesarungan’ kemarin. Mudah-mudahan dapatlah dikekalkan prestasi seperti ini pada hari-hari mendatang, Insya Allah!
Itu saja
Signing Off:
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

6 responses »

  1. sizuka[Izzati] berkata:

    hehe jnj ni comel betul.muka mcm anak cina je.hehe comel macam mamanya lah:D

  2. Gee berkata:

    mama..cua ko try bg drg supplement/vitamin yg kin ada slera makan mcm tu Appeton…prnah sa bgi tu utk my 1st one..adalah perubahan dia..sib bek my kids suma suka makan sayur..(apa nda..time kici2 dulu mamanya ni garang memaksa mkn sayur..hohoo)

  3. tengkorakemas berkata:

    saya tau makanan tu kak!:D

    kalau di sini dipanggil 'kentang spring' atau spring potato hehe

    kalau ditarik seperti spring

  4. oo yaka..hehe..baru nampak hari tu sudah jatuh hati..jap lagi nak google pulorrkk..
    pernah rasa sedap tak?

  5. kakgee:
    naa itulah bah kuling..mamanya ni gari saja macam rambo muanya, pernah jua kukasi tapi lupa bah..ada kadang seminggu sekali, adaka patut punya mama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s