Salam
Laptop baru dapat hari ini. nasib baik ipar balik kampung dan mentua kirimkan laptop ini. Masalah satu lagi. Skrin sudah semakin teruk hingga aku terpaksa pegang sebelah tangan dan sebelah tangan lagi menaip. Mak aihh.. macam-macam. Apa boleh buat. Kena teruskan juga. Selepas ini kena langsaikan hutang dengan TE dan Azura, itupun kalau laptop masih bertahan. Sekarang mahu bercerita pasal CK aku. Oh ya, Takuya Kimura tu saja jak diselitkan. Minat dengan dia ini terutama HERO, siap beli dvd lagi. Macam nda pandai tua dia ni.
Begini Ceritanya;
Masa tingkatan enam dulu, ada satu buku teks kesusateraan melayu bertajuk Warna Sari : Sastera Melayu Tradisional yang aku beli dengan duit simpanan aku sendiri. Di dalamnya terhimpun berbagai genre sastera tradisional, antaranya puisi berbentuk pantun, syair dan cerita sastera hikayat, cerita panji, cerita agama dan rakyat. Dalam banyak-banyak karya tradisional itu, aku amat tertarik dengan cerita CARANG KULINA. Walaupun bahasanya susah difahami sebab bahasa penglipur lara mungkin, aku membacanya berulang-ulang kali, tapi sastera stpm tidaklah mendapat A. Bermula dari nama inilah, aku menggelarkan diriku Carang Kulina, The Legend Of Carang Kulina, The Little Cute Grunge Girl dan yang melekat sampai hari ini Shazdina De Legend. Masa dulu demam OAG sampai beli kaset dia album 1 dan 2, Boys and Girl 1+1, ada Nita (MI) dengan lagu He’s Mod, dan Rina dengan Kitty Kat. Itu yang menggelar diri kununlah grunge padahal grunge pun tidak tahu apa maknanya hingga gelar diri Spastic Youth (adakah?). Bila masuk U, lagilah perabih duit beli cd-cd kat Alor murah gilo masa tu sebab pirate hehe. Antaranya The Calling, Radiohead, Lifehouse, Alanis, Sheryl Crow, Hoobastank. Gilo sungguh. Melalut lagi. Haa di bawah ini buku yang dimaksudkan beserta contengan-contengan masa bujang-bujang.
Aku tidak pandai mengulas atau membuat sinopsis mengenai sesuatu karya apalagi karya sastera tradisional. Tapi aku akan cuba sebaik mungkin untuk menceritakan perihal Carang Kulina.
Sebermulalah hikayat ini apabila dikisahkan err….kalau aku cerita keturunan Carang Kulina, alamatnya dua entri pun belum tentu habis. Aku ringkaskan saja kepada Siapa Carang Kulina ini ok. Nama sebenar CK ialah RADEN GALUH PESANGGIT NINGGRAT (RGPN) puteri Daha yang dikatakan sangat cantik rupa parasnya. Dia ditunangkan dengan Raden Inu atau Raden Asmara Jaya (RAJ) dari kecil. RAJ yang ingin melihat kecantikan telah menyuruh orang untuk melukiskan wajah RGPN akan tetapi kerana sakit dan RGPN tidak dapat turun ke balai istana, orang tersebut melukis gambar adik/kakak RGPN yang tidak cantik dan mempersembahkannya kepada RAJ. Selain RGPN, RAJ tutur menyuruh orang melukis gambar Puteri Bali bernama  Raden Galuh Cendera Kesuma yang cantik. Sudah tentulah RAJ memilih RGCK. Setelah beberapa ketika RAJ berkahwin dengan RGCK. Selepas daripada beberapa siri peperangan, RAJ berkunjung ke Daha dan amat terkejut melihat kejelitaan RGPN. Beberapa kali RAJ cuba menggoda RGPN namun RGPN semakin benci dan atas hasutan adiknya yang tidak cantik itu, (diingatkan, RAJ sangat gete’@galak dalam cerita ini) RGPN telah beberapa kali membunuh binatang kesayangan RAJ, namun tidak pula dimarahi oleh RAJ, malah bertamabh sayang dan geram akan dia. Namun demikian tahap kesabaran RAJ sampai ke hujungnya apabila RGPN dengan sengaja membaling pisau dan terkena pelipis RAJ sehingga luka. RAJ sangat marah dan berangkat pulang. RGPN dimarahi oleh ayahanda dan bondanya dan tidak mengaku anak, lalu keluarlah RGPN dari Daha mengadu untung nasib di tempat orang.
Fuhh..baru pengenalan. Okey, sambung..mahu habis sudah ni.
Diringkaskan cerita, orang suruhan RAJ yang ketinggalan terjumpa RGPN yang kusut masai dan membawanya berjumpa RAJ, sangatlah kasihan akan dia melihat RGPN, akan tetapi bila dia sedar akan perbuatan RGPN dia meninggalkannya semasa RGPN tidur keletihan. Namun begitu, semasa berburu, bertemu jugalah mereka kembali seakan-akan jodoh layaknya. RAJ mengambil keutusan untuk mengubah wajah dan perwatakan RGPN menjadi laki-laki tanpa disebutkan apa alasannya dan memberi amaran kepada hamba sahayanya :
“Kakang Jerudeh, Punta, Kertala, seorang pun jangan menyatakan yayi Galuh ini. Katakan hamba yayi Galuh aku bawa itu. Barang siapa yang menyatakan yayi Galuh, orang itu kubunuh dan sebutkan namanya CARANG KULINA”
Kisah seterusnya adalah cerita perlakuan CK yang bertujuan untuk menyakitkan hati RAJ namun hanya menambah belas simpati RAJ kepadanya. Di akhir cerita CK @ RGPN kembali ke Daha dan RAJ yang kecewa pergi bertapa.
Ya,,begitulah ringkasan cerita CK ya, harap kamurang faham. Kalau tidak juga, terpaksalah beli buku itu, kalau minatlah..hehe.
Baiklah, penat wooo.. menaip sebelah tangan. Sabtu ini mahu bodek Abah JnJ survey lappy. Hehe. Mungkin baru dapat buat tag dan award.
Selamat Tidur semua
Signing Off
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

11 responses »

  1. GematriA™ berkata:

    hahahahaha..

    napa ko nda meng'e-book'kan jak buku itu?

  2. sizuka[Izzati] berkata:

    whoahhhh.panjang sejarah carang kulina nih.hehe sizuka mse skolah dlu pun ske bce buku yg ada nama raden raden nih.menarik.ngehehehe~

  3. adapun bukan hak cipta karangan patik akan buku tersebut untuk diebookkan gematria hehe

    panjang lagi tu izzati..dalam buku warna sari mungkin hanya sebahagian..kalau tidak silap ada pihak yang menerbitkan buku tu single-single..
    hamba juga suka akan karangan panji dan hikayat izzati..

  4. tengkorakemas berkata:

    jadinya ending mereka tak bersamalah?kaki cd juga la ni hehe

    minat gak Takuya Kimura, saya ada cite PRIDE, HERO tak tengok lagi, pasal prosecutor kan? PRIDE pasal cinta pemain hoki ais

    • anangsue berkata:

      eh te awat baru nampak ni reply ah huhuu..
      pride belum tengok lagi tapi kalau g kedai cd nanti kak carilah sbb te rekomen hehe…

      ala endingnya menurut yang kak baca mereka tidak bersama-sama pula te…kesian juga 😦

  5. Anna Boleyn berkata:

    kena beli ni nak kena baca cite full. 🙂

  6. fiz berkata:

    TO anangsue;

    ade buat ringkasan hikayat carang kulina? bole saya baca lagi? TQ

    • anangsue berkata:

      rasanya yang ini saja mungkin.. dan mungkin ada ulasan dalam bentuk buku tapi susah dicari..kena ikhtiar lebihlah, kisah hikayat macam ini seronok dibaca tau hehe

  7. fiz berkata:

    ok.. TQ.. saya da dapat buku hikayat carang kulina… sy cube membace nye.. however, it is difficult for me to u/stand. dia membuat kan saye jd fed up n bored…

    • anangsue berkata:

      kena baca banyak kali fiz baru faham, memang penceritaannya agak berlainan tapi cerita ini bagi saya amat menarik..masih diguna untuk stpm ka hikayat ni?, fiz baca untuk exam?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s