Salam

Aku mengambil keputusan untuk menggabungkan entri award @ anugerah ini untuk menjimatkan waktu. Al-maklumlah kalau broadband kena potong, duit 23 sen aku tidak cukup untuk membayarnya. ^_^.

Anugerah @ award ini aku terima daripada Tengkorak Emas. Terima kasih kerana menghargai tukang komen seperti aku di blog kamu ya!.
Untuk award yang kedua ada kerja rumah untuk diselesaikan:
1. Tulis 5 perkara menarik tentang pemberi award ini:

1- Peminat Manchester United tegar sampai tulis surat kepada jurulatihnya.
2-Suka Pakai spek Horatio Caine
3-Menyelitkan Unsur Dakwah Dalam Entri
4-Tidak lokek ilmu (Jangan lupa ajar photoshop ^_^), dia ni pandai mereka, bukti : lihat Design Exhibitionnya.
5-Amat tertarik dengan Blogging Ethics Tengkorak Emas :-

2. Tulis 10 perkara menarik tentang diri kamu sendiri dan hobi kamu

 Tiada perkara menarik, akan tetapi ada 25 perkara tentang aku akan aku kongsikan di entri akan datang.

Aku masih suka mengatakan perihal Tengkorak Emas ini berkenaan dengan BLOGGING ETHICSnya. Diulang sekali lagi, BLOGGING ETHICS ya. Memanglah tiap orang punya alasan tersendiri, pendapat tersendiri, kelebihan tersendiri dalam membuat pengisian blog masing-masing. Tapi, sukakah kita baca sesuatu yang menyentap perasaan secara berlebih-lebihan dengan tujuan menyindir blog seseorang. Tentu tidak kan?. Mungkinlah ada juga yang suka, TAPI BUKAN AKU. Lihat etika berblog si TENGKORAK EMAS ini yang memang aku SALUTE habis!
“blog ini tidak mempunyai niche tertentu, dan aku menulis apa yang terlintas di fikiran, asalkan tidak melibatkan sebarang entri berunsurkan rage atau condemned blogger2 lain.”
Baiklah, aku sudah mula emo balik. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Fuhhh!!. Aku masih boleh dikatakan baru, tidak seotai, tidak setegar blogger lain. Tapi aku cuba kekalkan prestasi aku. Bukan hipokrit. Bukan plastik. Tapi beginilah aku yang sebenarnya. Kalau aku marah, aku lebih suka mello, bukan melenting tidak tentu hala. Jaga nama baik diri-sendiri dan keluarga walaupun bukan semua orang kenal aku. Aku mengambil berat akan tanggapan orang lain terhadap aku, kerana menjadi ORANG YANG DIBENCI amat sakit.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BUKAN~
bukan orang suci
bukan ahli sufi
bukan luar biasa
bukan tak pernah bersalah
bukan tak pernah berdosa
bukan tak ada cela
diberikan kita pilihan
diberikan kita jalan
tekadku pilih jalan paling baik
waktuku singkat
berapa pemeluk lagi kan dapat kugapai ampunNya
berapa jarak lagi kan dapat kucapai nikmatNya
aku boleh memilih untuk menjadi pencarut yang kemaruk
atau bukan

dan biar berapa kali kuulang ini, aku tak peduli:
Astaghfirullahala’zim
Astaghfirullahala’zim
Astaghfirullahala’zim
Astaghfirullahala’zim……….

~mamajnj~
Lepas ini, aku bersedia dengan hati, mata dan telinga terbuka untuk menerima komen daripada kamurang semua, bagaimana kamu mengandaikan, bagaimana kamu menanggapi diri aku. Juga komen dari TANPA NAMA ya, I Love You Full!.
3-Pilih 10 penerima award yang kamu fikir layak menerimanya dan gambarkan mereka
-Aku tambah lagi lebih dari 10 ya
 
Tengkorak Emas- Tidak payah buat lagi, kamu memang antara tukang komen terbaik akak!
GematriaA– aku suka bersantai di blognya sambil menyeram-nyeramkan diri sendiri dengan entri seramnya.
Life Kami– Dia selalu datang memeriahkan blog aku juga
Pencacai Alim– Hak hak hak
Nur– Juga selalu datang bagi komen
Dark-Half– baca novel grafiknya, kamu pasti tertarik!
Sizuka Izzati– Adik comel di NZ
Azura– blogger yang semakin aktif
Kak Gee– bah kakgee, kalu sudah free nanti jan lupa a ^-^, rindu sama kak gee ni
Hana– Hana Love Nest
Wanie– Planet Jambu Gewdiks
Lina– Kawan baru dari WSB
 
Jadi terpulang dengan kamurang sama ada mahu buat entri berlainan mengenai dua award ini atau menggabungkannya ya. Diharap sudilah kiranya menerima award daripada aku yang tidak seberapa ini.
 
Akhir sekali :
 
~amat susah untuk memuaskan hati semua orang, tapi rasanya mudah untuk menggembirakan hati semua…dengan mengamalkan berbaik-baik sesama insan~ happy blogging everybody!
 
signing off
p/s -sebetulnya sudah di publish tadi, tapi ada tertinggal pula tentang award kedua, kin malu betul haha, broadband kuning buat hal lagi EDGE saja, terus rasa lembap untuk berBW..
Advertisements

About mamajnjnj@anangsue

Orang.Kampungan

8 responses »

  1. tengkorakemas berkata:

    hehe tadi tekan juga entri ni tapi tak keluar,

    kak, mello tu apa?

    hm..terima kasih kerana menghargai blogging ethic saya, happy blogging buat kak ye 😀

    p/s:kak, nak belajar apa?kalau tanpa soalan susah saya mahu fikir hehe

  2. ya tadi sudah publish, bila baca balik aiseh ada yang tinggal hehe, lagipun fon tu ada kecik ada besar..
    nanti nak tanya juga pasal photoshop neh..(nak buat header ) hehe

  3. mello tu apa ek..macam blues gitulah bagi akak..hehe sebenarnya maksud dia mellow: Soft, mild, smooth, or slightly intoxicated.
    tapi kak suka guna perkataan tu untuk gambarkan perasaan sedihpedihblues gitu..ehehe..langsung tak berkaitan kan..

  4. eh…
    thanks akak…
    tadi bukak macam tak nmpak pulak nama..hehe..
    nt wani amek eh,,
    baru ingat.. award hari tu pun lupa nk amek lagi
    *sigh*

  5. LiFe KaMi berkata:

    sori skang ni busy sgt tak sempat jenguk blog member..
    thanks bagi kami awards yg cute ni..:)

  6. wani dan lk:
    tak apa k..tima kasih singgah dan komen

  7. Anna Boleyn berkata:

    akak terasa ke dengan entry anna baru2 ni. maaf lah. tapi itu adalah advice yg 'light2' gitu utk seorang 2 blogger lelaki yg kelihatannya mcm nk downkan HLN. hmm~ but still. kita tak ley puaskan hati semua orang, pada hana akak baik..dan menghargi semua pembaca blog ni. 🙂

  8. hana: aduhaii ..hehe bukan hana, betul2 bukan hana dan yang pernah komen di sini…baru-baru ni..bukan..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s